02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

LAWATAN MENGEJUT KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA KE MELAKA & NEGERI SEMBILAN

KUALA LINGGI. 28 OGOS – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, hari ini mengadakan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan bagi menilai tahap kesiapsiagaan operasi serta pengurusan dalaman agensi.

Ketibaan beliau disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam Negeri, Leftenan Madya Maritim Mohd Haidir Sukri bin Saifudin Sukri yang mewakili Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Salehudin bin Zakaria yang ketika itu sedang bertugas di luar bersama pegawai kanan.

Dalam sesi lawatan, Ketua Pengarah menekankan kepentingan disiplin, keterampilan, integriti dan kecekapan warga Maritim Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan undang-undang maritim. Beliau menegaskan keyakinan masyarakat perlu terus diperkukuh bahawa agensi ini komited menjaga keselamatan perairan negara.

Lawatan turut melibatkan tinjauan ke fasiliti operasi, siasatan, keselamatan, logistik serta bahagian pengurusan termasuk aset bot dan prasarana sokongan.

Dalam perjumpaan bersama warga Maritim, beliau mengingatkan agar setiap anggota berpegang teguh kepada prinsip taat setia dan Teras 7, khususnya memperkukuh disiplin, semangat berpasukan dan integriti sebagai asas kecemerlangan organisasi.

Pada masa sama, Ketua Pengarah memberi jaminan bahawa pihak pengurusan tertinggi Maritim Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan kebajikan warga agensi, termasuk inisiatif Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK) yang kini sedang diusahakan demi meningkatkan motivasi dan kesejahteraan anggota.

“Sebagai Ketua Pengarah, saya mahu setiap anggota tahu bahawa kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian. Kita bukan sahaja menuntut komitmen tinggi di lapangan, tetapi dalam masa yang sama memastikan kesejahteraan anggota serta keluarga sentiasa terpelihara,” jelas beliau.

Turut hadir dalam lawatan ialah Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh. Lawatan mengejut itu diakhiri dengan sesi ramah mesra bersama pegawai dan anggota Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan.



LAWATAN MENGEJUT2
 
LAWATAN MENGEJUT3
 
LAWATAN MENGEJUT4
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC