PASIR PUTEH, 15 NOVEMBER – Seramai 18 pegawai dan anggota dari Maritim Negeri Kelantan telah menyertai Kejohanan Mara Lasak Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh Tahun 2025 yang berlangsung di sini, pagi tadi.
Kejohanan ini melibatkan 13 pasukan yang terdiri daripada sembilan kumpulan mewakili IPD Pasir Puteh dan empat lagi kumpulan dari agensi jemputan iaitu Polis Bantuan Tok Bali Supply Base (TBSB), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) serta pasukan daripada Maritim Negeri Kelantan.
Dalam kejohanan itu, pasukan Maritim Negeri Kelantan yang diketuai oleh Leftenan Maritim Wan Mohd Syazwan bin Wan Ngah telah dinobatkan sebagai juara dengan catatan masa 1 jam 25 minit 33 saat, sekaligus menampilkan keupayaan fizikal, kecergasan dan semangat juang warga Maritim Malaysia pada tahap membanggakan.
Majlis perasmian dan penutupan kejohanan itu telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, YDH Supt. Zaizul Rizal bin Zakaria, yang turut mengucapkan penghargaan kepada semua peserta dan menghargai komitmen tinggi setiap pasukan yang berjaya menamatkan acara yang merangkumi 8.9 kilometer dengan penuh cabaran itu.
Melalui kejayaan ini, pasukan Maritim Negeri Kelantan telah membuktikan kemampuan dari segi ketahanan fizikal dan mental, selain memperlihatkan tahap disiplin, dedikasi dan semangat kerjasama yang tinggi dalam mengekalkan keselamatan dan kedaulatan perairan Malaysia.





















.svg.png)

