TUARAN, 17 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan WP Labuan telah menyertai Latihan Menembak anjuran Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Pusat Latihan RELA Negeri Sabah, Tuaran, baru-baru ini.
Latihan Menembak tersebut dianjurkan sempena Lawatan Kerja Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah ke pusat latihan berkenaan.
Turut hadir Ketua Pengarah RELA, Datuk Yahya bin Sulaiman, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh bin Dikun, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah, Puan Ervinah Kebahi @ Syarafina binti Ibrahim dan Pengarah Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik.
Majlis telah dimulakan dengan sesi ramah mesra bersama dif-dif jemputan yang hadir dan seterusnya sebagai simbolik memulakan majlis, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar telah melakukan tembakan ke sasaran yang disediakan.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah, bacaan ikrar dan jamuan makan tengah hari. Selain itu, turut diadakan sesi bergambar beramai-ramai bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri.





















.svg.png)

