03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

LANGGAR SYARAT SAH LESEN, VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN MARITIM NEGERI PERAK

LUMUT, 5 JULAI – Sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak selepas didapati melanggar syarat sah lesen, semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, vesel yang menggunakan pukat tunda itu ditahan pada jam sekitar 1.55 tengah hari di kedudukan 7.9 batu nautika barat Pulau Buluh ketika kapal Maritim Malaysia sedang melaksanakan rondaan rutin di perairan berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati vesel dikendalikan oleh lima kru warga Myanmar termasuk tekong yang kesemuanya tiada pas pengenalan diri yang sah.

Kes ini disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang 15 batu nautika serta menggunakan pekerja warga asing tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Kesemua yang ditahan juga disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pengenalan diri yang sah.

Kru bersama vesel, peralatan menangkap ikan, serta hasil laut dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia akan terus komited mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta menggugat sumber perikanan negara.

Sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak melalui talian 05-683 2254 untuk tindakan dan maklum balas segera.

 

VNT LUMUT2
 
VNT LUMUT3

DUA VESEL KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM PERAK

LUMUT, 4 JULAI – Tindakan tidak bertanggungjawab dua vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C yang melanggar syarat lesen kerana menangkap ikan pada jarak kurang 15 batu nautika dari pantai membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob memaklumkan, kedua-dua vesel itu menggunakan pukat tunda ditahan masing-masing pada sekitar jam 2.00 petang dan 3.25 petang di kedudukan 12.0 dan 13.0 batu nautika barat Pulau Buluh ketika kapal Maritim Malaysia sedang melaksanakan rondaan rutin di perairan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel berkenaan telah melakukan kesalahan kerana tidak memiliki kebenaran bertulis daripada Pengarah Perikanan Malaysia untuk menangkap ikan dalam kawasan kurang daripada 15 batu nautika dari pantai seperti yang ditetapkan dalam lesen vesel kelas C,” ujarnya.

Beliau menambah, vesel pertama dikendalikan oleh seorang tekong dan tiga awak-awak warga Thailand serta seorang warga Kemboja, manakala sebuah lagi dikemudikan oleh tekong dan dua awak-awak juga warganegara yang sama.

Kesemua kru bersama vesel, peralatan menangkap ikan, serta hasil laut yang dianggarkan berjumlah RM1,400 dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

Maritim Malaysia akan terus komited mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta menggugat sumber perikanan negara.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak melalui talian 05-683 2254 untuk tindakan dan maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2025 07 04 at 3.44.43 PM 2
 
WhatsApp Image 2025 07 04 at 3.44.43 PM
 
WhatsApp Image 2025 07 04 at 3.44.42 PM 1
 
WhatsApp Image 2025 07 04 at 3.44.44 PM 1

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP GANJA DARI NEGARA JIRAN MELALUI PERAIRAN KUALA PERLIS

KUALA PERLIS, 3 JULAI – Cubaan sindiket dadah untuk menyeludup ganja melalui perairan Kuala Perlis berjaya digagalkan selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis merampas lebih kurang 170 kilogram ganja mampat awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, rampasan tersebut dibuat hasil risikan dan intipan yang dilakukan oleh Unit Risik Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP) juga pemantauan selama beberapa hari oleh anggota bot ronda Zon Maritim Kuala Perlis yang menjalankan rondaan rutin dalam Operasi AMAN dan pada akhirnya menemui sebuah sampan kayu tanpa nombor pendaftaran yang ditinggalkan di kedudukan 0.3 batu nautika dari barat Pulau Ketam, Perlis.

Tambah beliau, sampan kayu terbabit telah menukar haluan ke arah paya bakau sebaik melihat kehadiran bot ronda Maritim Malaysia sebelum berjaya dipintas dan ditahan. Bagaimanapun, seorang suspek nekad terjun ke laut meninggalkan bot dengan berenang ke kawasan paya bakau untuk melepaskan diri daripada ditahan.

“Hasil penggeledahan ke atas bot yang ditinggalkan telah menemukan lapan buah guni berbagai warna yang mengandungi 157 ketulan daun kering mampat disyaki ganja berada dalam bot kayu berkenaan,” jelas beliau lagi.

Romli turut memaklumkan, anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah hampir RM900 ribu dan dipercayai jumlah dadah berkenaan adalah bagi kegunaan lebih 30 ribu penagih. Kesemua barang kes telah dibawa ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis untuk tindakan lanjut oleh pegawai penyiasat.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952, iaitu kesalahan menyeludup dan mengedar dadah yang boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

“Ini adalah kes rampasan dadah pertama bagi tahun 2025 Zon Maritim Kuala Perlis. Siasatan bagi kes ini juga meliputi siasatan ke atas dalang utama sindiket yang dipercayai terdiri daripada rakyat tempatan dan warga asing yang berada di negeri Kedah dan Perlis,” tambah Romli.

Ahli-ahli sindiket penyeludupan dadah dikesan bergerak menggunakan bot fiber dengan enjin berkuasa tinggi dari negara jiran, tanpa nombor pendaftaran dan kemudiannya ganja dan dadah dipindahkan ke bot fiber enjin bergalah tempatan tanpa nombor pendaftaran dengan penglibatan segelintir nelayan tempatan untuk dibawa ke kawasan daratan.

Kedudukan geografi sempadan Malaysia-Thailand yang dekat di samping terdapat banyak jeti nelayan dan kawasan-kawasan paya bakau telah diambil peluang oleh para penyeludup menggunakan laluan laut untuk memudahkan pergerakan kegiatan penyeludupan mereka.

Orang ramai dan persatuan-persatuan nelayan diseru untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat dan melaporkan aktiviti penyeludupan yang berlaku bagi membanteras penyeludupan dadah dan daun ketum. Sebarang aduan di perairan Perlis, boleh disalurkan ke talian kecemasan 999 dan Pusat Operasi ZMKP 04-9851072 atau 04-9851162 untuk tindakan segera.

 

GANJA LANGKAWI7
 
GANJA LANGKAWI5
 
GANJA LANGKAWI2

GAGAL PATUH SYARAT LESEN, BOT TUNDA DITAHAN DI PERAIRAN BINTULU

BINTULU, 3 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot tunda ketika melakukan rutin rondaan di sekitar perairan Bintulu, semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah berkata, bot tunda itu ditahan pada jam 2.00 petang semalam di kedudukan 0.38 batu nautika barat daya Batu Kura-Kura oleh pasukan rondaan Maritim Malaysia dalam OP TIRIS 3.0 dan OP PERMAI 01/2019.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot itu dikendalikan oleh lapan kru termasuk nakhoda warga Indonesia berumur dalam lingkungan 23 hingga 48 tahun.

Bot itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22(2A) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu gagal memaklumkan secara bertulis kepada Pendaftar Kapal berhubung pertukaran nama nakhoda dalam sijil pendaftaran kapal yang memperuntukan hukuman kompaun sebanyak RM 2,500.

Bot berserta kru ditahan seterusnya diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia mengingatkan agar semua komuniti maritim sentiasa mematuhi peraturan atau undang-undang serta prosedur keselamatan di laut bagi mengelak serta mengurangkan risiko insiden yang tidak diingini berlaku.

Sebarang maklumat, aduan serta insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh melaporkannya melalui talian 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu (086-314254) / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) untuk maklum balas segera.

 

BINTULU PATUH2

LESEN TAMAT TEMPOH, KAPAL PERSIARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

LANGKAWI, 2 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis berjaya menahan sebuah Kapal Persiaran yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 ketika sedang melakukan aktiviti rekreasi air dalam satu rondaan rutin OP AMAN, OP TIRIS 3.0, OP MARDOF UTARA 1/2025 di kedudukan lebih kurang 0.2 batu nautika Barat Pulau Lintang Jalan pada jam 6.00 petang, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, Kapal Persiaran terbabit bersama Kapten dan tujuh orang kru Warganegara Malaysia berserta 36 orang penumpang warganegara asing dan tiga orang penumpang warganegara Malaysia ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika sedang melakukan aktiviti rekreasi air.

“Hasil pemeriksaan mendapati, Kapal Persiaran berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana lesen telah tamat tempoh,” jelas beliau.

Ujar Romli lagi, anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM2 juta dan Kapal persiaran berserta barang kes dan kru ditahan dan dibawa ke jeti Dayang Bay untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dan sentiasa komited dalam meneruskan pengoperasian serta rondaan di sepanjang Zon Maritim Malaysia bagi mengekang aktiviti haram di perairan negara.

Sekiranya terdapat sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut, orang ramai diminta melaporkan ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah & Perlis di talian 04-9662750 untuk tindakan segera.

 

KAPAL PERSIARAN3
 
KAPAL PERSIARAN2

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC