PUTRAJAYA, 24 NOVEMBER – Seramai 17 pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diraikan dalam Majlis Jasamu Dikenang 2025 yang berlangsung di The Everly Hotel, Putrajaya, hari ini.
Majlis berkenaan menghimpunkan para pesara daripada pelbagai skim perkhidmatan termasuk bersara wajib, bersara atas faktor kesihatan serta bersara pilihan.
Mereka merupakan warga yang pernah berkhidmat di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah, Pejabat SWASLA Lumut, Pejabat Maritim Negeri dan Zon Maritim di Semenanjung Malaysia serta Sabah.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, hadir bagi menyerikan acara dan menyampaikan ucapan perasmian sebagai tanda penghargaan atas jasa bakti yang ditaburkan sepanjang tempoh perkhidmatan para pesara.
Bagi mewakili kumpulan pesara, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus (Bersara) turut menyampaikan ucapan yang menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada Maritim Malaysia atas sokongan serta penghormatan yang diberikan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Tuan Haji Nor Hisham bin Ibrahim; serta pengarah-pengarah bahagian Ibu Pejabat Maritim Malaysia.





















.svg.png)

