PUTRAJAYA, 21 NOVEMBER – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli bin Abdullah telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Mr. Shivakumar Nair di Ibu Pejabat Putrajaya hari ini.
Turut mengiringi beliau ialah Singapore Defence Attaché, Colonel Dean Tan Wah Kheng.
Pertemuan tersebut bertujuan untuk membincangkan bidang kerjasama yang berpotensi dalam hubungan strategik dan keselamatan maritim di antara Singapura dan Malaysia serta perkembangan semasa kedua-dua negara.
Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan mengenai hubungan dua hala dan pengukuhan kerjasama dalam sektor penguatkuasaan maritim di Malaysia dan Singapura.
Hadir sama dalam sesi ini ialah Pengarah Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA), Kepten Maritim Mohammad Nasir bin Man, Ketua Penolong Pengarah (Antarabangsa), Komander Maritim Muzafira binti Mukholit serta Puan Diana Sim Siew Geok.




















.svg.png)

