SEMATAN, 19 Januari – Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak telah melaksanakan Program Preventive SAR di Pejabat Persatuan Nelayan Kampung (PNK) Sematan/Lundu pagi tadi.
MRSC Kuching diketuai Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kepten Maritim Yousry bin Ali beserta tujuh orang pegawai dan anggota disambut oleh Pengerusi PNK Sematan/Lundu Encik Sharkawi bin Nawi di Pejabat Persatuan Nelayan Sematan.
Sasaran Program pada kali ini adalah untuk meluaskan rangkaian perhubungan (networking), mendapatkan informasi terkini di kawasan PNK Sematan, berkongsi maklumat, meningkatkan kesedaran dari segi aspek keselamatan nelayan dan mendekatkan komuniti nelayan dengan Maritim Negeri Sarawak.
PNK Sematan/Lundu merupakan PNK ketiga yang dikunjungi MRSC Kuching semenjak tahun 2021.
Program seperti ini telah dumasukkan di dalam takwim aktiviti MRSC Kuching 2021/2022 dan MRSC Kuching akan meneruskan program ini seperti mana yang dirancang pada masa akan datang.

















.svg.png)

