03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MIZUHO BERLABUH DI MALAYSIA, LONJAK KERJASAMA STRATEGIK MARITIM MALAYSIA

PORT DICKSON, 23 JUN – Malaysia hari ini mencatat satu lagi detik bersejarah apabila kapal peronda milik Japan Coast Guard (JCG), MIZUHO, selamat berlabuh di Terminal Kapal Persiaran Klang (PKCT), sekali gus menandakan permulaan misi strategik lima hari bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah berkata, lawatan yang bermula dari 23 hingga 27 Jun 2025 ini bukan sekadar memperkasa hubungan strategik yang sedia terjalin di antara agensi penguat kuasa kedua-dua negara, tetapi ia juga lambang keyakinan JCG terhadap Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama keselamatan maritim bagi menghadapi cabaran serantau yang semakin kompleks dan mencabar.

“Kehadiran MIZUHO adalah simbol kepercayaan Jepun terhadap keupayaan Maritim Malaysia sebagai rakan penting di rantau ini”.

“Kedua-dua agensi bukan sahaja akan berkongsi pengalaman dan kepakaran, tetapi mencari kata sepakat bersatu demi keselamatan perairan serantau dari sebarang ancaman,” tegas Zawawi.

Beliau berkata demikian ketika hadir menyambut ketibaan kapal MIZUHO milik negara ‘matahari terbit’ itu di sini hari ini.

Turut hadir sama, Duta Jepun ke Malaysia, Ambassador Shikata Noriyuki bersama pegawai dari Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Mobile Coordination Team (MCT). Manakala JCG diwakili oleh Timbalan Komandan Operasi, Mr. Kanosue Hiroaki, serta enam pegawainya yang lain.

Sementara itu, Ambassador Shikata Noriyuki menegaskan, lawatan MIZUHO ke Malaysia adalah penting dalam menjaga hubungan erat antara kedua-dua agensi penguat kuasa maritim ini khususnya dalam meneruskan aspek latihan dan operasi bersama di samping perkongsian teknologi.

“Kerjasama antara Japan Coast Guard dan Maritim Malaysia sejak tahun 2006 telah memainkan peranan penting dalam membina keupayaan penguatkuasaan maritim serantau,” jelas beliau.

Antara pengisian utama lawatan MIZUHO termasuk Latihan Teknik Penahanan (Arresting Technique Training) dan latihan Long Range Acoustic Device (LRAD) kendalian JICA dan MCT, kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah serta latihan bersama MIZUHO dan Kapal Maritim (KM) BANGGI milik Maritim Malaysia di Perairan Selangor.

Lawatan MIZUHO ini diharap menjadi titik tolak kepada lebih banyak kerjasama dua hala antara kedua-dua Agensi Penguat kuasa maritim dalam mengekang jenayah rentas sempadan, meningkatkan kemampuan dalam mencari dan menyelamat, selain mengangkat hubungan maritim ke tahap strategik, demi memastikan rantau ini kekal bebas dan berdaulat untuk generasi akan datang.

 

MIZUHO2
 
MIZUHO4
 
MIZUHO6
 
MIZUHO7

KEMPEN ‘BERAPUNG UNTUK HIDUP’ DIPERKASA MELALUI MEDIA ARUS PERDANA

PUTRAJAYA, 18 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus menggandakan usaha meningkatkan kesedaran keselamatan maritim dalam kalangan masyarakat menerusi penglibatan aktif dalam program-program media arus perdana.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana (BCLBB) Maritim Malaysia, Komander Maritim Ardi Mat Nawi berkata, kerjasama strategik bersama media adalah saluran paling efektif untuk menyampaikan maklumat penting berkaitan keselamatan di laut, terutama langkah yang perlu diambil ketika berdepan kecemasan.

“Media berperanan besar dalam memastikan mesej keselamatan disampaikan secara meluas dan berkesan. Saluran seperti RTM merupakan platform yang dipercayai rakyat untuk mendapatkan informasi sahih dan tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir menjadi jurucakap Maritim Malaysia dalam program bual bicara Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM, hari ini.

Dalam sesi tersebut, Ardi turut berkongsi statistik operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) yang dijalankan oleh Maritim Malaysia. Sepanjang tahun 2024, sebanyak 226 kes direkodkan melibatkan 1,348 mangsa, dengan 1,259 berjaya diselamatkan, 64 disahkan maut dan 25 lagi masih hilang.

Sementara itu, bagi tempoh sehingga 31 Mei 2025, sebanyak 108 insiden telah direkodkan melibatkan 251 mangsa. Daripada jumlah itu, seramai 203 mangsa berjaya diselamatkan, manakala 36 terkorban dan 12 masih belum ditemui.

“Statistik ini membuktikan bahawa usaha memberikan pendidikan serta meningkatkan kesedaran keselamatan maritim kepada masyarakat perlu diteruskan dan diperhebatkan,” ujarnya.

Melihat kepada angka yang membimbangkan itu, Maritim Malaysia komited meneruskan pendekatan berterusan melalui kempen pendidikan dan pencegahan. Sehubungan itu, tema ‘Berapung Untuk Hidup’ dikekalkan sempena Sambutan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) 2025). Ia sebagai simbolik penting kepada kemahiran asas bertahan hidup yang mampu menyelamatkan nyawa ketika berlaku insiden di laut.

“Pada tahun ini, HKKM 2025 bakal berlangsung pada 28 Jun di Tanjung Harapan, Klang, Selangor. Program ini merupakan platform penting untuk mendidik masyarakat tentang keselamatan di laut secara langsung dan interaktif,” tambahnya.

Sementara itu Ardi turut menggesa pemilik vesel dan bot agar sentiasa melengkapkan kenderaan mereka dengan peralatan keselamatan seperti jaket keselamatan dan Personal Locator Beacon (PLB) berasaskan satelit yang boleh mempercepatkan proses pencarian sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam program media arus perdana dilihat selari dengan aspirasi agensi untuk mendekati masyarakat serta memupuk tanggungjawab kolektif dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan perairan negara.

SPM HKKM 25
 
SPM HKKM 252
 
SPM HKKM 253
 
SPM HKKM 254

BAWA PENUMPANG LEBIH HAD, BOT FIBER PELANCONG DITAHAN MARITIM MALAYSIA

LANGKAWI, 18 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis berjaya menahan dua buah Bot Fiber Pelancong yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Saudagar Perkapalan 1952 kerana tidak mempunyai dokumen lesen dan di bawah Boat Rule 1953 kerana membawa penumpang melebihi daripada had yang dibenarkan dalam satu rondaan rutin OP AMAN, OP TIRIS 3.0 dan OP MARDOF UTARA 1/2025 di kedudukan lebih kurang 0.1 batu nautika Barat Tanjung Kemarong pada jam 12.00 tengah hari, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, dua buah bot fiber terbabit bersama dua orang tekong warganegara Malaysia dan 21 orang penumpang warganegara asing berkenaan ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika sedang melakukan aktiviti pelancongan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kedua-dua bot fiber berkenaan melakukan kesalahan Ordinan Saudagar Perkapalan 1952 kerana tidak mempunyai dokumen lesen dan di bawah Boat Rule 1953 kerana membawa penumpang melebihi daripada had yang dibenarkan,” jelas beliau.

Ujar Romli lagi, anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM236 ribu dan kesemua bot berserta barang kes dan kru ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Negeri Kedah dan Perlis untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dan sentiasa komited dalam meneruskan pengoperasian serta rondaan di sepanjang Zon Maritim Malaysia bagi mengekang aktiviti haram di perairan negara.

Sekiranya terdapat sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut, orang ramai diminta melaporkan ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah & Perlis di talian 04-9662750 untuk tindakan segera.

 

LEBIH PENUMPANG KDH
 
LEBIH PENUMPANG KDH2
 
LEBIH PENUMPANG KDH4

OP BAKAU | LELAKI DITAHAN CEROBOH, TEROKA HUTAN SIMPAN DI LAHAD DATU

LAHAD DATU, 18 JUN – Seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun ditahan kerana disyaki menceroboh dan meneroka kawasan Hutan Simpan Lahad Datu secara haram dalam OP BAKAU yang dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu bersama Jabatan Perhutanan Sabah semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali berkata, pemeriksaan pasukan operasi mendapati kawasan seluas kira-kira lima ekar telah diceroboh dan dibuka secara haram.

“Kegiatan yang dikesan termasuk penebangan pokok bakau, pembakaran terbuka, penanaman kelapa sawit, tanaman buah-buahan serta sayur-sayuran,” ujar Dzulfikhar.

Beliau turut mendedahkan, sebuah rumah kediaman dan struktur bangunan sarang burung walit juga telah dibina tanpa sebarang kebenaran pihak berkuasa.

Suspek disyaki melakukan kesalahan di bawah Enakmen Hutan 1968 dan telah diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Daerah Lahad Datu untuk tindakan siasatan lanjut.

Menurut Dzulfikhar, pelaksanaan operasi bersepadu seperti ini adalah langkah penting bagi memastikan kawasan hutan simpan, perairan dan pesisir pantai kekal terpelihara daripada sebarang aktiviti pencerobohan haram.

“Pendekatan kolaboratif ini bukan sahaja melindungi ekosistem semula jadi, malah turut menjamin keselamatan dan kesejahteraan perairan negara,” tegasnya.

Zon Maritim Lahad Datu katanya, akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi penguat kuasa lain dalam usaha memperhebat kawalan dan penguatkuasaan undang-undang di kawasan tanggungjawabnya.

Orang awam digesa menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui aplikasi WhatsApp Zon Maritim Lahad Datu di talian 016-9305727 atau menghubungi talian kecemasan 999.

 

OP BAKAU3
 
OP BAKAU2
 
OP BAKAU4

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT TUNDA DITAHAN DI PERAIRAN BINTULU

BINTULU, 18 JUN – Sebuah bot tunda telah ditahan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu dalam rondaan petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah berkata, bot berkenaan telah ditahan pada sekitar 2.30 petang di kedudukan 4.9 batu nautika barat laut Kuala Kemena oleh pasukan rondaan Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan OP TIRIS 3.0 , OP PERMAI 01/2019 dan OP MARDOF 1/2025.

"Pemeriksaan mendapati bot tersebut beroperasi tanpa keanggotaan yang mencukupi seperti yang telah ditetapkan dalam syarat lesen iaitu seorang kru warga tempatan berusia 26 tahun dan seorang lagi warga Indonesia berusia 23 tahun," ujarnya.

Bot terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Kaedah 12, Boat Rules 1953 kerana beroperasi tanpa keanggotaan yang mencukupi sebagaimana dikehendaki Pegawai Perlabuhan, di mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda atau kompaun.

Bot bersama kru telah diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia mengingatkan agar semua komuniti Maritim supaya sentiasa mematuhi peraturan serta mengamalkan prosedur keselamatan di laut, bagi mengelakkan risiko insiden yang tidak diingini.

Sebarang aduan, maklumat atau kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu melalui 086-314254 / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) untuk tindakan segera.

 

BINTULU TAHAN2

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC