02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM MALAYSIA LAKSANA PERSIAPAN PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI DI KAMPUNG TEMERLOK, TRONG

TRONG, 9 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus komited dalam memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat denga melakukan persediaan sewajarnya bagi pelaksanaan Program Kampung Angkat Madani yang berlangsung di Kampung Temerlok, Trong, Perak, di sini hari ini.

Sebagai langkah awal ke arah menjayakan program ini, satu majlis ibadah korban dan gotong-royong telah diadakan dengan penglibatan aktif penduduk setempat, mencerminkan semangat kerjasama serta keterlibatan agensi bersama masyarakat.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, yang meluangkan masa meninjau persiapan program di Masjid Al-Mahmudiah, Kampung Temerlok.

Menurut Datuk Mohd Rosli, penglibatan Maritim Malaysia dalam program seperti ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan hubungan antara agensi dan rakyat, tetapi juga untuk memperkukuh keselamatan komuniti maritim secara menyeluruh.

Selain aktiviti gotong-royong dan ibadah korban, turut diadakan sesi kuliah agama di sebelah malam sempena Aidiladha yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pengangkutan Maritim Malaysia, Al-Fadhil Kepten Maritim Ustaz Nik Kamarudin bin Yunoh yang berkisarkan tentang pengorbanan.

Turut hadir ialah Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob serta pegawai-pegawai kanan Maritim Malaysia.

 

PREP KORBAN
 
PREP KORBAN2
 
PREP KORBAN3
 
PREP KORBAN4

HKKM | MARITIM SABAH PERKASA ILMU LAUT DI JETI JESSELTON POINT

KOTA KINABALU, 9 JUN – Keselamatan pelancong di laut jadi keutamaan, itulah mesej utama yang dibawa oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menerusi penganjuran Program Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) 2025 yang berlangsung di Jeti Jesselton Point, Kota Kinabalu, pada Jumaat lalu.

Program yang dikendalikan oleh Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kota Kinabalu, diketuai oleh Leftenan Maritim Mohamad Pairul bin Mohd Bacuk, melibatkan 15 pegawai dan anggota MRSC serta kru Bot SAR KILAT 39.

Menurutnya, program ini adalah sempena sambutan HKKM yang diraikan pada setiap 6 Jun, sebagai memperingati tarikh bersejarah pemindahan tanggungjawab Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) maritim dari Jabatan Laut Malaysia kepada Maritim Malaysia pada tahun 2006.

“Keselamatan pelancong di laut amat kritikal, oleh itu melalui program ini, kita berusaha memastikan semua pihak melibatkan pengendali bot, ejen pelancongan dan pengunjung agar memahami kepentingan keselamatan sebelum memulakan pelayaran,” ujar Mohamad Pairul.

Program ini turut merangkumi sesi taklimat keselamatan kepada pengusaha bot dan ejen pelancongan sebagai pendekatan secara bersemuka dalam menyebarluaskan mesej secara berkesan kepada komuniti maritim.

Bagi Komander Maritim Siti Khairunnisak binti Abd Aziz, yang menanggung tugas Timbalan Pengarah Operasi Negeri Sabah dan W.P. Labuan berkata, pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang program ini berlangsung antaranya, demonstrasi penggunaan peralatan keselamatan merangkumi life buoy (pelampung), jaket keselamatan, Personal Locator Beacon (PLB).

"Pendekatan turun padang seperti ini bukan sahaja lebih efektif dalam menyampaikan maklumat malah secara tidak langsung merapatkan hubungan di antara Agensi dan masyarakat, selain itu turut diadakan ialah pemeriksaan bot pelancong, hebahan talian kecemasan 999, penampalan risalah keselamatan dan perkongsian maklumat berkaitan," ujarnya.

Jeti Jesselton Point dipilih sebagai lokasi strategik penganjuran HKKM kali ini kerana ia merupakan hab pelancongan maritim paling sibuk di Sabah.

Untuk rekod, sebanyak 1,000 pelancong tempatan dan antarabangsa menggunakan jeti itu setiap hari untuk ke pulau-pulau peranginan di negeri itu seperti Manukan, Sapi, Mamutik dan Gaya, selain menjadi perhentian utama feri ke Labuan.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali, lebih 350 peserta hadir ke program ini, menjadikannya salah satu di antara edisi HKKM paling menyeluruh dan berimpak tinggi setakat ini di Sabah.

“Program ini berjalan dengan lancar dan mendapat respons amat baik. Ia jelas menunjukkan bahawa pendekatan sebegini amat penting dan perlu diteruskan demi memastikan keselamatan maritim sentiasa menjadi budaya, bukan sekadar kempen,” tegas beliau.

Beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua anggota dan pegawai termasuk komuniti maritim serta masyarakat yang memberikan sambutan positif bagi menjayakan HKKM peringkat negeri Sabah pada tahun ini.

HKKM SABAH3
 
HKKM SABAH6
 
HKKM SABAH2
 
HKKM SABAH

LAKSANA IBADAH KORBAN, MARITIM MALAYSIA TUMBANG TIGA EKOR LEMBU

SERDANG, 7 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha dengan menumbangkan tiga ekor lembu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, hari ini. 

Majlis korban tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah yang turut mengetuai penyembelihan tiga ekor lembu korban, di mana dua daripadanya ditaja oleh Kementerian Dalam Negeri sebagai simbolik pelaksanaan ibadah tersebut.

Seramai 30 peserta terdiri daripada warga Maritim Malaysia menyertai ibadah korban ini yang bertujuan memupuk semangat keprihatinan, perpaduan dan pengorbanan dalam kalangan warga agensi, selari dengan semangat Aidiladha.

Menurut Datuk Mohd Rosli, ibadah korban bukan sahaja menzahirkan ketaatan kepada perintah Allah malah menjadi platform memperkukuh silaturahim dan kebersamaan antara warga kerja Maritim Malaysia.

Daging korban kemudiannya diagihkan kepada warga Maritim Malaysia serta komuniti setempat yang memerlukan sejajar dengan tuntutan syariat dan amalan kebajikan yang digalakkan dalam Islam.

Majlis ibadah korban ini turut menyaksikan kehadiran beberapa pegawai kanan Maritim Malaysia serta ahli keluarga warga agensi yang hadir bagi memeriahkan program tahunan ini.

 

APMM KORBAN3
 
APMM KORBAN5
 
APMM KORBAN6
 
APMM KORBAN7

IBADAH KORBAN ERATKAN UKHWAH MARITIM SABAH DAN JBPM SABAH

KOTA KINABALU, 8 JUN – Ibadah Korban yang dilaksanakan sempena Hari Raya Aidiladha oleh seluruh umat Islam baru-baru ini, perlu dimaknai dengan penuh penghayatan.

Rentetan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah turut tidak ketinggalan melakukan Ibadah Korban, lebih manis ia dizahirkan menerusi nilai solidariti dan kemanusiaan yang menyatukan dua agensi sahabat.

Majlis yang berlangsung di Perkarangan Surau An Najihin, Kuarters JBPM Negeri Sabah, semalam itu telah menghimpunkan warga kerja kedua-dua perkhidmatan bersama komuniti setempat secara bergotong-royong dalam suasana harmoni dan penuh kesyukuran.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali, dan Pengarah JBPM Negeri Sabah, YS PKPjB Mohd Pisar bin Aziz.

Turut mengiringi ialah Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri, Puan Siti Norhaini binti Osli dan pegawai kanan kedua-dua agensi.

Dalam ucapan, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar berkata, melaksanakan ibadah korban bukan sahaja hukumnya sunat yang dituntut kepada umat Islam tetapi juga menjadi platform bagi menerapkan nilai ukhuwah dan semangat kerjasama di antara agensi serta masyarakat.

“Ini adalah medan menyemai nilai keprihatinan, pengorbanan dan kerjasama serta nilai-nilai yang menjadi teras kepada setiap khidmat bakti dan tanggungjawab warga Maritim Malaysia kepada rakyat dan negara,” ujarnya.

Khairulanuar dalam pada itu turut menekankan komitmen Maritim Negeri Sabah untuk terus melaksanakan program berbentuk kebajikan, kerohanian dan kemasyarakatan secara berterusan, selaras dengan aspirasi membentuk perkhidmatan awam yang berintegriti, berjiwa rakyat dan berlandaskan nilai kemanusiaan.

 

SABAH KORBAN2
 
SABAH KORBAN3
 
SABAH KORBAN4
 
APMM KORBAN

MARITIM NEGERI SABAH TERIMA SUMBANGAN LEMBU KORBAN DARIPADA YAB KETUA MENTERI SABAH

KOTA KINABALU, 6 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berbesar hati menerima sumbangan lembu korban daripada Ketua Menteri Sabah dalam satu majlis ringkas dekat sini, semalam. 

Majlis itu berlangsung di Dewan Terbuka Pusat Rumpun Bajau Sama Sabah, Kampung Lok Batik, Tuaran itu melibatkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO), agensi dan jabatan kerajaan antaranya Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) termasuk Maritim Malaysia.

Acara simbolik dan gimik penyerahan sumbangan lembu korban berkenaan disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairuanuar bin Abd Majid @ Razali mewakili Maritim Malaysia turut hadir.

Beliau turut diiringi Timbalan Pengarah Pengurusan Negeri, Puan Siti Norhaini binti Osli, Pegawai Memerintah KM BANGGI, Komander Maritim Mahathir bin Mohammad serta pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah.

Majlis ringkas itu turut disertai beberapa wakil masjid dan surau tempatan yang juga penerima sumbangan sama.

 

SABAH SUMBANG11
 
SABAH SUMBANG3
 
SABAH SUMBANG4

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC