02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

KAMPUNG TEMERLOK TERIMA ‘NAFAS BAHARU’ MELALUI PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI

TRONG, 24 OGOS – Kampung Temerlok di Trong, Perak menerima ‘nafas baharu’ apabila empat projek pembangunan utama bernilai RM1 juta dilaksanakan di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di sini hari ini.

Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, projek berkenaan bukti jelas bahawa denyut nadi rakyat luar bandar sentiasa dekat di hati kepimpinan negara, selain menzahirkan kesungguhan Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi.

Saifuddin turut berkata, melalui peruntukan yang diberikan, Kampung Temerlok telah menerima manfaat secara langsung yang benar-benar menyentuh kehidupan seharian penduduk.

“Inilah pendekatan Malaysia MADANI, bukan sekadar janji, tetapi tindakan yang pasti,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian, ketika hadir menyempurnakan Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik bin Jeman serta Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah.

Antara projek yang dilaksanakan ialah menaik taraf Jeti Nelayan Sungai Tok Lin berjumlah hampir RM350 ribu. Selain itu, Sekolah Agama Rakyat Al-Mahmudiah turut menerima hampir RM170 ribu bagi kerja baik pulih bangunan agar anak-anak kampung dapat menimba ilmu dalam suasana lebih kondusif.

Turut dilaksanakan ialah penaiktarafan Pusat Pemindahan Banjir di SK Temerlok dengan kos hampir RM330 ribu sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi musim tengkujuh, serta pembaikan Masjid Al-Mahmudiah bernilai hampir RM150 ribu yang melibatkan kerja mengecat, membaiki bumbung, pemasangan jubin dan pagar kubur.

Menurut Saifuddin, pelaksanaan projek tersebut mencerminkan kesungguhan kerajaan memastikan pembangunan desa setara dengan bandar.

“Kerajaan MADANI di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memastikan tiada komuniti yang terpinggir daripada arus pembangunan. Inilah bukti, kerajaan bekerja, rakyat merasa,” ujarnya.

Terdahulu, beliau mengarahkan semua agensi di bawah KDN mengenal pasti sekurang-kurangnya sebuah kampung untuk dijadikan kampung angkat bagi menyampaikan bantuan secara langsung kepada rakyat.

Beliau berharap usaha seumpama itu dapat meningkatkan keyakinan rakyat kepada Kerajaan, selain memperkukuh kerjasama antara agensi Kerajaan dan masyarakat, disamping menyemai semangat perpaduan demi masa depan negara yang lebih sejahtera.

 

KG MADANI
 
KG MADANI2
 
KG MADANI3
 
KG MADANI5
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC