03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

DUA KAPAL TANGKI DITAHAN DISYAKI MELAKUKAN PEMINDAHAN MINYAK TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN BINTULU

BINTULU, 11 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu menahan dua kapal tangki yang disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak (ship to ship transfer) secara tidak sah di kedudukan kira-kira 10 batu nautika barat laut muara Sungai Kemena, semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah memaklumkan, tangkapan dilakukan oleh aset rondaan Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan OP TIRIS 3.0 dan OP PERMAI 01/2019.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati sebuah kapal tangki sedang merapat di sisi sebuah lagi kapal tangki yang sedang bersauh dipercayai sedang melakukan kerja-kerja pemindahan minyak diesel tanpa sebarang kebenaran sah,” jelas beliau.

Tambahnya, tangkapan pertama dilakukan pada sekitar jam 4.25 pagi ke atas sebuah kapal tangki yang dikendalikan oleh empat kru iaitu dua warga Indonesia termasuk nakhoda serta dua warga India, berumur antara 27 hingga 46 tahun.

“Tangkapan kedua pula dilakukan sekitar pukul 5.00 pagi ke atas sebuah kapal tangki yang dikendalikan oleh empat kru, masing-masing seorang warga Indonesia dan Myanmar serta dua warga Vietnam berumur di antara 25 hingga 48 tahun,

“Semasa pemeriksaan, kru warga Myanmar dan dua kru warga Vietnam gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” ujarnya lagi.

Kesemua kru dan kapal terbabit telah diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, Akta Kastam 1967, Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984, Akta Kawalan Bekalan 1961, dan Akta Imigresen 1959/63.

Turut disita dalam tangkapan tersebut ialah minyak diesel dianggarkan sebanyak 169,600 liter.

Maritim Malaysia menegaskan bahawa aktiviti pemindahan kargo di laut tanpa kelulusan adalah satu kesalahan serius yang boleh mengundang risiko keselamatan, pencemaran serta menjejaskan kedaulatan perairan negara.

Orang ramai terutamanya komuniti maritim diseru agar sentiasa mematuhi undang-undang dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan di laut melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu (086-314254) atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) untuk tindakan segera.

KAPAL TANGKI2
 
KAPAL TANGKI3

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN MARITIM NEGERI PERAK

LUMUT, 11 JULAI – Dua buah vesel nelayan tempatan (VNT) pukat jerut ikan bilis telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak selepas didapati melanggar syarat sah lesen serta menjalankan aktiviti menangkap ikan pada jarak kurang daripada satu batu nautika, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob memaklumkan, kedua-dua vesel yang menggunakan pukat jerut ikan bilis itu ditahan sekitar pukul 8.10 malam dan 8.20 malam di kedudukan 0.1 dan 0.5 batu nautika barat Pulau Pangkor ketika kapal Maritim Malaysia sedang melaksanakan rondaan rutin di perairan berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati sebuah bot dikendalikan oleh dua kru warga tempatan termasuk tekong, sementara 11 lagi kru warga Indonesia gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah.

Manakala sebuah lagi vesel pula dikendalikan oleh sembilan kru termasuk tekong, kesemuanya warga tempatan.

Kesemua kru bersama vesel, peralatan menangkap ikan, serta hasil laut telah dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kampung Acheh untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut. Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu, Shukri turut menegaskan, Maritim Malaysia akan terus komited mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta menggugat sumber perikanan negara.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-683 2254 untuk tindakan dan maklum balas segera.

WhatsApp Image 2025 07 11 at 7.13.55 PM 1
 
WhatsApp Image 2025 07 11 at 7.13.56 PM 1
 
WhatsApp Image 2025 07 11 at 7.13.55 PM 2
 
WhatsApp Image 2025 07 11 at 7.13.57 PM

CUBAAN LARIKAN DIRI GAGAL: SEBUAH VESEL NELAYAN ASING DAN 9 KRU DITAHAN CEROBOH PERAIRAN NEGARA

PASIR PUTEH, 9 JULAI – Maritim Negeri Kelantan menahan sebuah bot nelayan asing Vietnam (VNAV) yang dikesan menceroboh dan menjalankan aktiviti perikanan secara haram di perairan negara di kedudukan 167 batu nautika dari muara Tok Bali, Ahad lalu.

Tangkapan dibuat aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan di sempadan perairan Malaysia - Vietnam dalam OP Damai 1/2018, OP IMAN 1/2018, OP NAGA 1/2014 dan OP TIRIS 3.0.

Bot telah dikesan dalam keadaan mencurigakan sebelum berjaya ditahan pada jam 2.23 petang.

Ketika kejadian, bot tidak memberikan kerjasama dan cuba melarikan diri ke sempadan perairan negara apabila penguatkuasa Maritim Malaysia memberikan arahan untuk menghentikannya sehingga memaksa anggota Kapal Maritim Malaysia bertindak memintas bot dan melakukan 'force boarding' untuk menghentikannya.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, bot yang ditahan adalah milik nelayan asing Vietnam yang dikendalikan sembilan orang kru termasuk tekong juga disyaki warga Vietnam, kesemua mereka yang ditahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dalam lingkungan umur di antara 29 hingga 67 tahun.

Bot disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh perairan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Tekong dan kru VNAV yang ditahan dibawa ke jeti Maritim Negeri Kelantan untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk siasatan lanjut. Proses membawa balik bot tahanan telah mengambil masa kira-kira 30 jam sebelum tiba di Jeti Maritim Negeri Kelantan pada Selasa (8 Julai, 7.54 pagi).

Tangkapan ini menunjukkan komitmen berterusan pihak Maritim Malaysia dalam memastikan kedaulatan perairan negara terus dipelihara serta melindungi sumber perikanan daripada pengeksploitasian haram oleh nelayan asing.

Sebarang maklumat berkenaan aktiviti jenayah atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya melalui talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan (09 – 778 0070) untuk maklum balas segera.

KELANTAN LARI2
 
KELANTAN LARI3

KERJASAMA STRATEGIK MARITIM MALAYSIA – KCG DIPERKUKUH MELALUI PROGRAM PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN LATIHAN

PELABUHAN KLANG, 10 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Korea Coast Guard (KCG) terus perkukuh jalinan kerjasama strategik dalam bidang keselamatan maritim menerusi penganjuran 'KCG-MMEA Special Lecture & Information Exchange' serta Majlis Perlepasan Kapal BADARO yang berlangsung di Port Klang Cruise Terminal, hari ini.

Program pertukaran maklumat dan sesi syarahan khas ini telah diadakan di atas Kapal BADARO dengan penyertaan pegawai dan anggota pelbagai peringkat. Ia bertujuan sebagai platform perkongsian amalan terbaik dalam bidang keselamatan maritim, latihan, serta aspek penguatkuasaan undang-undang laut di antara kedua-dua pihak.

Turut hadir dalam program itu ialah, Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun, Pengarah Bahagian Perancangan Strategi dan Antarabangsa (BPSA), Kepten Maritim Mohammad Nasir bin Man, dan Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad.

Dalam pada itu, satu majlis rasmi bagi Perlepasan Kapal BADARO milik Korea Coast Guard itu turut diadakan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik.

Kehadiran kapal KCG BADARO dan penganjuran program bersama ini bukan sahaja memperlihatkan komitmen tinggi kedua-dua agensi dalam memperkukuh keselamatan maritim serantau, malah mencerminkan kepercayaan yang berterusan antara Maritim Malaysia dan Korea Coast Guard bagi membina rangkaian kerjasama antarabangsa yang utuh.

Maritim Malaysia akan terus komited memainkan peranan sebagai agensi barisan hadapan negara dalam menjaga keselamatan perairan serta mengukuhkan hubungan strategik dengan agensi maritim antarabangsa.

 

LEPAS BADARO8
 
LEPAS BADARO3
 
LEPAS BADARO10
 
LEPAS BADARO12

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS B DITAHAN MARITIM NEGERI PERAK

LUMUT, 8 JULAI – Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas B ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak kerana melanggar syarat sah lesen, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob memaklumkan, vesel yang menggunakan pukat tunda itu ditahan pada jam sekitar 8.30 pagi pada kedudukan 0.9 batu nautika timur laut Pulau Talang ketika rondaan rutin sedang dilaksanakan di kawasan tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati vesel tersebut telah melanggar syarat lesen kerana tidak diusahakan sendiri oleh pemilik serta menggaji kru warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan.

“Dua kru warga Myanmar termasuk tekong dan seorang kru warga Thailand yang berada di atas vesel tersebut disyaki tidak memiliki permit kerja serta pas yang sah,” ujar beliau.

Vesel bersama kesemua kru, peralatan menangkap ikan dan hasil laut telah dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kampung Acheh untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Dalam pada itu, Shukri turut menegaskan Maritim Malaysia akan terus melaksanakan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan menjejaskan sumber perikanan negara.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak melalui talian 05-683 2254 untuk tindakan dan maklum balas segera.

 

VESEL B PERAK2
 
VESEL B PERAK3

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC