20
Isn, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

TIADA PETUNJUK BAHARU DALAM MISI PENCARIAN MOHD NOOR

KUALA TERENGGANU, 30 JUN – Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) bagi mengesan Mohd Noor bin Abdullah, 54, yang dilaporkan hilang di laut sejak enam hari lalu, masih belum menemui sebarang petunjuk positif setakat ini.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin bin Che Awang berkata, operasi hari keenam dimulakan seawal pukul 7.00 pagi dengan penglibatan dua aset Maritim Malaysia iaitu Bot PENGAWAL 16 dan Kapal Maritim (KM) RAWA.

“Setakat semalam, masih tiada sebarang penemuan atau perkembangan baharu yang boleh membantu mengesan mangsa.

“Justeru hari ini, pencarian mangsa akan memfokuskan kawasan seluas 121.8 batu nautika persegi meliputi selatan perairan Pulau Bidong hingga ke Pulau Yu,” katanya.

Hamiludin dalam pada itu menyeru kepada komuniti maritim untuk terus peka tentang aspek keselamatan semasa hendak ke laut.

Beliau menegaskan perkara itu susulan tiga kejadian kemalangan laut telah direkodkan Maritim Malaysia dalam tempoh seminggu lalu.

Hamiludin turut mengingatkan kepada orang ramai supaya memakai jaket keselamatan ketika berada di laut, memastikan bot dalam keadaan yang baik, menyemak ramalan kaji cuaca dan memaklumkan kepada ahli keluarga ketika ingin ke laut.

Terdahulu, beliau turut meminta kerjasama masyarakat khususnya komuniti maritim untuk menyalurkan sebarang maklumat atau bukti penemuan baharu yang melibatkan kehilangan Mohd Noor bagi membantu operasi yang sedang dijalankan.

 

PENCARIAN MOHD NOOR2

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C2 DITAHAN MARITIM NEGERI PERAK

LUMUT, 29 JUN – Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas C2 ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menjalankan aktiviti perikanan di kawasan yang tidak dibenarkan semalam.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, vesel yang menggunakan pukat tunda itu ditahan sekitar pukul 12.15 tengah hari di kedudukan 10.9 batu nautika barat daya Pulau Buluh ketika bot ronda Maritim Malaysia sedang melaksanakan rondaan rutin di kawasan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang tekong dan empat awak-awak warga Myanmar berada di atas vesel tersebut, disyaki mempunyai dokumen pengenalan diri yang meragukan dan tiada permit kerja yang sah.

“Vesel bersama kesemua kru, peralatan menangkap ikan dan hasil laut telah dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kg Acheh untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut,” katanya lagi.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Dalam pada itu, Shukri turut menegaskan bahawa Maritim Malaysia akan terus melaksanakan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan menjejaskan sumber perikanan negara.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-683 2254 untuk tindakan dan maklumbalas segera.

 

VESEL PERAK2
 
VESEL PERAK3
 
VESEL PERAK4

 

BOT ALAMI KEROSAKAN DI LAUT, MARITIM PERAK BERTINDAK PANTAS SELAMATKAN TIGA NYAWA

LUMUT, 27 JUN – Detik cemas dialami tiga warga tempatan yang terperangkap di tengah laut selepas bot dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin akhirnya berakhir dengan kelegaan apabila pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak berjaya menyelamatkan mereka dalam operasi pantas pagi tadi.

Insiden berlaku kira-kira 2.9 batu nautika barat daya Pulau Dua, apabila bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) yang mereka naiki gagal berfungsi akibat kerosakan enjin.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 pada pukul 10.55 pagi daripada salah seorang mangsa, Encik Ahmad Kushayry bin Samsudin, yang memaklumkan bot mereka tidak dapat bergerak dan memerlukan bantuan segera.

Tambahnya lagi, maklumat itu kemudian disalurkan ke Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi, sebelum Kapal Maritim (KM) TUGAU diarahkan bergegas ke lokasi kejadian bagi melaksanakan misi menyelamat.

“KM TUGAU tiba di lokasi pada pukul 11.50 pagi dan berjaya mengesan bot tersebut bersama tiga mangsa dalam keadaan selamat.

“Mereka terus diberikan bantuan dan dibawa pulang ke jeti bersama bot yang rosak,” kata Shukri.

Kecekapan tindak balas pantas pasukan penyelamat ini sekali lagi membuktikan tahap kesiapsiagaan Maritim Malaysia dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan di laut.

Shukri turut menegaskan, keselamatan maritim tidak wajar dipandang ringan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sering menjalankan aktiviti di perairan negara. Persediaan rapi serta pemeriksaan teknikal bot sebelum keluar ke laut amat penting bagi mengelakkan risiko yang boleh meragut nyawa.

Dalam masa sama, beliau menggesa komuniti maritim dan orang awam agar terus bekerjasama dengan Maritim Malaysia dengan menyalurkan maklumat berkenaan sebarang kejadian atau aktiviti mencurigakan di laut.

“Sebarang kecemasan atau maklumat jenayah maritim boleh disalurkan melalui talian 999 atau menghubungi terus Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-683 2254 untuk tindakan segera,” katanya.

Ketangkasan operasi hari ini bukan sahaja menyelamatkan tiga nyawa, malah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap peranan agensi ini dalam menjaga keselamatan perairan negara.

 

LUMUT ROSAK2
 
LUMUT ROSAK3
 
LUMUT ROSAK4

BOT PENUMPANG TERBALIK DI PULAU PERHENTIAN, TIGA TERKORBAN TERMASUK DUA KANAK-KANAK

KUALA TERENGGANU, 29 JUN – Sebuah bot pelancong yang membawa 15 penumpang termasuk kanak-kanak terbalik di perairan Pulau Perhentian akibat ombak kuat dan cuaca buruk, malam tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.00 malam, bot yang dalam perjalanan dari Pulau Perhentian Kecil menuju ke Pulau Perhentian Besar itu dipercayai hilang kawalan dan terbalik hanya 0.05 batu nautika dari Cozy Chalet Resort.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin bin Che Awang berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden tersebut melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan pada pukul 10.55 malam, sebelum Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) diaktifkan pada pukul 11.17 malam.

“Bot Peronda Maritim Malaysia terus diatur gerak ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan.

“Setiba di lokasi kejadian, kesemua mangsa telah berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung yang bertindak pantas memberikan bantuan,” katanya.

Insiden tragis itu melibatkan sembilan orang dewasa (empat wanita dan lima lelaki) berusia antara 19 hingga 57 tahun serta enam orang kanak-kanak berusia lingkungan tiga hingga 11 tahun.

“Walau bagaimanapun dua kanak-kanak iaitu seorang lelaki berusia enam tahun dan seorang perempuan berusia tiga tahun, serta seorang lelaki dewasa turut disahkan meninggal dunia,” tambah Hamiludin.Terdahulu, bot yang membawa ke semua mangsa dipercayai terbalik akibat keadaan laut bergelora dan cuaca buruk yang melanda kawasan perairan itu malam tadi.

Jelas Hamiludin, kesemua mangsa yang terselamat kemudiannya telah dibawa ke Jeti Pelancong Besut menggunakan Bot Maritim PENGGALANG 45 sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Maritim Malaysia akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta memastikan aspek keselamatan pengangkutan laut terus dipertingkatkan,” tambahnya.

Kejadian ini sekali lagi menjadi peringatan betapa pentingnya aspek keselamatan di laut, khususnya ketika cuaca tidak menentu.

Maritim Malaysia menyeru semua pengusaha bot pelancongan dan pelancong agar sentiasa mematuhi arahan keselamatan, memakai jaket keselamatan dan memeriksa ramalan cuaca sebelum memulakan perjalanan.

PULAU TERBALIK
 
PULAU TERBALIK3
 
PULAU TERBALIK2

251 MANGSA TERBABIT INSIDEN LAUT, MARITIM MALAYSIA TEKANKAN ILMU ASAS SELAMATKAN NYAWA

KLANG, 28 JUN – Sebanyak 251 mangsa terlibat dalam 108 kes insiden di laut yang direkodkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dari Januari hingga Mei tahun ini, membuktikan keperluan mendesak untukmeningkatkan kesedaran keselamatan maritim dalam kalangan masyarakat.

Pengarah Bahagian Operasi Udara (BOU) Maritim Malaysia, Laksamana Pertama MaritimMohd Tahir bin Khalid berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 203 orang berjayadiselamatkan, manakala 36 mangsa disahkan maut dan 12 lagi masih hilang.

Beliau menjelaskan bahawa jika trend ini berterusan, angkat korban berkemungkinan mencecah sehingga 100 nyawa menjelang penghujung tahun ini.

Statistik tersebut dinyatakan beliau ketika berucap sempena Program Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) 2025 yang berlangsung di Persiaran KapalBugis, Klang.

Turut hadir sama, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh serta Pegawai Khas N44 ADUN Selat Klang, Tuan Hj Roslan bin Ibrahim.

Terdahulu, Mohd Tahir memaklumkan, program ini diadakan secara tahunan pada 6 Jun bagi memperingati detik bersejarah pengambilalihan tugas penyelarasanoperasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) oleh Maritim Malaysia daripadaJabatan Laut Malaysia bermula pada tahun 2006.

“Bertemakan 'Berapung Untuk Hidup', HKKM bukan sekadar sambutan simbolik,tetapi menjadi platform utama untuk menyemai kefahaman serta membentuk budayakeselamatan dalam kalangan komuniti maritim dan masyarakat umum.

Kemahiran berapung satu elemen asas yang mampu menyelamatkan nyawa ketikaberlaku kecemasan di laut.

Kajian menunjukkan ramai mangsa insiden boleh diselamatkan jika memiliki ilmu asas bertahan sementara menunggu bantuan tiba,”jelas beliau lagi.

Antara pengisian utama Sambutan HKKM 2025 adalah aktiviti 'Berapung UntukHidup' dengan penyertaan Persatuan Squad Insaniah dan Persatuan Bot Rekreasi Selangor, demonstrasi menyelamat dari udara, dialog bersama komuniti nelayandari Tok Muda, Kapar dan Klang, pameran keselamatan maritim, pemeriksaankesihatan percuma oleh Fakulti Pergigian UiTM serta jualan RAHMAH.

Mohd Tahir dalam pada itu turut menekankan terhadap aspek keselamatan menjelang musim Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada November nanti.

“Komuniti maritim disarankan membuat semakan ramalan cuaca sebelum ke laut, memastikan keadaan bot dan peralatan Selamat digunakan, membawa PersonalLocator Beacon (PLB), jaket keselamatan, kit kecemasan, serta memaklumkanlokasi kepada keluarga atau kenalan,” tegas beliau.

Maritim Malaysia turut menyeru agar masyarakat tidak memandang ring an aspekkeselamatan, sebaliknya mengambil peluang mempelajari kemahiran asas seperti berenang dan teknik berapung sebagai persediaan menghadapi situasi luar jangka.

Penganjuran ini diharap menjadi titik tolak kepada pembudayaan keselamatan dalam kehidupan seharian masyarakat, Terutama mereka yang bergantung kepadalaut sebagai sumber rezeki.

 

HKKM2025 MN SEL2
 
HKKM2025 MN SEL4
 
HKKM2025 MN SEL5
 
HKKM2025 MN SEL7

 

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC