MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM
MARITIM NEGERI PAHANG TERIMA SIJIL PENGHARGAAN DARIPADA KERAJAAN NEGERI PAHANG
KUANTAN, 26 Januari - Maritim Negeri Pahang berbesar hati menerima sijil penghargaan dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Rosdy bin Wan Ismail di atas kejayaan dan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Pahang dalam Program Pelupusan Bot Vietnam di Teluk Tekek, Pulau Tioman pada Oktober tahun lepas pagi ini.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata dengan penghargaan ini akan menjadi pemangkin untuk semua lapisan anggota untuk berkhidmat lebih kuat lagi. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat sehingga menjurus kepada penghargaan ini.
Turut serta dalam majlis tersebut Yang Berhormat ADUN Tioman, Dato' Sri Haji Mohd Johari Bin Hussain.
PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026
LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.
Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.
Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.
Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.
Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.
Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.