03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

LAWATAN KERJA RASMI YBHG. KETUA PENGARAH APMM KE IBU PEJABAT MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS, ZON MARITIM KUALA PERLIS DAN ZON MARITIM KUALA KEDAH

LANGKAWI, 21 Januari - Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som,  telah mengadakan lawatan kerja rasmi selama dua hari ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Zon Maritim Kuala Perlis dan Zon Maritim Kuala Kedah.

Ketibaan Yang Berbahagia Dato’ Ketua Pengarah Maritim Malaysia disambut dengan Kawalan Kehormatan Setempat Alpha (KKS (A)) dan diiringi oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah.

Sepanjang lawatan kerja tersebut, beliau turut menyampaikan amanat dan nasihat agar sentiasa mengamalkan tahap disiplin diri yang tinggi, memberi komitmen sepenuhnya serta mengekalkan tahap integriti yang tinggi sepanjang melaksanakan tugas masing-masing.

Beliau juga turut mengucapkan tahniah keatas kejayaan tangkapan dan rampasan kes-kes berprofil tinggi pada tahun lepas dan menyeru agar meningkatkan lagi usaha dengan penuh semangat pada tahun ini.

Dalam majlis tersebut juga turut diadakan sesi soal-jawab kepada warga Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Zon Maritim Kuala Perlis dan Zon Maritim Kuala Kedah.

WhatsApp Image 2022 01 20 at 4.01.37 PM 2823f9f8 673d 42c8 9f75 1509194c6e92
37eb56b6 b04e 446e acac d8497233b5f8 WhatsApp Image 2022 01 20 at 4.02.08 PM
WhatsApp Image 2022 01 20 at 4.05.09 PM WhatsApp Image 2022 01 20 at 4.05.10 PM
WhatsApp Image 2022 01 20 at 4.05.13 PM a4c1e4c9 5afb 4147 887a e19fbf274b28
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC