02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM MALAYSIA IBU PEJABAT MARITIM NEGERI SARAWAK ANJUR PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN MENEMBAK SENJATA KECIL

KUCHING, 17 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak telah menganjurkan Latihan Kemahiran Menembak Senjata Kecil bertempat di Lapang Sasar PULAPOL PDRM, Kuching pagi tadi.

Latihan pada kali ini telah dikoordinasikan oleh Unit KM Bijak, dan hanya melibatkan seramai 45 orang Pegawai dan Anggota yang terdiri dari KM Bijak, KM Sri Aman dan Seksyen Keselamatan dengan pematuhan SOP COVID 19 yang digariskan oleh KKM bagi mengekang penularan wabak COVID 19.

Objektif utama Program Latihan Kemahiran Menembak Senjata Kecil pada kali ini adalah bertujuan untuk menilai tahap kecekapan dan kemahiran anggota di dalam pengendalian senjata.

Selain itu, ia turut diadakan untuk menjalankan uji cuba ke atas semua senjata kecil dalam pegangan, sebagai sesi refreshment kepada pegawai serta anggota untuk tatacara pengendalian senjata api kecil dengan menitik beratkan langkah-langkah keselamatan dan untuk menyesuaikan penggunaan senjata api jenis terbaru yang dibekalkan.

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat serta aduan daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun kemalangan di laut secara terus Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

 

 g    a
 d  b
   
c WhatsApp Image 2022 03 17 at 17.22.06

 

 

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH KM SRI AMAN

KUCHING, 22 Mac - Majlis Penyerahan dan Akuan Terima Nota Serah Tugas Pegawai Memerintah KM Sri Aman daripada Leftenan Komander Maritim Helpan bin Yohanis kepada Leftenan Komander Maritim Md Nor bin Ismail telah berlangsung pagi tadi dengan disaksikan Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kepten Maritim Yousry bin Yaali.

WhatsApp Image 2022 03 22 at 17.16.25 1

Majlis itu telah diadakan secara ringkas di Jeti KOMTAS dengan kehadiran pegawai dan anggota KM Sri Aman dengan pematuhan SOP mengekang pemularan wabak Covid-19.

Leftenan Komander Maritim Md Nor bin Ismail dilantik sebagai Pegawai Memerintah KM Sri Aman berkuatkuasa pada 9 Mac 2022 bagi menggantikan Leftenan Komander Maritim Helpan bin Yohanis yang akan bertukar keluar bagi mengisi Jawatan Penolong Pengarah Kanan, Unit C3I, Seksyen Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang yang berkuatkuasa 9 Mac 2022.

 

WhatsApp Image 2022 03 22 at 17.16.25

Maritim Negeri Sarawak mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada Leftenan Komander Maritim Helpan bin Yohanis di atas komitmen beliau sepanjang beliau bertugas di Maritim Negeri Sarawak dengan telah memimpin KM Sri Aman ke tahap pencapaian yang cemerlang.

WhatsApp Image 2022 03 22 at 17.16.25 3

Leftenan Komander Md Nor bin Ismail sebelum ini menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah KM Mengalum dari 18 Jan 2021 hingga 9 Mac 2022. Semoga beliau akan meneruskan pencapaian yang cemerlang bersama KM Sri Aman.

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat serta aduan daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak 082-432544/ 432006 yang beroperasi 24 jam.


ZON MARITIM KUALA PERLIS MANTAPKAN KESIAPSIAGAAN ANGGOTA KENDALI SENJATA

KUALA PERLIS, 17 Mac - Zon Maritim Kuala Perlis telah menganjurkan Latihan Kemahiran Menembak senjata kecil jenis Glock 19 yang diadakan di Lapang Sasar Kompleks Logistik PDRM Mata Ayer, Arau, Perlis pada jam lebih kurang 8.00 pagi, semalam.

Latihan menembak ini melibatkan seramai 62 orang pegawai termasuk pegawai lain-lain pangkat (LLP) dan pegawai gunasama Zon Maritim Kuala Perlis menyertai program ini.

                                                                              WhatsApp Image 2022 03 17 at 10.20.48 AM

Latihan ini diadakan bertujuan memahirkan anggota dalam mengendalikan senjata api kecil, memberi pendedahan berkenaan tatacara pengendalian senjata dalam situasi sebenar dan meningkatkan tahap kemahiran anggota dalam teknik penembakan dalam acara Precision. Di samping itu, program ini turut memainkan peranan memupuk semangat berpasukan serta mengukuhkan ikatan silaturahim antara satu sama lain.

Latihan menembak dimulakan dengan sesi latihan tembakan Precision pada jarak 15 meter bagi senjata jenis Glock 19 dan diakhiri dengan sesi latihan tembakan Precision pada jarak 20 meter bagi senjata jenis Glock 19. Keseluruhan latihan menembak pada kali ini telah berjalan dengan lancar.

                                                                            WhatsApp Image 2022 03 17 at 10.20.47 AM

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi komitmen yang tinggi serta terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan latihan menembak ini.

                                                                          WhatsApp Image 2022 03 17 at 10.20.46 AM 2

 

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) RELA MALAYSIA DI IBU PEJABAT MARITIM NEGERI SARAWAK

KUCHING, 24 Mac – Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak telah menerima kunjungan dari Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Rela Malaysia, TKPjR Tuan Mohd Sazali bin Mohd Zin, bersama rombongan dan disambut mesra oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kepten Maritim Yousry bin Yaali, bertempat di Bilik Rentap, KOMTAS, pagi tadi.

1

Tujuan utama lawatan kerja tersebut adalah untuk membincangkan isu-isu keselamatan premis serta menerangkan bidang tugas anggota RELA, selain membuat lawatan di beberapa pos kawalan anggota RELA di KOMTAS.

2

Perbincangan ini dijangka akan meningkatkan persefahaman antara Maritim Malaysia dengan RELA secara tidak langsung meningkatkan tahap keselamatan premis Kerajaan, di KOMTAS khas nya, dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan penghuni KOMTAS.

Perbincangan tersebut turut di hadiri oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Sarawak Encik Yusuf Mok bin Mohamad Generawi serta beberapa Pegawai Kanan Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak.

 

 

3 4

 

5

 

6

 

7

 

WhatsApp Image 2022 03 24 at 14.46.12

   

 

 

 

 

SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN MARITIM MALAYSIA KE-17 PERINGKAT ZON MARITIM KUALA PERLIS

KUALA PERLIS, 17 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis telah mengadakan Sambutan Hari Ulang Tahun Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ke-17 peringkat Zon yang bertemakan “Kami Serius Melaksanakannya” diadakan di pejabat Zon Maritim Kuala Perlis mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) bermula pada jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari, semalam.

Acara sambutan tersebut dimulai dengan perbarisan yang disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku dan Maritim Perkasa serta turut disusuli dengan ucapan Pengarah Zon Martim Kuala Perlis dan diakhiri dengan bacaan doa. Pada majlis ini juga, Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain turut melakukan pemeriksaan terhadap pakaian anggotanya dan menyampaikan sijil anugerah pekerja contoh bulanan kepada anggota Zon Maritim Kuala Perlis serta cenderahati kepada anggota yang bertukar keluar.

Sinonim dengan sambuan tersebut, beberapa acara telah dianjurkan seperti program derma darah yang dikendalikan oleh Unit Perubatan Transfusi Hospital Tuanku Fauziah, pameran kerjaya dan pameran senjata api kecil.

Antara tetamu yang dijemput hadir ialah terdiri daripada komuniti maritim di sekitar Kuala Perlis, staf serta pelajar daripada Kolej Universiti Islam Perlis.

 

WhatsApp Image 2022 02 17 at 11.09.35 AM   WhatsApp Image 2022 02 17 at 11.09.42 AM   
 WhatsApp Image 2022 02 17 at 11.09.42 AM 1    WhatsApp Image 2022 02 17 at 11.09.38 AM  
       

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC