03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERBARISAN BULANAN DAN AMANAT PENGARAH ZON MARITIM KUALA PERLIS

KUALA PERLIS, 18 Januari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Perlis telah mengadakan acara perbarisan bulanan dan amanat Pengarah Zon Maritim bertempat di perkarangan pejabat Zon Maritim Kuala Perlis pada jam 9.00 pagi 17 Disember baru-baru ini.

Perbarisan telah diadakan mengikut Prosedur Operasi Standart (SOP) dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Maritim Perkasa disusuli dengan ucapan Pengarah Zon Martim Kuala Perlis dan diakhiri dengan bacaan doa.

Perbarisan yang juga merupakan acara bulanan turut dijadikan sebagai satu tradisi serta medan bagi anggota Zon Maritim Kuala Perlis mendengar taklimat dan amanat terakhir yang akan disampaikan oleh Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis sebelum beliau bertukar keluar..

Dalam amanat Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing beliau mengharapkan agar setiap anggota sentiasa mengamalkan tahap disiplin diri yang tinggi dan berdaya saing demi mengharumkan nama agensi ini di mata masyarakat umum serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pengarah baru yang akan menggantikan beliau nanti.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis turut melakukan pemeriksaan pakaian anggota dan menyampaikan sijil anugerah pekerja contoh bulanan kepada anggota Zon Maritim Kuala Perlis yang terpilih.

 9dcedcd4 c959 45f9 aa8f 4c501eca02db  3dc46e3d e5ad 4cae bd13 bed9959bf897
 650a5dfb ee19 4774 8fee a2c83d426698  57331636 7405 4fbe b019 019f5ce36840
 7763f794 f2b5 4f27 b36d 092fc4574252  d1da05a6 e7c6 4ba5 84b8 33ff991c9d6b
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC