03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA HADIR PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PUTRAJAYA, 10 FEBRUARI – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) itu telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan nilai hormat-menghormati, tolak ansur dan kepercayaan antara satu sama lain demi menjaga kepentingan bersama serta memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Sebagai sebuah agensi di bawah seliaan KDN, Maritim Malaysia sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara dipelihara melalui pendekatan kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan lain.

Kehadiran Ketua Pengarah Maritim Malaysia dalam perhimpunan ini melambangkan kesungguhan agensi dalam menyokong aspirasi KDN untuk memperkukuh hubungan antara jabatan serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Antara atur cara majlis termasuklah Pelancaran Kepengerusian ASEAN tahun 2025 peringkat KDN, Penyampaian Anugerah Pengurusan Kuarters Terbaik antara Jabatan dan Agensi KDN tahun 2024, serta Penyerahan RELA Patrol Kits (RPK) kepada Pengarah RELA Pahang.

Maritim Malaysia terus beriltizam dalam memperkukuh kerjasama antara agensi di bawah KDN bagi memastikan keselamatan maritim negara sentiasa terpelihara selaras dengan agenda keselamatan nasional.

Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah; Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik bin Jeman; Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Abdul Rahman serta Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai mewakili jabatan dan agensi di bawah seliaaan KDN.

 

KP KDN HIMPUN2
 
KP KDN HIMPUN3
 
KP KDN HIMPUN4
 
KP KDN HIMPUN6
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC