03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ PERINGKAT IBU PEJABAT MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 FEBRUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj sempena Hari Kebesaran Islam di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, di sini hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah hadir menyempurnakan majlis diiringi Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dan Kepten Maritim Nik Kamaruddin bin Yunoh selaku pengerusi program.

Bersempena dengan Israk Mikraj, Maritim Malaysia telah menjemput Pegawai Kor Agama, Leftenan Kolonel Zamri bin Ab. Rahman dari Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Kem Segenting Port Dickson memberikan ceramah.

Usai ceramah, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan nasyid dan juga tilawah Al-Quran yang dinilai oleh juri profesional.

Bagi Tilawah Al-Quran, Bintara Kanan Maritim Harun bin Mohamad Jaidin dari sektor Operasi dinobatkan sebagai Johan dengan purata keseluruhan sebanyak 70 mata manakala naib johan dirangkul oleh Puan Rehah binti Ismail dari sektor Pejabat Ketua Pengarah yang mengumpul purata sebanyak 61 mata.

Sementara itu, bagi keputusan pertandingan nasyid, johan dimenangi oleh kumpulan The Ahlul Qudwah mewakili sektor pengurusan dengan markah sebanyak 87.5 diikuti naib johan iaitu Fi Sabilillah dari sektor Pejabat Ketua Pengarah sebanyak 79 markah.

Seterusnya, tempat ketiga dimenangi oleh Al Ayubi dari Sektor Logistik dengan markah sebanyak 76 mata dan saguhati oleh Should Hikmah dari Sektor Operasi yang membawa markah terkumpul sebanyak 73.5.

Hadir sama, pengarah-pengarah bahagian dan warga Maritim Malaysia.

 

 ISRAK MIKRAJ
 
ISRAK MIKRAJ3
 
ISRAK MIKRAJ5
 
ISRAK MIKRAJ9
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC