03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

BOT ALAMI KEROSAKAN DI LAUT, MARITIM PERAK BERTINDAK PANTAS SELAMATKAN TIGA NYAWA

LUMUT, 27 JUN – Detik cemas dialami tiga warga tempatan yang terperangkap di tengah laut selepas bot dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin akhirnya berakhir dengan kelegaan apabila pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak berjaya menyelamatkan mereka dalam operasi pantas pagi tadi.

Insiden berlaku kira-kira 2.9 batu nautika barat daya Pulau Dua, apabila bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) yang mereka naiki gagal berfungsi akibat kerosakan enjin.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 pada pukul 10.55 pagi daripada salah seorang mangsa, Encik Ahmad Kushayry bin Samsudin, yang memaklumkan bot mereka tidak dapat bergerak dan memerlukan bantuan segera.

Tambahnya lagi, maklumat itu kemudian disalurkan ke Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi, sebelum Kapal Maritim (KM) TUGAU diarahkan bergegas ke lokasi kejadian bagi melaksanakan misi menyelamat.

“KM TUGAU tiba di lokasi pada pukul 11.50 pagi dan berjaya mengesan bot tersebut bersama tiga mangsa dalam keadaan selamat.

“Mereka terus diberikan bantuan dan dibawa pulang ke jeti bersama bot yang rosak,” kata Shukri.

Kecekapan tindak balas pantas pasukan penyelamat ini sekali lagi membuktikan tahap kesiapsiagaan Maritim Malaysia dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan di laut.

Shukri turut menegaskan, keselamatan maritim tidak wajar dipandang ringan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sering menjalankan aktiviti di perairan negara. Persediaan rapi serta pemeriksaan teknikal bot sebelum keluar ke laut amat penting bagi mengelakkan risiko yang boleh meragut nyawa.

Dalam masa sama, beliau menggesa komuniti maritim dan orang awam agar terus bekerjasama dengan Maritim Malaysia dengan menyalurkan maklumat berkenaan sebarang kejadian atau aktiviti mencurigakan di laut.

“Sebarang kecemasan atau maklumat jenayah maritim boleh disalurkan melalui talian 999 atau menghubungi terus Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-683 2254 untuk tindakan segera,” katanya.

Ketangkasan operasi hari ini bukan sahaja menyelamatkan tiga nyawa, malah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap peranan agensi ini dalam menjaga keselamatan perairan negara.

 

LUMUT ROSAK2
 
LUMUT ROSAK3
 
LUMUT ROSAK4

251 MANGSA TERBABIT INSIDEN LAUT, MARITIM MALAYSIA TEKANKAN ILMU ASAS SELAMATKAN NYAWA

KLANG, 28 JUN – Sebanyak 251 mangsa terlibat dalam 108 kes insiden di laut yang direkodkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dari Januari hingga Mei tahun ini, membuktikan keperluan mendesak untukmeningkatkan kesedaran keselamatan maritim dalam kalangan masyarakat.

Pengarah Bahagian Operasi Udara (BOU) Maritim Malaysia, Laksamana Pertama MaritimMohd Tahir bin Khalid berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 203 orang berjayadiselamatkan, manakala 36 mangsa disahkan maut dan 12 lagi masih hilang.

Beliau menjelaskan bahawa jika trend ini berterusan, angkat korban berkemungkinan mencecah sehingga 100 nyawa menjelang penghujung tahun ini.

Statistik tersebut dinyatakan beliau ketika berucap sempena Program Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) 2025 yang berlangsung di Persiaran KapalBugis, Klang.

Turut hadir sama, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh serta Pegawai Khas N44 ADUN Selat Klang, Tuan Hj Roslan bin Ibrahim.

Terdahulu, Mohd Tahir memaklumkan, program ini diadakan secara tahunan pada 6 Jun bagi memperingati detik bersejarah pengambilalihan tugas penyelarasanoperasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) oleh Maritim Malaysia daripadaJabatan Laut Malaysia bermula pada tahun 2006.

“Bertemakan 'Berapung Untuk Hidup', HKKM bukan sekadar sambutan simbolik,tetapi menjadi platform utama untuk menyemai kefahaman serta membentuk budayakeselamatan dalam kalangan komuniti maritim dan masyarakat umum.

Kemahiran berapung satu elemen asas yang mampu menyelamatkan nyawa ketikaberlaku kecemasan di laut.

Kajian menunjukkan ramai mangsa insiden boleh diselamatkan jika memiliki ilmu asas bertahan sementara menunggu bantuan tiba,”jelas beliau lagi.

Antara pengisian utama Sambutan HKKM 2025 adalah aktiviti 'Berapung UntukHidup' dengan penyertaan Persatuan Squad Insaniah dan Persatuan Bot Rekreasi Selangor, demonstrasi menyelamat dari udara, dialog bersama komuniti nelayandari Tok Muda, Kapar dan Klang, pameran keselamatan maritim, pemeriksaankesihatan percuma oleh Fakulti Pergigian UiTM serta jualan RAHMAH.

Mohd Tahir dalam pada itu turut menekankan terhadap aspek keselamatan menjelang musim Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada November nanti.

“Komuniti maritim disarankan membuat semakan ramalan cuaca sebelum ke laut, memastikan keadaan bot dan peralatan Selamat digunakan, membawa PersonalLocator Beacon (PLB), jaket keselamatan, kit kecemasan, serta memaklumkanlokasi kepada keluarga atau kenalan,” tegas beliau.

Maritim Malaysia turut menyeru agar masyarakat tidak memandang ring an aspekkeselamatan, sebaliknya mengambil peluang mempelajari kemahiran asas seperti berenang dan teknik berapung sebagai persediaan menghadapi situasi luar jangka.

Penganjuran ini diharap menjadi titik tolak kepada pembudayaan keselamatan dalam kehidupan seharian masyarakat, Terutama mereka yang bergantung kepadalaut sebagai sumber rezeki.

 

HKKM2025 MN SEL2
 
HKKM2025 MN SEL4
 
HKKM2025 MN SEL5
 
HKKM2025 MN SEL7

 

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP ARAK BERNILAI RM36 RIBU

PORT DICKSON, 25 JUN – Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras disyaki jenis liquor di perairan Pantai Tanjung Gemuk, Port Dickson malam Isnin lalu.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Salehuddin bin Zakaria berkata, kejayaan ini merupakan hasil maklumat risikan yang diperoleh oleh Maritim Malaysia dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan di kawasan berkenaan. Bertindak atas maklumat tersebut, sebuah bot ronda yang sedang melaksanakan operasi pemantauan rutin telah berjaya merampas barangan seludup pada pukul 10.00 malam.

Hasil pemeriksaan di kawasan persisiran Pantai Tanjung Gemuk menemukan 10 kotak berbalut plastik hitam, mengandungi sejumlah 120 botol minuman keras disyaki jenis liquor, dengan anggaran nilai rampasan mencecah RM36 ribu. Kotak-kotak berkenaan dipercayai ditinggalkan oleh penyeludup yang melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, dipercayai untuk diseludup ke negara jiran melalui jalan laut.

Semua barang rampasan telah dibawa ke Jeti Maritim Melaka dan Negeri Sembilan sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976 atas kesalahan memiliki atau mengangkut minuman keras tanpa kelulusan yang sah.

Kejayaan ini adalah bukti komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam membanteras aktiviti penyeludupan dan pelanggaran undang-undang berkaitan bahan larangan.

 

ARAK PD
 
ARAK PD3

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, 80 UNIT BUBU NAGA DIRAMPAS

LUMUT, 28 JUN – Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) pukat hanyut ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak kerana disyaki melanggar syarat sah lesen selepas dikesan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan iaitu bubu naga, di kedudukan 2.3 batu nautika barat laut Pulau Talang, semalam.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, vesel berkenaan ditahan selepas pihaknya mengesan pergerakan mencurigakan dan berjaya merampas 80 unit bubu naga ketika rondaan rutin tersebut.

Beliau turut berkata, hasil pemeriksaan mendapati VNT tersebut dikendalikan oleh seorang tekong warganegara Malaysia manakala tiga awak-awak warga Myanmar yang berada di atas vesel tersebut, disyaki tidak memiliki permit atau pas yang sah.

“Pemilik boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985, yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM20 ribu atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

“Manakala awak-awak vesel terbabit akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63,” jelas beliau.

Vesel bersama kesemua kru, peralatan menangkap ikan dan hasil laut telah dibawa ke Jeti Perikanan Kg Acheh untuk siasatan lanjut.

Shukri dalam pada itu turut menegaskan, tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan menjejaskan sumber hasil laut negara.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-683 2254 untuk tindakan dan maklumbalas segera.

 

VESEL DAN BUBU
 
VESEL DAN BUBU3
 
VESEL DAN BUBU4

PENGUSAHA BOT CUAI, PENUMPANG KEMUDI BOT TANPA KELAYAKAN

KUALA TERENGGANU, 23 JUN – Tindakan tegas bakal diambil terhadap seorang pengusaha bot pelancong yang cuai selepas tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang penumpang dibenarkan mengemudi bot penumpang di perairan Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

Video berkenaan yang turut menunjukkan beberapa orang penumpang tidak memakai jaket keselamatan ketika bot bergerak laju telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin bin Che Awang berkata, siasatan awal mendapati wujud unsur kecuaian apabila nakhoda bot membenarkan penumpang mengendalikan bot tanpa sebarang kelayakan selain membiarkan mereka tidak memakai jaket keselamatan.

“Perbuatan ini bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mendedahkan penumpang kepada risiko maut. Bot penumpang seharusnya dikendalikan oleh individu yang berlesen dan terlatih.

“Pihak Maritim Malaysia akan memanggil pengusaha bot berkenaan dalam masa terdekat bagi memberikan keterangan berhubung insiden tersebut dan membantu siasatan lanjut,” tegas beliau.

Berikutan kejadian tersebut, Maritim Malaysia akan terus memantau kandungan media sosial serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengusaha bot yang melanggar aspek keselamatan dan undang-undang laut.

Kesalahan ini boleh disiasat di bawah Akta Perkapalan Saudagar 1952, yang membolehkan tindakan seperti denda, penggantungan lesen, serta penahanan bot dikenakan terhadap pengusaha yang cuai.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan maritim. Setiap pengusaha perlu lebih bertanggungjawab dan tidak sesekali memperjudikan nyawa penumpang,” tegas beliau lagi.

Jelasnya, bagi meningkatkan tahap kesedaran keselamatan di laut lebih tinggi, Maritim Negeri Terengganu turut giat menjalankan rondaan serta melaksanakan aktiviti preventive SAR di jeti-jeti penumpang di sekitar Terengganu, termasuk memberi nasihat dan peringatan keselamatan kepada nelayan, pengusaha bot pelancong dan penumpang.

Dalam pada itu Maritim Malaysia juga menasihatkan pengunjung pulau peranginan agar mengutamakan keselamatan diri ketika menaiki bot atau melakukan aktiviti air, selain peka terhadap kelengkapan keselamatan yang disediakan.

Orang ramai serta komuniti maritim diseru agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pelanggaran undang-undang di laut melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu di talian 013-7464357 yang beroperasi 24 jam.

VIRAL BAWA BOT
 
VIRAL BAWA BOT2
 
VIRAL BAWA BOT3

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC