13
Jum, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

ANGGOTA MARITIM MALAYSIA SERTAI KURSUS ELECTRICIAN’S MATE ‘A’ SCHOOL DI AMERIKA SYARIKAT

VIRGINIA, 24 OGOS – Empat Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim telah menyertai Kursus Electrician’s Mate ‘A’ School yang berlangsung pada 25 April hingga 22 Ogos 2025 di US Coast Guard Training Center, Yorktown, Virginia, Amerika Syarikat.

Kursus ini melibatkan 13 orang peserta dari United States Coast Guard (USCG) dan 4 orang peserta APMM iaitu LK (M) Muhammad Kamal Ariffin bin Jamaluddin, LK Tek (M) Muhammad HaAliminbin Abu Hassan, LK (M) Frederick Cherinos dan LK (M) Mohandas A/L Chandran.

Objektif kursus adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota dalam bidang elektrik maritim iaitu meliputi asas elektrik, menganalisis dan menyelesaikan masalah litar serta mengenalpasti masalah pendawaian litar dan melaksanakan pembaikan secara selamat

Selain itu, peserta turut diberi pendedahan untuk menghadapi cabaran teknologi moden, di samping memastikan sistem elektrik kapal sentiasa beroperasi secara efisien, cekap dan selamat.

Salah seorang peserta kursus iaitu LK Tek (M) Muhammad Hasrul Alimin bin Abu Hassan telah berjaya mengharumkan nama APMM apabila dianugerahkan “Most Physical Fitness (PT) Point” dengan jumlah kutipan 2803 mata keseluruhan.

 

KURSUS VIRGINIA4
 
KURSUS VIRGINIA5
 
KURSUS VIRGINIA2
Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC