MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM
12 PEGAWAI KANAN PENGUAT KUASA MARITIM TERIMA KENAIKAN PANGKAT
PUTRAJAYA, 4 Januari - Seramai 12 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima watikah kenaikan pangkat daripada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato' Mohd Zubil bin Mat Som. Seramai empat pegawai berpangkat Komander Maritim menerima kenaikan pangkat kepada Kepten Maritim dan lapan Leftenan Komander Maritim kepada Komander Maritim.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia juga telah menyampaikan ucapan amanat bersempena tahun 2022 kepada seluruh warga Maritim Malaysia. Dalam ucapan ringkas beliau menyatakan agar seluruh warga Maritim Malaysia dapat menggalas tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan amanah dan berwibawa.
GOTONG ROYONG BERSIHKAN RUMAH ANGGOTA TERKENA BANJIR
KUANTAN, 19 Disember - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang menghulurkan tenaga dengan membersihkan rumah anggota yang ditenggelami banjir di sekitar kuantan.
Turut serta dalam aktiviti pembersihan, Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud. Hujan selama beberapa hari pada minggu lepas menyebabkan beberapa Kawasan disekitar Kuantan di tenggelami banjir yang turut melibatkan beberapa buah rumah anggota Maritim Negeri Pahang.
Kerja-kerja pembersihan melibatkan lapan buah rumah anggota sedikit mencabar kerana rumah dipenuhi dengan lumpur dan perlu menggunakan pam waterjet. Terdapat juga rumah yang masih tiada bekalan elektrik dan tekanan bekalan air yang rendah.
Paras air mencecah pinggang telah merosakkan sebahagian besar perabot dan perkakas rumah.
LAWATAN OLEH JAPAN INTERNATIONAL COOPERATION AGENCY (JICA) KE IBU PEJABAT MARITIM NEGERI SELANGOR.
KLANG, 6 Disember – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Selangor telah menerima lawatan dari Japan International Cooperation Agency (JICA) yang diketuai oleh Komander bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor.
Salah satu tujuan utama lawatan adalah memperkenalkan mengenai organisasi dan operasi yang dilaksanakan oleh Maritim Negeri Selangor. Kunjungan hormat dimulai dengan menandatangani buku lawatan, taklimat serta beliau berpeluang menaiki bot Penggalang 10 bagi melihat kawasan di sekitar Klang. Lawatan berakhir pada jam lebih kurang 2 petang.
LATIHAN MENEMBAK TINGKAT TAHAP KEMAHIRAN ANGGOTA DALAM TEKNIK PENEMBAKAN
KUANTAN, 16 Disember - Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Pahang telah melaksanakan ujian latihan menembak senjata kecil yang bertempat di Lapang Sasar Tertutup Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dengan pematuhan Standard Operating Prosedure (SOP) yang telah ditetapkan.
Acara yang bermula 8.30 pagi semalam itu melibatkan pegawai dan anggota serta staf gunasama ibu pejabat maritim negeri pahang turut serta dalam membantu menjayakan aktiviti ini.
Latihan ini diadakan bertujuan bagi memahirkan anggota dalam mengendalikan senjata api kecil, memberi pendedahan berkenaan tatacara pengendalian senjata dalam situasi sebenar dan meningkatkan tahap kemahiran anggota dalam teknik penembakan.
Sesi ujian melibatkan beberapa acara seperti Precision , Fliping Target dan Rapid Fire pada jarak 10 dan 15 meter dan keseluruhan program menembak pada hari ini menggunakan senjata jenis pistol Glock 19, CZ Shadow dan CZ P 07.
UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK SENJATA KECIL MARITIM NEGERI SELANGOR 2021
KLANG, 15 Disember - Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor telah melaksanakan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) di Lapang Sasar Polis Permatang Pasir, Banting, Selangor.
Program yang berlangsung selama 2 hari tersebut melibatkan lebih kurang 80 pegawai dan anggota MN Selangor yang melibatkan latihan senjata api menggunakan Glok 19.
Objektif ujian kemahiran menambak ini dapat membina semangat berpasukan di kalangan peserta serta membina kenyakinan diri dan menanam sikap tanggungjawab dan disiplin yang tinggi semasa mengendalikan senjata kecil, menguji peserta dalam melaksanakan penembakan berdasarkan format latihan yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat APMM dan meningkatkan kemahiran peserta bagi melaksanakan penembakan dalam pelbagai rutin pada jarak yang berbeza disamping mengcungkil bakat-bakat baru dikalangan warga Maritim Negeri Selangor.
PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026
LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.
Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.
Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.
Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.
Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.
Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.