MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM
PERBARISAN PEMBUKAAN TAHUN 2022 BAGI MARITIM NEGERI SELANGOR
KLANG, 12 Januari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan perbarisan pembukaan tahun 2022 di perkarangan pejabat Maritim Negeri Selngor mengikut Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan,
Pengarah Maritim Negeri , Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim turut menyampaikan amanat agar setiap anggota sentiasa mengamalkan tahap disiplin diri yang tinggi dan mampu menjaga nama baik agensi.
Pada majlis ini juga, Pengarah Maritim Negeri turut melakukan pemakaian pangkat bagi enam anggota lain-lain pangkat dari Laskar kelas 1 ke Laskar Kanan Maritim dan beliau turut menyampaikan hadiah bagi pemenang menembak yang diadakan pada 15 dan 16 Disember tahun lalu. Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada anggota yang menerima pangkat dan hadiah agar terus memberi komitmen yang tinggi demi mengalas segala tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan pada setiap masa.
PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026
LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.
Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.
Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.
Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.
Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.
Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.