02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

PROGRAM K-DAY BERI PENDEDAHAN KERJAYA PENGUATKUASA MARITIM MALAYSIA

PELABUHAN KLANG, 22 Ogos – Maritim Malaysia telah menerima kunjungan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui penganjuran program K-Day di Pelabuhan Klang, semalam.

Program berlangsung di Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Pulau Indah melibatkan seramai 200 orang termasuk pegawai dan anggota Maritim Malaysia dan ahli SPA. Setibanya semua delegasi di Jeti PHN, mereka telah dibawa menaiki Kapal Maritim (KM) Langkawi yang seterusnya belayar keluar dari pelabuhan menuju ke perairan Pulau Angsa.

Program merupakan sebuah inisiatif lawatan bertemakan ‘Jom Teroka Peluang Kemajuan Kerjaya, Bakat Terpendam, Usah Dipersia'.

Kunjungan tersebut diketuai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Dato’ Seri Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, bersama ahli pengurusan tertinggi SPA.

Hadir menyambut delegasi SPA ialah Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim serta barisan pengurusan tertinggi Maritim Malaysia.

Semasa pelayaran berlangsung, satu sesi taklimat telah disampaikan kepada pengerusi dan delegasi SPA yang menerangkan dengan jelas mengenai hala tuju strategik agensi dalam aspek keselamatan maritim negara serta peluang kerjaya dalam perkhidmatan ini. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan kerjasama di antara agensi.

Program juga memberi pendedahan kepada delegasi tentang peluang kerjaya dalam sektor perkhidmatan Maritim Malaysia, sekaligus mengenal pasti potensi dan bakat calon yang boleh digilap untuk memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.

Selain pelayaran, satu demonstrasi operasi khas telah dilaksanakan, dimulakan dengan pertunjukan fast roping dan force boarding daripada STAR Team sebagai sebahagian daripada simulasi taktikal maritim.

Aset-aset yang terlibat dalam demonstrasi itu ialah pesawat AS365 N3 Dauphin, KM Danga, Bot Petir 83, dan Penggalang 31.

Demonstrasi bertujuan memberi gambaran sebenar terhadap kepakaran, keupayaan aset serta kesiapsiagaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan dan menyelamat di perairan negara.

Turut hadir, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, Setiausaha SPA, Datuk Ikhbal Hanam Bin Mukras, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Encik Mansor Bin Abd Hamid dan Ahli SPA, Datuk Hajah Masnah Binti Mat Salleh.

 

KDAY SPA12
 
KDAY SPA2
 
KDAY SPA5
 
KDAY SPA10

.

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC