02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

LAWATAN KERJA RASMI TKPP PERKUKUH INFRASTUKTUR OPERASI MARITIM PAHANG

KUANTAN, 14 OKTOBER – Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Tuan Haji Nor Hisham bin Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang, semalam.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengarah Kewangan dan Belanjawan, Dato’ Barkhiya bin Shahiruddin; Pengarah Bahagian Pengurusan Aset, Tuan Ilham bin Udin serta pegawai-pegawai kanan Bahagian Pengurusan Aset, Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Delegasi disambut oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab bersama barisan pegawai kanan Maritim Negeri Pahang.

Lawatan kerja tersebut bertujuan membincangkan beberapa perkara berkaitan pengoperasian dan pembangunan fasiliti Maritim Malaysia di Negeri Pahang, khususnya cadangan sewaan tapak jeti Pusat Tahanan Vessel (PTV) baharu bagi keperluan operasi Maritim Negeri Pahang di Kuala Pahang, Pekan.

Tapak jeti yang dicadangkan dilihat berpotensi untuk menyokong keperluan operasi aset serta penugasan anggota Maritim Malaysia di kawasan berkenaan.

Selain itu, lawatan ini turut mengukuhkan hubungan kerja antara pihak pengurusan tertinggi dan pentadbiran negeri dalam usaha meningkatkan keupayaan logistik serta infrastruktur Maritim Malaysia Negeri Pahang, seiring dengan keperluan operasi semasa.

 

TKPP PHG2
 
TKPP PHG3
 
TKPP PHG4
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC