02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

ZON MARITIM KUALA PERLIS LAKSANAKAN UJIAN SARINGAN AIR KENCING KEPADA WARGANYA

KUALA PERLIS, 11 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis telah melaksanakan ujian saringan air kencing kepada warganya bertempat di Ruang Paskam, pejabat Zon Maritim Kuala Perlis bermula pada jam 9.00 pagi, semalam.

Program ini bertujuan mengesan kehadiran dadah dalam air kencing dan mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota didapati positif dadah berdasarkan hasil ujian yang dilakukan.

Kerajaan memandang berat terhadap isu penagihan dadah dan sentiasa mengambil langkah-langkah yang tegas untuk memastikan pegawai dan kakitangan Kerajaan tidak terlibat dengan penagihan dadah. 

WhatsApp Image 2021 11 11 at 8.50.00 AM 1    WhatsApp Image 2021 11 11 at 8.50.01 AM 1       
           
 WhatsApp Image 2021 11 11 at 8.50.02 AM   WhatsApp Image 2021 11 11 at 8.50.02 AM 1      

UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK SENJATA KECIL ZM LABUAN

LABUAN, 10 November-  Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil  Zon Maritim Labuan telah dilaksanakan pada harini dengan penglibatan seluruh warga Zon Maritim Labuan bertempat di Lapang Sasar Tentera Darat, Tanjung Keramat, WP Labuan.

Acara bermula seawal jam 7.30 pagi dengan pematuhan kepada Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Seramai 114 orang Pegawai dan anggota serta staf gunasama telah terlibat dalalm membantu menjayakan aktiviti ini. Acara selesai pada jam lebih kurang 2.15 petang dengan dan seluruh warga ZM Labuan dalam keadaan selamat.

WhatsApp Image 2021 11 10 at 1.23.49 PM  WhatsApp Image 2021 11 10 at 1.24.45 PM
 WhatsApp Image 2021 11 10 at 1.24.43 PM  WhatsApp Image 2021 11 10 at 1.24.46 PM 1
WhatsApp Image 2021 11 10 at 1.24.46 PM WhatsApp Image 2021 11 10 at 1.24.43 PM 1

 

MARITIM MALAYSIA SERTAI PAMERAN ROAD TO JUBLI EMAS 50 TAHUN LKIM & MAFI PRIHATIN 2021 DI SELANGOR

KUALA SELANGOR, 31 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Selangor telah menyertai pameran sempena Road to Jubli emas 50 tahun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) & Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin 2021 bertempat di Kompleks LKIM Kuala Selangor.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program tersebut berlangsung seperti pasar bergerak LKIM Prihatin Rakyat, Simulasi Operasi menyelamat di laut, gerai pameran,hari bertemu pelanggan, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Program sebegini bukan sahaja dapat memberi pengalaman yang berbeza kepada pengunjung malah mengeratkan hubungan yang sedia terjalin antara Maritim Malaysia dengan masyarakat setempat.

 

1   2
     
3   4

NGPC KM LAHAD DATU BERLAYAR KE MARITIM NEGERI SABAH DAN WP LABUAN

PELABUHAN KLANG , 2 November – Seramai 24 kru pegawai dan anggota Kapal Maritim (KM) LAHAD DATU telah memulakan pelayaran dari Klang ke Wilayah Persekutuan Labuan pada 1 November lalu setelah selesai menjalani proses penyesuaian kapal selama sebulan di Perairan Selat Melaka.

KM LAHAD DATU  merupakan NGPC yang ke- 6 iaitu kapal terakhir yang diterima oleh Maritim Malaysia pada 30 September 2021 lalu dengan ukuran panjang 45 meter dan lebar 7.7 meter, ia mampu berlayar dengan kelajuan 24 knot. NGPC ini juga boleh beroperasi selama 10 hari di laut tanpa ulang bekal bagi tugas penguatkuasaan dan carilamat maritim.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan Meriam 30mm Aselsan, Rigid Inflatable Boat (RIB) sepanjang 7 Meter, Long Range Surveillance Camera (kamera pemantau yang mampu mengambil gambar siang dan malam) dan NGPC ini juga memiliki kelengkapan dalam menggendalikan tumpahan minyak secara komprehensif.

Dengan adanya pertambahan kapal ini, ianya akan membantu memantapkan lagi operasi penguatkuasaan serta carilamat maritim di Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan. KM LAHAD DATU dijangka tiba di home port Zon Maritim Labuan pada 7 November ini.

Pengurusan Tertinggi Maritim Malaysia turut mengucapkan tahniah di atas komitmen yang diberikan oleh kru KM LAHAD DATU dan mendoakan agar mereka berlayar serta tiba di destinasi dengan selamat.

 

 WhatsApp Image 2021 11 02 at 11.09.50 AM 1   WhatsApp Image 2021 11 02 at 11.09.51 AM 2         
             
 WhatsApp Image 2021 11 02 at 11.09.51 AM 1            
             

MARITIM NEGERI PAHANG BERSAMA KOMUNITI NELAYAN PULAU TIOMAN

PULAU TIOMAN, 25 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Pahang telah mengadakan pertemuan ringkas bersama Persatuan komuniti nelayan Pulau Tioman pada Program Pelupusan Vesel Lucut Hak Bot Nelayan untuk berkongsi maklumat berkenaan program yang dilaksanakan serta menerangkan langkah-langkah keselamatan di laut bagi menghadapi musim tengkujuh yang akan tiba November ini.

Turut hadir dalam pertemuan itu Ahli Dewan Undangan Negeri Tioman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Johari bin Hussain.

Dalam pertemuan itu, Persatuan komuniti nelayan turut berkongsi masalah serta keluhan yang dihadapi terutamanya melibatkan pencerobohan bot nelayan asing Vietnam yang semakin berani mencuri hasil laut di perairan Pahang.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Hj Amran bin Hj Daud memaklumkan kepada komuniti nelayan negeri Pahang bahawa Maritim Malaysia mengambil maklum perkara tersebut dan memaklumkan sebarang kejadian yang mencurigakan dengan menggunakan saluran yang betul dengan menghubungi talian Hotline Maritim Malaysia.

d946790e 9621 4293 ae11 d487b6b8899a   ec29c415 d7e7 4e78 a478 e2dc85b1d015
09724792 fa6e 4ff4 a614 ca823725abd4   f1d46f2e 4992 43bf 8a20 027b4ec62335

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC