BALING, 6 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh hubungan dengan masyarakat apabila turut serta dalam Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 yang berlangsung di Kompleks Sukan Majlis Daerah Baling, Kedah, bermula 4 hingga 6 September 2025.
Program penutup hari ini diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, sebagai tetamu khas, manakala majlis penutup program telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.
Reruai taktikal Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjadi tarikan utama apabila dua anggota Maritim Malaysia, tampil bergaya dengan pakaian taktikal lengkap bersenjata bagi sesi “Meet & Greet Abang Full Gear”.
Selain sesi bergambar, anggota yang bertugas turut memberi penerangan mengenai peralatan taktikal, operasi penguatkuasaan, dan peranan Maritim Malaysia dalam menjaga kedaulatan perairan negara di bawah KDN.
Dalam majlis penutup, Leftenan Madya Maritim Mohamad Sikdiq bin Zulkifli mewakili Maritim Malaysia dalam sesi bacaan ikrar Rukun Negara.
Turut hadir bersama ialah Timbalan Pengarah (Operasi) Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah & Perlis, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki, serta Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak.
Penglibatan ini menzahirkan komitmen tinggi Maritim Malaysia bukan sahaja dalam aspek keselamatan perairan, malah memperkukuh hubungan erat dengan masyarakat serta menyemarakkan semangat Malaysia MADANI.
Kehadiran Maritim Malaysia dalam Program MADANI Rakyat 2025 di Baling telah meningkatkan keterlihatan agensi di mata masyarakat, memperlihatkan kesiapsiagaan aset dan anggotanya, serta menyampaikan mesej jelas bahawa APMM sentiasa bersiap siaga melindungi kedaulatan dan keselamatan maritim negara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |


































.svg.png)

