03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

LATIHAN SARCOMEX PERKASA JALINAN STRATEGIK MALAYSIA – JEPUN DALAM KESELAMATAN MARITIM

PUTRAJAYA, 25 JULAI – Jalinan kerjasama strategik sedia ada antara Malaysia dan Jepun dalam arena keselamatan maritim terus diperkasa melalui kejayaan penganjuran Latihan Komunikasi Mencari dan Menyelamat (SARCOMEX) dua hala melibatkan Pusat Koordinasi Menyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya dan kapal latihan Japan Coast Guard (JCG), Itsukushima petang tadi.

Latihan ini direka khusus untuk menguji keberkesanan saluran komunikasi, mempertingkat koordinasi dalam Operasi Mencari dan Menyelamat Maritim (CARILAMAT), serta memantapkan tahap kesiapsiagaan kedua-dua negara dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan di laut secara bersepadu.

Keunikan latihan kali ini diserlahkan dengan penyertaan seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Leftenan Maritim Mohd Faiz Muhaimin bin Khalid dari KM Pekan, yang mengikuti latihan secara langsung di kapal Itsukushima. Beliau kini dalam pelayaran latihan ke Jepun dan dijangka tiba pada awal Ogos ini menzahirkan penghargaan atas peluang menimba ilmu dan pengalaman berharga bersama rakan sejawat dari negara sahabat.

Sesi latihan ini telah diwakili oleh pasukan MRCC Putrajaya yang diketuai oleh Leftenan (M) Mohamad Hasni bin Lizarus selaku Pegawai Bertugas, bersama Leftenan (M) Zamree bin Mohd Noh, Bintara Kanan (M) Prakash a/l Palany, Laskar Kanan (M) Khairul Izuan bin Wahab, dan Laskar Kanan (M) Lili Estiti binti Mohd Bacuk.

Menurut MRCC Putrajaya, kejayaan latihan ini membuktikan keupayaan kedua-dua pihak untuk bertindak balas secara efisien dan memastikan interoperabiliti yang lancar. Kerjasama strategik seperti ini mencerminkan usaha berterusan Malaysia dan Jepun dalam menjamin keselamatan dan keamanan di perairan antarabangsa, sekali gus memperkukuh hubungan diplomatik sedia ada.

 

SARCOMEX JEPUN2
 
SARCOMEX JEPUN3
 
SARCOMEX JEPUN5

LATIHAN SARCOMEX MALAYSIA DAN INDIA PERKUKUH KESELAMATAN MARITIM

PUTRAJAYA, 25 JULAI – Malaysia dan India telah berjaya melaksanakan Latihan Komunikasi Mencari dan Menyelamat (SARCOMEX) dua hala bagi memperkasakan tahap kesiapsiagaan dan koordinasi dalam operasi mencari dan menyelamat maritim (CARILAMAT) sekitar jam 12.00 tengah hari hingga jam 2.20 petang semalam.

Latihan yang melibatkan Pusat Koordinasi Menyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya dan MRCC Port Blair, India ini dianjurkan sebagai platform persediaan strategik untuk menghadapi sebarang insiden kecemasan di laut yang memerlukan tindakan bersama kedua-dua negara.

Pasukan MRCC Putrajaya telah diketuai oleh Pegawai Bertugas, Leftenan (M) Mohamad Hasni bin Lizarus, dan turut disertai oleh Leftenan (M) Zamree bin Mohd Noh, Bintara Kanan (M) Prakash a/l Palany, Laskar Kanan (M) Mohd Adha bin Rahmin, serta Laskar Kanan (M) Mohd Amin bin Muslim.

Menurut kenyataan daripada MRCC Putrajaya, keseluruhan proses simulasi SARCOMEX telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Latihan seumpama ini amat penting bagi memastikan kelancaran komunikasi dan interoperabiliti antara agensi penyelamat maritim serantau, selaras dengan komitmen Malaysia untuk menjamin keselamatan di perairan antarabangsa.

Kerjasama berterusan antara Malaysia dan India dalam bidang keselamatan maritim ini dijangka akan terus diperkukuh pada masa hadapan demi keselamatan komuniti maritim global.

SARCOMEX INDIA2
 
SARCOMEX INDIA3
 
SARCOMEX INDIA4

VESEL TUNDA DAN TONGKANG DITAHAN DI PERAIRAN MIRI GAGAL KEMUKA DOKUMEN SAH

MIRI, 23 JULAI – Sebuah vesel tunda bersama sebuah tongkang yang beroperasi di perairan Miri ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri selepas gagal mengemukakan dokumen perkapalan sah semasa diperiksa dalam satu operasi, pada Selasa.

Pengarah Zon Maritim, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, penahanan dilakukan kira-kira pada jam 11.40 pagi ketika anggota penguat kuasa Maritim Malaysia melakukan rondaan OP PERMAI 01/2019 dan OP TIRIS 3.0 di kedudukan sekitar 7.4 batu nautika utara Kuala Baram.

“Pemeriksaan mendapati vesel tunda dan tongkang tersebut gagal mengemukakan Surat Pelepasan Pelabuhan serta Lesen Perkapalan Dalam Negeri, yang merupakan dokumen wajib mengikut undang-undang perkapalan negara,” ujarnya..

Beliau turut memaklumkan, kesemua tujuh kru termasuk nakhoda yang merupakan warga Indonesia berusia antara 20 hingga 54 tahun turut ditahan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana gagal mengemukakan Surat Pelepasan Pelabuhan, serta di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana tidak memiliki Lesen Perkapalan Dalam Negeri.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang di perairan negara.

Rondaan dan pemantauan secara berterusan akan diteruskan bagi memastikan keselamatan perairan sentiasa terpelihara, tegas beliau.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan atau kecemasan di laut diminta menyalurkan aduan melalui talian Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Miri di 085-649 111, atau talian Maritim Negeri Sarawak di 082-432 544 / 082-432 016 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

 

TUNDA XSAH
 
WhatsApp Image 2025 07 23 at 5.07.15 PM 1
 
WhatsApp Image 2025 07 23 at 5.07.16 PM 1

LATIHAN BERSAMA SKUADRON AW139 DAN STAR TEAM, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI KHAS UDARA

KOTA KINABALU, 25 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus komited memperkasa kesiapsiagaan operasi melalui pelaksanaan latihan bersama membabitkan elemen udara dan taktikal melibatkan Skuadron AW139 dari Bahagian Operasi Udara (BOU) dan Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat, (STAR Team) Maritim Malaysia yang terkenal dengan keupayaan taktikal maritim.

Menerusi latihan yang dilaksanakan, beberapa teknik penting seperti fast roping, abseiling, dan winching telah dilakukan dalam operasi menyelamat dan serbuan berisiko tinggi di kawasan perairan serta lokasi sukar diakses.

Usaha ini bukan sahaja memperkukuh kecekapan dan kesiapsiagaan anggota, malah memperlihatkan kesepaduan antara bahagian udara dan taktikal dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman di laut.

Turut berlangsung pada hari sama ialah kunjungan hormat ke atas Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali oleh Komander Maritim Wan Najib bin Wan Adib mewakili Ketua Stesen Udara Maritim Subang, Kepten Maritim Ikmal bin Ridzuan.

STARTEAM3
 
STARTEAM2
 
STARTEAM6
 
STARTEAM7

BOT PENUMPANG GAGAL PATUHI SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM NEGERI SELANGOR

PELABUHAN KLANG, 23 JULAI – Sebuah bot penumpang telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor pada kedudukan kira-kira 0.2 batu nautika barat daya Tanjung Harapan pada jam 12.05 tengah hari semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, bot itu ditahan Maritim Malaysia ketika melaksanakan rondaan rutin di perairan Selangor semalam.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, terdapat seorang lelaki warga tempatan, berusia 20 tahun mengendalikan bot tersebut dan bertindak selaku nakhoda bot ketika ditahan.

Pemeriksaan dokumentasi mendapati, bot itu telah melakukan kesalahan kerana melanggar syarat sah lesen kerana nama nahkoda tiada dalam dokumen lesen bot.

Bot dan nahkoda dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

Maritim Malaysia menegaskan kepada komuniti maritim untuk sentiasa peka dengan syarat lesen yang ditetapkan dan tidak akan berkompromi jika mendapati terdapat mana-mana individu yang gagal mematuhi syarat sah lesen yang dikeluarkan.

Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor melalui talian 03-31760627 atau 999 untuk maklum balas segera.

 

BOT THN SEL2

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC