02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MISI PERKASA : EKSESAIS SAMUDERA PERKASA TIMUR SIRI 3/2025 DAN OSTEX EAST 2/25 SARAWAK

KUCHING, 12 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus memperkukuh hubungan strategik dan kesiapsiagaan pertahanan maritim melalui penganjuran Eksesais Samudera Perkasa Timur Siri 3/2025 serta OSTEX East 2/25 Sarawak yang berlangsung dari 5 hingga 10 Oktober 2025.

Latihan gabungan itu diadakan di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak dan di kawasan perairan Kuching melibatkan pelbagai aset dan anggota daripada kedua-dua agensi utama keselamatan laut negara.

Eksesais bertujuan memperkukuh kebolehoperasian bersama interoperability antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam menghadapi pelbagai bentuk cabaran keselamatan maritim termasuk penguatkuasaan undang-undang laut, rondaan keselamatan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta taktik manuver di laut.

Pelaksanaan latihan bersepadu dibahagikan kepada tiga fasa utama iaitu Fasa Pelabuhan, Fasa Laut dan Fasa Penutupan, yang dilaksanakan secara tersusun bagi memastikan setiap aspek operasi diuji dengan berkesan.

Fasa Pelabuhan memberi tumpuan kepada sesi taklimat, perkongsian ilmu melalui Subject Matter Expert Exchange dalam pelbagai bidang, serta perbincangan koordinasi antara pegawai dan anggota kedua-dua agensi.

Seterusnya, Fasa Laut melibatkan pelaksanaan latihan taktikal serta operasi maritim bersama yang menguji keupayaan aset dan kru dalam mengendalikan pelbagai situasi di perairan sebenar.

Latihan turut memberi penekanan kepada aspek komunikasi, penyelarasan taktikal dan kecekapan tindak balas terhadap insiden kecemasan di laut.

Akhir sekali, Fasa Penutupan dijalankan sebagai sesi penilaian dan penghargaan atas komitmen yang ditunjukkan sepanjang tempoh eksesais.

Bagi Maritim Malaysia, aset yang terlibat dalam eksesais ini termasuk Kapal Maritim (KM) Sri Aman, Ikhlas, KM Stapa, KM Bijak dan KM Siakap serta empat buah bot Maritim Malaysia.

Manakala bagi TLDM pula, aset yang mengambil bahagian ialah Helikopter AW139, Kapal Diraja (KD) Kelantan, KD Rencong, KD Badik serta KD Paus.

Penyertaan aset-aset memperlihatkan tahap kesiapsiagaan tinggi kedua-dua agensi dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Sepanjang tempoh eksesais, pelbagai aktiviti turut diadakan bagi memperkukuh semangat kerjasama dan perpaduan antara anggota Maritim Malaysia dan TLDM.

Antaranya termasuklah perbincangan koordinasi strategik, serta acara sukan seperti bola tampar dan bola sepak yang bertujuan mengeratkan silaturahim antara warga dua agensi sebelum pelaksanaan latihan di laut.

Pendekatan tersebut bukan sahaja memperkukuh hubungan profesional, tetapi juga membina kepercayaan dan semangat kerja berpasukan yang kukuh di lapangan.

Penganjuran Eksesais Samudera Perkasa Timur Siri 3/2025 dan OSTEX East 2/25 Sarawak membuktikan komitmen berterusan Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan keselamatan serta kestabilan maritim di zon timur Malaysia terus terpelihara.

Melalui eksesais, kedua-dua agensi berpeluang menilai keberkesanan prosedur operasi standard (SOP), meningkatkan kecekapan taktikal, dan memperkukuh kebersamaan dalam mendepani ancaman serta cabaran semasa di lautan.

Eksesais jelas mencerminkan semangat setiakawan dan keutuhan hubungan antara Maritim Malaysia serta TLDM sebagai tunjang utama keselamatan maritim negara.

Diharapkan sinergi yang terjalin melalui latihan akan terus diperkasa demi memastikan keselamatan perairan negara berada pada tahap tertinggi.

ESPT
 
ESPT 2
 
ESPT 3
 
ESPT 5

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC