02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

IBU PEJABAT MARITIM MALAYSIA PUTRAJAYA LAKSANA LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN : PERKASA KESIAPSIAGAAN KESELAMATAN

PUTRAJAYA, 11 SEPTEMBER – Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Putrajaya melalui Cawangan Keselamatan Premis dan Lokap, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim dengan kerjasama Pengurusan Bangunan IOI telah melaksanakan Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) di Tower 1, Bangunan IOI, Putrajaya, selaras dengan keperluan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pagi tadi.

Seramai 378 warga Ibu Pejabat Maritim Malaysia terlibat dalam latihan tersebut dan berjaya melaksanakan pengungsian dengan teratur serta berkumpul di ‘assembly point’ di ruang parkir lobi utama, Aras 3. Proses pengungsian penuh dalam latihan ini telah mengambil masa 9 minit 18 saat.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya tiba pada jam 10.16 pagi untuk melaksanakan simulasi operasi penyelamatan serta pemeriksaan keselamatan bangunan.

Senario latihan dimulakan dengan simulasi kebakaran di Aras 4 yang mengakibatkan seorang mangsa tercedera. Organisasi Keselamatan Kebakaran Maritim Malaysia segera bertindak melakukan usaha pemadaman, mengaktifkan sistem penggera serta membawa mangsa ke kawasan selamat sebelum pasukan Bomba mengambil alih operasi.

Pelaksanaan latihan ini membuktikan komitmen berterusan Maritim Malaysia, Pengurusan Bangunan IOI dan JBPM dalam memastikan tahap keselamatan bangunan serta penghuni sentiasa berada pada tahap terbaik sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan sebenar.

 

FIRE DRILL2
 
FIRE DRILL3
 
FIRE DRILL4
 
FIRE DRILL5

TUANKU RAJA MUDA KEDAH BERANGKAT KE LANGKAWI DIIRINGI MARITIM MALAYSIA

LANGKAWI, 11 SEPTEMBER – Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, hari ini berangkat ke Pulau Langkawi dengan iringan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis.

Keberangkatan baginda disempurnakan dengan penuh istiadat menggunakan bot PERKASA 26 dan PERKASA 27 milik Maritim Malaysia, sekali gus memperlihatkan kesiapsiagaan aset agensi itu dalam menjaga keselamatan perairan serta memberi sokongan kepada institusi diraja.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa, bersama Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki, turut hadir mengiringi baginda bersama pegawai serta anggota Maritim Malaysia.

Setibanya di Jeti Resort World Langkawi, keberangkatan Tuanku Raja Muda Kedah disambut mesra oleh Ketua Polis Daerah Langkawi, YDH ACP Shariman bin Ashari, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Langkawi, Tuan Haji Zulkifli bin Abdullah, dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Zakaria bin Othman.

Maritim Malaysia menjunjung kasih atas kepercayaan baginda terhadap perkhidmatan agensi ini, yang menjadi dorongan untuk terus komited memastikan keselamatan maritim negara berada pada tahap tertinggi.

 

RAJA MUDA KDH2
 
RAJA MUDA KDH3
 
RAJA MUDA KDH5
 
RAJA MUDA KDH4

ZON MARITIM MERSING MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JTKSM

MERSING, 9 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Mersing telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di pejabat Zon Maritim Mersing, pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin berkata, kunjungan ini menjadi platform terbaik bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama antara agensi kerajaan, sekali gus memberi impak positif kepada komuniti maritim serta pekerja sektor perikanan dan pelayaran di daerah Mersing.

Terdahulu ketibaan Ketua Pengarah JTKSM, Encik Kamal bin Pardi bersama pegawai-pegawai kanan disambut oleh Pengarah Zon Maritim Mersing bersama pegawai kanan agensi.

Pertemuan berkenaan juga bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara Maritim Malaysia dan JTKSM khususnya dalam aspek penguatkuasaan undang-undang serta kebajikan tenaga kerja maritim di perairan negara.

Dalam sesi lawatan itu, Ketua Pengarah JTKSM turut memberi taklimat ringkas mengenai peranan, fungsi dan operasi yang berkaitan dalam memastikan keselamatan perairan Malaysia sentiasa terpelihara.

Melalui kerjasama strategik, Maritim Malaysia dan JTKSM terus komited memastikan tiada ruang bagi ekploitasi dalam pasaran buruh negara.

ZM MERSING
 
ZM MERSING4
 
ZM MERSING2
 
ZM MERSING3

MESYUARAT TIM PERANCANG OPERASI MARITIM, MALAYSIA – INDONESIA (TPOM MALINDO) KE-33

BATAM, 9 SEPTEMBER – Kerjasama operasi bilateral Malaysia - Indonesia diteruskan pada tahun ini dengan Mesyuarat Tim Perancang Operasi Maritim (TPOM) MALINDO.

Sidang Mesyuarat TPOM MALINDO ke-33 telah   berlangsung di AP Premier Hotel, Batam, Kepulauan Riau, Indonesia. Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh Wakil Ketua TPOM Malaysia merangkap Ketua Delegasi Malaysia, Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik bersama Ketua TPOM Indonesia, YTh. Kolonel BAKAMLA Lukman Kharish, S.T., M.Han.

Antara agenda sidang mesyuarat yang dibincangkan adalah Pelaporan PATKOR OPTIMA MALINDO Siri 31A dan 31B Tahun 2024, Pelaporan OP PATKOR KASTIMA siri 28A dan 28B Tahun 2024, Perbincangan Isu-Isu Keselamatan di Perairan Selat Melaka dan Pengarahan Coordinated Operations Control Committee (COCC) MALINDO.

Sidang mesyuarat turut dihadiri oleh Ahli TPOM Malaysia yang terdiri daripada agensi-agensi penguat kuasa Malaysia seperti Pasukan Gerakan Udara PDRM, Pasukan Polis Marin PDRM, TUDM, JKDM, MKN, JAS, KPDN, JIM, JLM dan DOF.

 

TPOM MALINDO6
 
TPOM MALINDO4
 
TPOM MALINDO2
 
TPOM MALINDO3

MARITIM NEGERI PAHANG PERKUKUH JALINAN STRATEGIK BERSAMA KERAJAAN NEGERI

KUANTAN, 9 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri apabila Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar di Wisma Sri Pahang, semalam.

Kunjungan tersebut menjadi medan penting bagi membincangkan pelaksanaan tugasan Maritim Malaysia khususnya di perairan negeri ini, melibatkan aspek penguatkuasaan undang-undang maritim serta operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT).

Menurut Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan, sesi itu adalah usaha berterusan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala demi menjamin keselamatan perairan negara.

“Melalui pertemuan ini, Maritim Malaysia dapat menyalurkan maklumat terkini berhubung operasi di lapangan selain merangka bentuk kerjasama bersama kerajaan negeri demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada YB Dato’ Sri Nazri atas kesudian menerima kunjungan hormat tersebut yang diyakini mampu mengeratkan hubungan antara agensi dan pentadbiran negeri.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Tuan Mohamed Rashdan bin Mohamed Razali dan Pegawai Memerintah KM LANGKAWI, Komander Maritim Eizanizam bin Muhammad Eng.

 

WhatsApp Image 2025 09 09 at 1.37.29 PM
 
WhatsApp Image 2025 09 09 at 1.37.27 PM 2
 
WhatsApp Image 2025 09 09 at 1.37.26 PM

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC