03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI PAHANG KE MARKAS WILAYAH LAUT 1

KUANTAN, 27 Januari - Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laskamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh yang dilantik pada 5 Januari yang lalu, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Markas Wilayah Laut 1, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Dato' Zulhelmy bin Ithnain pada pagi ini.

Dalam pertemuan yang berlangsung lebih kurang satu jam setengah ini, kedua-dua pihak telah membincangkan isu-isu semasa berkaitan kerjasama dua hala dan perkongsian pelbagai maklumat dalam memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dengan harapan kerjasama yang baik ini akan berterusan.

Turut hadir ke kunjungan tersebut adalah Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain, Pegawai Memerintah KM Pekan Kepten Maritim Hamiluddin bin Che Awang, Pegawai Memerintah KM Langkawi dan Pegawai-pegawai Maritim Negeri Pahang.

4f349dde 4392 4490 8b18 7ac5494eb810    9b597529 4958 40e8 804e 0ace6ec9ec8b 
91d0b0bf cc68 4531 b17e 53024c20d15a   640448f5 0b2b 428c b693 955ab7a80350

PERBARISAN BULANAN DAN AMANAT PENGARAH ZON MARITIM KUALA PERLIS

KUALA PERLIS, 18 Januari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Perlis telah mengadakan acara perbarisan bulanan dan amanat Pengarah Zon Maritim bertempat di perkarangan pejabat Zon Maritim Kuala Perlis pada jam 9.00 pagi 17 Disember baru-baru ini.

Perbarisan telah diadakan mengikut Prosedur Operasi Standart (SOP) dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Maritim Perkasa disusuli dengan ucapan Pengarah Zon Martim Kuala Perlis dan diakhiri dengan bacaan doa.

Perbarisan yang juga merupakan acara bulanan turut dijadikan sebagai satu tradisi serta medan bagi anggota Zon Maritim Kuala Perlis mendengar taklimat dan amanat terakhir yang akan disampaikan oleh Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis sebelum beliau bertukar keluar..

Dalam amanat Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing beliau mengharapkan agar setiap anggota sentiasa mengamalkan tahap disiplin diri yang tinggi dan berdaya saing demi mengharumkan nama agensi ini di mata masyarakat umum serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pengarah baru yang akan menggantikan beliau nanti.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis turut melakukan pemeriksaan pakaian anggota dan menyampaikan sijil anugerah pekerja contoh bulanan kepada anggota Zon Maritim Kuala Perlis yang terpilih.

 9dcedcd4 c959 45f9 aa8f 4c501eca02db  3dc46e3d e5ad 4cae bd13 bed9959bf897
 650a5dfb ee19 4774 8fee a2c83d426698  57331636 7405 4fbe b019 019f5ce36840
 7763f794 f2b5 4f27 b36d 092fc4574252  d1da05a6 e7c6 4ba5 84b8 33ff991c9d6b

MARITIM NEGERI PAHANG TERIMA SIJIL PENGHARGAAN DARIPADA KERAJAAN NEGERI PAHANG

KUANTAN, 26 Januari - Maritim Negeri Pahang berbesar hati menerima sijil penghargaan dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Rosdy bin Wan Ismail  di atas kejayaan dan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Pahang dalam Program Pelupusan Bot Vietnam di Teluk Tekek, Pulau Tioman pada Oktober tahun lepas pagi ini.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata dengan penghargaan ini akan menjadi pemangkin untuk semua lapisan anggota untuk berkhidmat lebih kuat lagi. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat sehingga menjurus kepada penghargaan ini.

Turut serta dalam majlis tersebut Yang Berhormat ADUN Tioman, Dato' Sri Haji Mohd Johari Bin Hussain.

8a40cc67 95fe 4d00 89c1 ad2c8ee69638   3159a71e 4d21 4016 b955 db98eb66a0fa 
     

MARITIM NEGERI MELAKA & NEGERI SEMBILAN TERIMA PENGARAH BAHARU

KUALA LINGGI, 29 Januari - Majlis serah terima tugas Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah berlangsung pagi semalam dengan disaksikan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Muda Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.

Kepten Maritim Haris Fadzillah bin Abdullah secara rasminya telah menyerahkan tugas Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan kepada penggantinya Kepten Maritim Iskandar bin Ishak @Ishab.

Pertukaran dua hala ini menempatkan Kepten Maritim Haris Fadzillah bin Abdullah di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) Kuantan, Pahang mengambil alih jawatan Kepten Maritim Iskandar bin Ishak@Ishab sebagai Komandan Kluster Pengajian Pengurusan & Profesional di AMSAS.

Majlis turut disaksikan pegawai-pegawai kanan Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

-TAMAT-

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH ZON MARITIM TANJUNG MANIS KE PEJABAT LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA TANJUNG MANIS

TANJUNG MANIS, 20 Januari – Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Anak Numpang telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Manis petang tadi bagi memperkenalkan diri dan membincangkan kerjasama di masa akan datang serta mengerat hubungan antara agensi.

WhatsApp Image 2022 01 21 at 11.30.10 2

Pengurus Pelabuhan LKIM Tanjung Manis, Encik Sufri bin Ahmad, menzahirkan rasa sukacita dengan kunjungan ini dan berharap inisiatif ini akan meningkatkan lagi persefahaman dan kerjasama bagi memperkasakan operasi penguatkuasaan di perairan Tanjung Manis khasnya.

 

WhatsApp Image 2022 01 21 at 11.30.10

Hadir bersama Timbalan Pengarah Pengurusan, Timbalan Pengarah Operasi dan Penolong Akauntan Zon Maritim Tanjung Manis.

WhatsApp Image 2022 01 21 at 11.30.10 1

 

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC