02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM MALAYSIA SERTAI PERBINCANGAN TIGA HALA ‘GLOBAL MARITIME CRIME PROGRAMME’

MANILA, 28 Jun – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana (M) Dato' Mohd Zubil Bin Mat Som menghadiri perbincangan tiga hala – ‘Global Maritime Crime Programme’ anjuran United Nation Office on Drug and Crime (UNODC) di Filipina.

Perbincangan yang dilakukan secara trilateral ini adalah pertemuan enam mata antara pimpinan tertinggi badan penguatkuasaan maritim tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Malaysia diwakili Ketua Pengarah Maritim Malaysia sendiri, manakala Indonesia diwakili oleh Kepala Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLA), Laksdya TNI Dr. Aan Kurnia dan Filipina diwakili oleh Komandan Philipine Coast Guard (PCG), Laksamana Artemio M Abu.

Tujuan pertemuan ini adalah bagi membincangakan soal keselamatan perairan di tiga negara berjiran, sekali gus mengukuhkan lagi hal ehwal penguatkuasaan undang-undang maritim serantau.

 s2 s3 
 s4  s5

 

LAWATAN KEBAJIKAN ANGGOTA

Pelabuhan Klang, 15 Jun – Pengarah Maritim Negeri Selangor kepten (M) Siva Kumar A/L Vengadasalam bersama Timbalan pengarah keselamatan negeri Leftenan Maritim (M) Shahrilazry bin Samat telah melakukan lawatan kebajikan ke atas anggotanya yang sakit iaitu Bintara Muda (M) Mohd Khalid bin Abdul Wahad di kediaman beliau di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang hari ini.

Kepten (M) Siva Kumar turut menyampaikan sumbangan kepada anggota tersebut dan juga memberi kata-kata semangat serta sokongan moral agar terus tabah dengan ujian ini.

Lawatan kebajikan ini sebagai tanda keprihatinan yang menitikberatkan kebajikan pegawai dan anggota selain mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga Maritim Malaysia. Ujar beliau.

WhatsApp Image 2022 06 15 at 9.34.24 PM   WhatsApp Image 2022 06 15 at 9.34.47 PM
     
WhatsApp Image 2022 06 15 at 11.46.41 AM   WhatsApp Image 2022 06 15 at 11.46.42 AM

 

MARITIM SELANGOR ANJUR TAKLIMAT MENGAWAL KEBANJIRAN DAN MELAWAN API (MKMA)

KLANG, 16 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Negeri Selangor telah menjemput Penceramah dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Klang bagi menyampaikan  taklimat mengawal kebanjiran dan melawan api (MKMA) yang diadakan di bilik Auditorium Helang pejabat Maritim Selangor hari ini.

Taklimat diberikan oleh Pegawai Bomba Mohd Razee bin Mohd Jaafar  ini bertujuan untuk mendedahkan kepada warga Maritim Selangor akan tindakan dan tindak balas yang sepatutnya diambil apabila berlakunya kebakaran terutamanya tempoh masa untuk keluar dari premis, laluan kecemasan yang perlu dilalui dan ketersediaan di tempat berkumpul. Turut hadir bersama Pegawai Bomba Kanan 2 , Nazri bin Maziani dan empat pegawai bomba yang lain. Seramai lebih kurang empat orang pegawai serta anggota pejabat, kapal dan bot yang hadir taklimat tersebut.

Taklimat ini berakhir dengan pemberian cenderhati oleh Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Sivakumar A/L Vengadasalam.

 B4  B3
 B2  B1

MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS LAKSANA PREVENTIVE SAR DI LAUT SEMPENA HARI KESEDARAN KESELAMATAN MARITIM

Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Langkawi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis telah melaksanakan program Preventive SAR pada 9 Jun lalu, bersempena cuti sekolah di Pantai Chenang, Langkawi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah Dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, Langkawi telah menerima jumlah pengunjung yang tinggi memandangkan Pulau Langkawi adalah tempat pelancongan yang menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi laut untuk pengunjung lakukan.

Pada program kali ini, MRSC Langkawi mengedarkan risalah keselamatan di laut kepada pengusaha-pengusaha sukan air seperti pengusaha jet ski, banana bot dan para sailing dan pengunjung yang berada di Pantai Chenang

Taklimat keselamatan yang diberikan antaranya adalah kepentingan penggunaan jaket keselamatan, sentiasa menyemak keadaan cuaca sebelum ke laut, penggunaan Personal Locator Beacon (PLB), sentiasa periksa keadaan vesel/bot sebelum keluar ke laut dan bawa peralatan keselamatan turut disampaikan kepada komuniti maritim selain menyerahkan pelekat nombor telefon kecemasan MRSC Langkawi kepada mereka.

Sementera itu, Maritim Negeri Kedah dan Perlis juga turut mengadakan pameran sempena Sambutan Hari Tibi Sedunia di Telaga Walk, Pantai Chenang.

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh Komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Kedah Dan Perlis 04-9665307/ 9662750.

WhatsApp Image 2022 06 14 at 1.08.19 PM 1    WhatsApp Image 2022 06 14 at 11.01.29 AM     
         
 WhatsApp Image 2022 06 14 at 11.01.30 AM   WhatsApp Image 2022 06 14 at 11.01.31 AM    

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA PENGARAH HIDROGRAFI

KLANG, 14 Jun-  Pengarah Maritim Negeri Selangor , Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Hidrografi , Laksamana Muda Maritim Dato' Hanafiah bin Hassan.
Kunjungan hormat yang turut disertai Pegawai Memerintah KD Sultan Abdul Aziz Shah, KDR Selva Kumar A/L Subramaniam TLDM dan Pengarah Maritim Negeri Selangor diiringi oleh Pegawai Operasi Maritim Negeri Selangor, Leftenan (M)  Mohd Syafiq bin Sazali.  
 n n2 
 n3  n4

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC