PUTRAJAYA, 18 NOVEMBER – Seramai 28 pelatih dalam kalangan pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat (LLP) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah melapor diri di Ibu Pejabat Putrajaya hari ini.
Daripada jumlah itu 22 orang adalah untuk pengambilan pelatih Laskar Kelas II Maritim Siri 18/2024 manakala enam lagi adalah pegambilan pelatih Leftenan Muda Maritim Siri 12/2024.
Proses urusan lapor diri telah dimulakan pada jam 7.30 pagi, diikuti dengan saringan kesihatan dan seterusnya Majlis Penyerahan Pelatih kepada wakil Ketua Kluster Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Kepten Kehormat Maritim Mohd Norzam Mustapa.
Dalam program itu, Tuan Mohd Norzam telah menyerahkan pelatih Pegawai kepada wakil Ketua Kluster Pengajian Pengurusan dan Profesional (KPPP), AMSAS Leftenan Komander Maritim Mohd Amerul Aznor bin Mohd Azmi, manakala pelatih Lain-lain Pangkat (LLP) telah diserahkan kepada wakil Ketua Kluster Pengajian Dan Pembangunan Operasi Maritim (KPPOM), AMSAS, Leftenan Komander Maritim Syed Hazlan Izham Syid Abdullah.
Antara yang hadir dalam majlis penyerahan para pelatih tersebut ialah Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Tuan Haji Ghazali bin Hizam; Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun dan Pengarah Bahagian Bekalan, Kepten Maritim Asmawati binti Mohd Tujeri.





















.svg.png)

