03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

VESEL TERBAKAR DI LAUT, SEORANG NELAYAN DIKHUATIRI LEMAS, MISI SAR DIGERAKKAN

KUALA KURAU, 16 JUN – Sebuah vesel nelayan TERBAKAR di kedudukan kira-kira 8.6 batu nautika timur Tanjung Piandang pagi tadi.

Dalam kejadian itu, tiga kru bot terjun ke laut untuk menyelamatkan diri, namun hanya dua berjaya diselamatkan, manakala seorang lagi dilaporkan hilang.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil bin Othman berkata, seorang kru yang juga pemilik bot yang hilang dikenali sebagai Cheah Chai Pun masih belum ditemukan dan dikhuatiri lemas.

Hairil turut memaklumkan, kejadian berlaku pada sekitar jam 4.00 pagi apabila kebakaran berlaku berpunca dari bahagian enjin bot. Api berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba dan penyelamat sebaik bot ditunda ke jeti Tanjung Piandang.

Mengulas lanjut mengenai mangsa yang belum ditemui, Hairul berkata, pihaknya telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada jam 7.00 pagi tadi sejurus aduan diterima.

“Bot PERKASA 1238 telah diatur gerak ke lokasi kejadian sebaik operasi CARILAMAT diaktifkan, bagi menjejak dan menyelamatkan mangsa yang masih hilang,” ujarnya.

Menurutnya lagi, usaha pencarian masih giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi dan komuniti maritim setempat yang turut digerakkan untuk membantu menyalurkan maklumat serta sokongan logistik di lapangan.

Maritim Malaysia menyeru orang awam terutamanya komuniti nelayan yang mempunyai sebarang maklumat atau petunjuk baharu untuk tampil membantu pasukan penyelamat dengan menyalurkan maklumat melalui talian 011-3525 9919, atau Pejabat Zon Maritim Kuala Kurau (05-727 9919) atau 999 untuk tindakan segera.

Misi pencarian mangsa akan disambung pada esok pagi memandangkan keadaan cuaca yang semakin gelap.

Orang ramai disarankan untuk mengutamakan keselamatan ketika berada di laut serta memastikan peralatan seperti jaket keselamatan dan alat pemadam api berada di dalam bot serta berkeadaan baik sebelum memulakan pelayaran.

 

SAR KUALA KURAU

SEBUAH VESEL NELAYAN TEMPATAN DISYAKI MELAKUKAN AKTIVITI PENYIRIPAN IKAN YU

KUCHING, 16 JUN – Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas C bersama tiga kru warga tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Haji Mohd Khairi bin Abd Aziz berkata, bot ronda Maritim Malaysia melakukan tangkapan itu ketika melakukan rondaan OP TIRIS 3.0 dan OP PERMAI 01/2019 di kedudukan kira-kira 1.3 batu nautika barat daya Tanjung Muara Tebas pada sekitar jam 2.30 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel tersebut dikendalikan tiga kru warga tempatan berumur antara 32 hingga 61 tahun kerana melakukan aktiviti penyiripan ikan yu iaitu memotong atau memiliki sirip ikan yu di atas vesel penangkapan ikan dan badan ikan yu di buang ke laut yang jelas telah melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985,” ujarnya.

Vesel bersama semua kru diiring ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Sallahudin (KOMTAS) sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undangundang serta mengutamankan aspek keselamatan ketika berada di laut bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Sebarang maklumat, aduan atau kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak melalui talian 082 - 432544 untuk tindakan segera.

 

PENYIRIPAN KUCHING
 
PENYIRIPAN KUCHING2
 
PENYIRIPAN KUCHING4

MENANGKAP IKAN DI ZON LARANGAN, VESEL NELAYAN TEMPATAN (VNT) DITAHAN

MUKAH, 15 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) di kedudukan 5.1 batu nautika barat laut muara Kuala Mukah, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang terlibat dengan operasi bersepadu dengan Jabatan Perikanan (DOF) Sarawak iaitu OP MARDOF 1/2025 telah melakukan pemeriksaan terhadap bot nelayan berwarna biru yang sedang menangkap ikan di sekitar perairan Mukah.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, vesel tersebut dikendalikan oleh empat kru termasuk nakhoda warga tempatan dalam lingkungan umur 46 hingga 70 tahun.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, vesel nelayan itu telah melakukan aktiviti menangkap ikan di luar zon yang telah ditetapkan seperti termaktub dalam buku lesen.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8(b), Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda atau penjara.

Vesel berserta kru diiring masuk ke Jeti Pangkalan MC Mukah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Jabatan Perikanan Laut Sarawak untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia mengingatkan agar semua komuniti maritim supaya sentiasa mematuhi peraturan serta mengamalkan prosedur keselamatan di laut, bagi mengelakkan risiko insiden yang tidak diingini.

Sebarang maklumat, aduan serta insiden kecemasan di laut boleh dilaporkan ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254)/ Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) untuk maklum balas segera.

 

MUKAH IKAN2

BAWA PENUMPANG BERLEBIHAN, BOT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

TANJUNG HARAPAN, 16 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah menahan sebuah bot penumpang yang didapati membawa penumpang melebihi had dibenarkan di kedudukan sekitar 0.2 batu nautika Selatan Tanjung Harapan, Selangor pada jam 5.30 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, bot itu ditahan aset bot ronda Maritim Malaysia dalam OP EHSAN / OP TIRIS 3.0ketika dalam perjalanan dari jeti Pelabuhan Klang ke Jeti Pulau Ketam.

Hasil pemeriksaan mendapati, seramai 40 penumpang menaiki bot itu ketika penahanan dibuat.

Bot yang dikendalikan oleh seorang nakhoda dan seorang kru warga tempatan itu masingmasing berumur 23 dan 26 tahun.

Kes disiasat di bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana melanggar syarat sah lesen kerana membawa penumpang melebihi had.

Bot penumpang, nakhoda dan seorang kru dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) PulauIndah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakanlanjut.

Maritim Malaysia menegaskan, perbuatan mengabaikan syarat-syarat sah lesen sepertimembawa penumpang melebihi kapasiti boleh mengundang risiko bahaya dan kehilangannyawa pada bila-bila masa.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor (013-6606652) / Pusat Operasi Maritim Malaysia (03-89957820) untuk maklum balas segera.

 

TG HPN LEBIH2

TUJUH PEMANCING DISELAMATKAN DALAM INSIDEN BOT KARAM DI TANJUNG PO

KUCHING, 15 JUN — Tujuh pemancing nyaris maut apabila bot yang mereka naiki karam di perairan utara Tanjung Po petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Haji Mohd Khairi bin Abd Aziz berkata, kejadian dilaporkan kepada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching pada jam 4.45 petang oleh Lembaga Pelabuhan Kuching, selepas menerima isyarat awal melalui radio daripada kapal dagang MTT Lumut pada jam 4.23 petang.

“Sebuah bot pancing dilaporkan karam kira-kira 10 batu nautika dari utara Tanjung Po. Kesemua tujuh pemancing yang berada di atas bot tersebut berjaya diselamatkan oleh kapal MTT Rajang yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian,” jelas beliau.

Sejurus menerima maklumat, Maritim Malaysia Negeri Sarawak mengatur gerak Bot KILAT 35 ke lokasi pertemuan dengan MTT Rajang untuk mengambil kesemua mangsa dan membawa mereka ke daratan. Mereka tiba selamat di Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) pada jam 7.08 malam.

Khairi dalam pada itu turut berkata, insiden ini adalah satu lagi peringatan penting kepada komuniti maritim, khususnya nelayan dan pemancing, agar tidak mengabaikan aspek keselamatan ketika turun ke laut.

“Pemakaian jaket keselamatan, pemeriksaan bot sebelum berlayar dan pemantauan keadaan cuaca adalah langkah asas yang wajib diutamakan. Nyawa tidak boleh diganti,” tegas beliau.

Beliau turut menasihati orang ramai agar segera melaporkan sebarang kecemasan atau kejadian yang mencurigakan di laut kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak melalui talian 082-432006 atau talian kecemasan 999 bagi memastikan tindakan segera dapat diambil.

 

PEMANCING PO2
 
PEMANCING PO3
 
PEMANCING PO4
 
PEMANCING PO5

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC