02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM MALAYSIA RAKAM PENGHARGAAN, KAPAL MPMS KEDUA BAKAL PERKUKUH KESELAMATAN PERAIRAN NEGARA

PUTRAJAYA, 8 JANUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia, khususnya Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas pengumuman negara bakal memperolehi Kapal Multi Purpose Mission Ship (MPMS) kedua dalam usaha memperkukuh keupayaan keselamatan dan penguatkuasaan perairan negara.

Perolehan aset strategik itu diumumkan oleh Perdana Menteri sempena lawatan rasmi beliau ke Turkiye, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan MADANI dalam memastikan kesiapsiagaan agensi keselamatan negara sentiasa berada pada tahap optimum bagi menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, perolehan MPMS kedua merupakan satu langkah strategik yang amat signifikan dalam usaha memperkukuh keupayaan operasi Maritim Malaysia di perairan negara khususnya di Laut China Selatan.

“Maritim Malaysia amat berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diterajui oleh Menterinya YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta semua pihak yang terlibat atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan,”

“Perolehan kapal MPMS kedua ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan operasi penguatkuasaan di laut, malah memberi keyakinan kepada rakyat bahawa keselamatan perairan negara terus menjadi keutamaan kerajaan,” katanya.

Datuk Haji Mohd Rosli turut menjelaskan, kapal MPMS kedua yang bakal dibina oleh Desan Shipyard, Turkiye itu bernilai kira-kira USD83.75 juta, akan menjadi aset pelengkap Maritim Malaysia, khususnya bagi operasi jarak jauh dengan kemampuan berteknologi tinggi.

Dari segi keupayaan, kapal MPMS kedua direka sebagai sebuah platform operasi pelbagai peranan dengan panjang keseluruhan kira-kira 99 meter dan lebar sekitar 17 meter. Kapal ini mampu mencapai kelajuan maksimum melebihi 20 knot serta beroperasi di laut sehingga 30 hari secara berterusan tanpa perlu ulang bekal.

Kapal berkenaan jelas beliau, mampu menempatkan seramai 70 orang kru dan 30 penumpang atau anggota tambahan, selain dilengkapi kemudahan sel tahanan berasingan yang boleh memuatkan sehingga 45 orang tahanan, selari dengan keperluan operasi penguatkuasaan undang-undang maritim.

Keupayaan operasi kapal ini diperkukuhkan dengan geladak helikopter, sistem Unmanned Aerial Vehicle (UAV) untuk tujuan pemantauan dan risikan, serta empat buah Fast Interceptor Craft (FIC) bagi menyokong rondaan pantai, pemeriksaan kapal dan tindakan penguatkuasaan segera. Kapal ini turut dilengkapi kemudahan hospital mini serta sistem persenjataan yang bersesuaian bagi melindungi kru dan memastikan keselamatan operasi di kawasan berisiko.

Datuk Mohd Rosli menegaskan, perolehan kapal MPMS kedua ini jelas mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh keupayaan keselamatan maritim negara serta memastikan kesiapsiagaan Maritim Malaysia sentiasa berada pada tahap terbaik.

Terdahulu, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawat beliau, TYT Recep Tayyip Erdoğan, Presiden Türkiye telah menyaksikan Majlis penyerahan Letter of Acceptance (LOA) sebagai persetujuan bagi melaksanakan perolehan kapal berkenaan di Ankara, hari ini.

Kehadiran pemimpin tertinggi kedua-dua negara ini mencerminkan kepentingan hubungan diplomatik dan kerjasama strategik dalam sektor pertahanan dan keselamatan maritim antara Malaysia dan Türkiye

Selain itu langkah yang diambil ini turut memperkukuh keyakinan rakyat terhadap usaha Kerajaan MADANI dalam mempertahankan keselamatan perairan serta menjamin kesejahteraan maritim negara.

MPMS 2
 
MPMS 2 2
 
MPMS 2 5
 
MPMS 2 6

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC