KUCHING, 21 NOVEMBER – Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), YBrs. Kepten Maritim Kehormat Tuan Mohd Norzam bin Mustapa, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Maritim Negeri Sarawak baru-baru ini.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi meninjau tahap kepatuhan pengurusan di Maritim Negeri Sarawak selain memperkukuhkan hubungan kerjasama serta menyelaraskan strategi dalam memastikan keselamatan perairan Negeri Sarawak sentiasa terpelihara.
Dalam program itu, turut diadakan mesyuarat libat urus bagi membincangkan perkembangan terkini pengurusan, cabaran yang dihadapi di Maritim Negeri Sarawak, serta langkah-langkah strategik yang perlu diambil bagi memperkukuhkan pentadbiran pengurusan di negeri itu.
Beliau turut berkesempatan menyertai tinjauan pengoperasian dengan KM TUN FATIMAH di perairan Sarawak, di samping berkesempatan meluangkan masa untuk beramah mesra dan berinteraksi dengan anggota bertugas di aset utama Agensi tersebut.
Diharapkan dengan lawatan ini, bukan sahaja ia dapat memantapkan lagi sektor pengurusan di Maritim Negeri Sarawak tetapi juga meniup semangat dalam jiwa kalangan anggota untuk menjalankan tugas serta merapatkan hubungan di antara pemimpin tertinggi dan barisan hadapan di lapangan.




















.svg.png)

