02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

PENGANUGERAHAN PANGKAT KEHORMAT MARITIM DAN MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT KADET KANAN MUDA PASKAM

ARAU, 12 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis telah mengadakan majlis tamat latihan dan penyampaian sijil Pasukan Kadet Maritim (PASKAM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi pengambilan 1/2018 dan 2/2019 di perkarangan Dewan Ilmu UniMAP, Arau Perlis, pagi tadi.

Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa, diiringi Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah Perlis Kepten Saliza binti Ahmad dan Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain serta pegawai dan jurulatih Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM).

Pada 6 Oktober 2018, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah dipilih sebagai universiti awam pertama ditawarkan kursus kokurikulum baharu iaitu Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) kepada mahasiswa program Ijazah Sarjana Muda.

Majlis tamat latihan dan penyampaian sijil Pasukan Kadet Maritim (PASKAM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ini melibatkan 81 Kadet Leftenan Muda PASKAM bagi sesi September 2018, sidang akdemik 2018/2019.

Zon Maritim Kuala Perlis dipilih sebagai penyelaras bagi menjalankan pembelajaran selama empat semester membabitkan teori seperti peranan dan tugas Maritim Malaysia, pengenalan undang-undang Akta 633, penggeledahan, tali temali, latihan kawad, kemahiran menembak, ilmu kelautan dan latihan renang.

Pelaksanaan Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) memberi impak positif kepada agensi untuk menarik minat serta memberi pengetahuan kepada orang awam bermula dari peringkat sekolah hingga ke institusi pengajian tinggi berkenaan peranan dan fungsi sebenar Maritim Malaysia sebagai penguat kuasa di Zon Maritim Malaysia (ZMM).

Pada hari bersejarah ini, Leftenan Muda PASKAM Nur Afifah Najiah binti Azman telah dianugerahkan sebagai kadet terbaik PASKAM siri 1/2018, manakala Leftenan Muda PASKAM Muhamad Haikal bin Abdullah telah dianugerahkan sebagai kadet terbaik PASKAM siri 2/2019.

Leftenan Muda PASKAM Muhammad Shahrul Iman bin Mohd Sidek siri 1/2018 dan Leftenan Muda PASKAM Yashumen A/L Ravendhran siri 2/2019 telah dipilih sebagai penerima anugerah kawad terbaik.

Anugerah-anugerah ini merupakan mekanisme pengiktirafan serta penghargaan terhadap jasa dan sumbangan yang diberikan oleh pelatih bagi meningkatkan moral dan motivasi Kadet PASKAM kerana UniMAP merupakan IPTA pertama (Pilot Project) yang menawarkan kursus badan beruniform PASKAM sebagai kursus baru di universiti tersebut.

 

gambar resize 01   gambar resize 02
     
gambar resize 04   IMG 8683

25 KETUA BOT DAN ANGGOTA MARITIM SERTAI KURSUS LATIHAN KEMAHIRAN MARITIM ANJURAN DEPARTMENT OF STATE'S INTERNATIONAL NARCOTICS AND LAW ENFORCEMENT

LANGKAWI, 26 Julai - Seramai 25 Ketua Bot dan anggota Maritim Malaysia yang bertugas di Semenanjung Malaysia telah menyertai Kursus Latihan Kemahiran Maritim (Maritime Skills Training) anjuran Department of State's International Narcotics and Law Enforcement, Kedutaan Amerika Syarikat pada 24 Julai hingga 4 Ogos 2022 bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis.

Kursus ini dibentuk untuk meningkatkan keupayaan pegawai dan anggota APMM berkaitan sekatan (Interdiction) bot-bot kecil dan akan melibatkan pelbagai aspek berkaitan bot-bot kecil, taktik penggeledahan dan ilmu pelayaran. Taklimat kursus ini telah diberikan oleh jurulatih dan pegawai US Coast Guard yang berpengalaman luas dalam mengendalikan bot dan penggeledahan semasa operasi.

Selain itu, kursus ini merupakan sebahagian agenda besar penguatkuasaan maritim dan menentang penyeludupan dadah.

Pelaksanaan kursus ini dilihat mampu meningkatkan lagi tahap profesionalisme Ketua Bot dan anggota Maritim Malaysia dalam bidang penggeledahan dan kendalian bot semasa operasi serta mampu melaksanakan tugas dan amanah yang telah diberikan bagi memperkasakan lagi pengoperasian di laut.

Foto 1    foto 2 
     
 foto 3    foto 4
   

 

MAJLIS JASAMU DIKENANG MARITIM NEGERI SARAWAK TAHUN 2022 DAN MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) IBU PEJABAT MARITIM NEGERI SARAWAK (IPMNS) TAHUN 2021

KUCHING, 21 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Sarawak telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang Maritim Negeri Sarawak tahun 2022 dan Majlis APC peringat Maritim Negeri Sarawak Tahun 2021 bertempat di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS).

Majlis anjuran Maritim Negeri Sarawak ini dihadiri oleh Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus, Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Pengarah Zon Maritim, para pesara serta keluarga, waris/wakil gemulah, penerima APC serta warga Maritim Negeri Sarawak yang dijemput.

 

WhatsApp Image 2022 07 22 at 12.37.03 PM    WhatsApp Image 2022 07 22 at 12.36.22 PM 1
WhatsApp Image 2022 07 22 at 12.36.40 PM   WhatsApp Image 2022 07 22 at 12.36.23 PM

 

Pada tahun ini kedua-dua majlis dilakukan secara serentak. Majlis Jasamu Dikenang diadakan untuk meraikan lima orang pesara dan akan bakal pesara pada tahun ini, manakala dua orang waris/wakil gemulah yang meninggal dunia dalam perkhidmatan turut dijemput pada majlis ini untuk menerima sumbangan dari agensi. Majlis ini adalah sebagai tanda perhargaan kepada pejawat awam yang telah memberikan sumbangan dalam perkhidmatan selain menghargai jasa dan bakti mereka yang telah berkhidmat di Maritim Negeri Sarawak.

 

WhatsApp Image 2022 07 22 at 12.37.17 PM

Seterusnya, di dalam majlis ini seramai 18 penerima APC 2021 diraikan bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan penjawat awam kerana kualiti dan kuantiti sumbangannya kepada agensi. Dengan penganugerahan ini dapat memberi motivasi kepada mereka untuk meningkatkan lagi kualiti kerja selain memberi dorongan kepada lain-lain pegawai dan anggota untuk bersama-sama bersaing dengan sihat bagi meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat agensi.

KURSUS PENGURUSAN MODUL LAMAN WEB BAGI PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM DI ZON UTARA 2022

LANGKAWI, 26 Julai - Kursus Pengurusan Modul Laman Web bagi Pegawai Perhubungan Awam di Zon Utara 2022 telah berlangsung pada 25 Julai 2022 hingga 26 Julai 2022 bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis. Kursus diberikan secara teori dan amali mengenai tatacara pengendalian laman web rasi agensi yang perlu dilaksanakan untuk memuat naik berita utama dan aktiviti di negeri dan zon maritim masing-masing.

Antara objektif kursus dilaksanakan adalah mengenai memberi pendedahan kepada Pegawai Perhubungan Awam sebagai pentadbir laman web di negeri dan zon maritim masing-masing.

Seramai 11 orang pegawai dan anggota telah dipilih sebagai peserta kursus. Pembelajaran dilakukan mengikut pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh MKN. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah mengikuti kursus ini.

kursus ict 2     
     

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN PANTAI TOK BALI

PASIR PUTEH, 7  Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan telah bersama-sama menyertai dan membantu membersihkan Pantai Tok Bali hari ini.

Program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Dun Semerak dan Pusat Pengajian Pondok Seligi ini disertai oleh lebih kurang 50 pelajar dan pegawai dan pegawai lain-lain pangkat Maritim Malaysia.

WhatsApp Image 2022 07 07 at 5.04.58 PM 1  WhatsApp Image 2022 07 07 at 5.04.58 PM 

Sebelum bergotong royong, Maritim Negeri Kelantan sempat menyampaikan sedikit taklimat berkenaan kesedaran keselamatan maritim kepada para pelajar dalam usaha memastikan komuniti maritim di negeri ini sentiasa peka dengan keselamatan mereka semasa melakukan sebarang aktiviti maritim.

Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini berakhir jam 11.30 pagi.

WhatsApp Image 2022 07 07 at 5.05.02 PM 4  WhatsApp Image 2022 07 07 at 5.05.02 PM 2

 

 

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC