03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

PASANGAN SUAMI ISTERI HILANG, BOT TERBALIK DI PERAIRAN TANJUNG HARAPAN, OPERASI CARILAMAT DIPERGIAT

PELABUHAN KLANG, 7 JUN – Dua nyawa masih belum ditemui selepas sebuah bot yang dinaiki enam individu, termasuk sepasang suami isteri, dipercayai terbalik di perairan Tanjung Harapan petang semalam. 

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor kini sedang giat menjalankan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) bagi mengesan pasangan tersebut yang di kenal pasti sebagai Gan Hon Tat, 32 dan isterinya Careen Man, 29, kedua-duanya berasal dari Klang Utama.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) diaktifkan pada pukul 5.16 petang oleh Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru selepas menerima maklumat mengenai kejadian menyayat hati itu.

“Operasi digerakkan segera dengan penyertaan aset Maritim Malaysia dan dibantu agensi sahabat seperti Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta sokongan bot penumpang berhampiran lokasi.

“Bot yang terbalik telah berjaya ditunda ke jeti terapung Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 0.3 batu nautika barat Tanjung Harapan, tiga mangsa telah ditemui iaitu Darren Gan, 3 tahun, anak kepada pasangan yang hilang, serta Cheu Son Hin, 50 tahun, masing-masing ditemukan dalam ruang hadapan bot.

Bagaimanapun, kedua-duanya telah disahkan meninggal dunia.

Turut terkorban, Fong Yong Sen, 29 tahun, rakan kepada pasangan berkenaan, yang turut dijumpai telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang lagi mangsa, Chang Yan Qin Alvin, 17 tahun, terselamat.

Hasil siasatan awal mendapati bot berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik.

Operasi CARILAMAT akan disambung pada jam 7.00 pagi ini.

Maritim Malaysia memaklumkan bahawa pihak pihak Bomba akan melakukan kerja-kerja penyelaman kerana terdapat kemungkinan besar kedua-dua mangsa masih berada di dalam bot yang sebahagiannya dipenuhi lumpur.

Bagi menyelaras gerakan dan Logistik operasi, Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) telah ditubuhkan di Pejabat Maritim Negeri Selangor.

Sementara itu, Maritim Malaysia sekali lagi mengingatkan orang awam supaya mengutamakan aspek keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut.

Penggunaan jaket keselamatan, pemantauan cuaca semasa, dan kecekapan kendalian bot adalah antara perkara asas yang wajib diberi perhatian serius.

Sebarang maklumat berkaitan insiden atau kecemasan maritim boleh disalurkan segera ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor melalui talian 03-3176 0627 atau terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

Maritim Malaysia menyeru orang ramai agar mendoakan usaha pasukan penyelamat dipermudahkan dan dua lagi mangsa yang hilang dapat ditemukan dalam keadaan selamat.

 

TG HARAPAN
 
TG HARAPAN3
 
TG HARAPAN4
 
TG HARAPAN5
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC