22
Kha, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

KLINIK E-CENSUS ANJURAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA KEDAH DI MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS

LANGKAWI, 3 November- Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kedah telah membuka booth Klinik e- Census yang bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis pada 2 dan 3 November lalu.

Program yang melibatkan seluruh warga Maritim Negeri Kedah dan Perlis di Langkawi ini bertujuan untuk memberi bimbingan tentang tatacara pengisian borang dan bagi menggalakkan semua penjawat awam mengisi maklumat secara atas talian (e-Census) sejajar dengan situasi semasa negara yang sedang menghadapi pendemik virus Covid-19.

660768a5 1bc5 4456 aee7 987ea2c27d2c 

MARITIM NEGERI PAHANG BEKERJASAMA DALAM PENGHANTARAN 21 TAN MAKANAN KE PULAU TIOMAN PERSEDIAAN HADAPI MONSUN TIMUR LAUT

ROMPIN 2 NOVEMBER - Sebanyak 21 tan barang makanan kering dihantar ke Pulau Tioman di sini sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut.

Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran Bin Haji Daud, Pengarah Maritim Negeri Pahang berkata, Maritim Negeri Pahang bekerjasama bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, dalam misi penghantaran barangan makanan kering ke Pulau Tioman dengan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang yang dihantar pada 29 Oktober lalu.

“Kesemua barangan berkenaan dihantar ke lima buah pangkalan hadapan di Pulau Tioman iaitu Balairaya Kampung Mukut, Balairaya Kampung Genting, Balai Raya Kampung Salang, Jeti kampong Tekek dan Balai Polis Kampung Tekek,"

Beliau berkata, projek ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri yang dilaksanakan setiap tahun yang akan memberi manfaat kepada lebih 3,905 penduduk di Pulau Tioman terutamanya ketika musim Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku pada hujung tahun ini.

Misi penghantaran ini mendapat kerjasama erat dari Kerajaan Negeri Pahang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Pejabat Daerah Rompin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) , Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Pembangunan Tioman, Penghulu Tioman dan pihak media.

3    4 
     
 1    2

 

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG

PERSIJILAN EKSA CEMERLANG 2020: ZON MARITIM TANJUNG MANIS PAHAT SEJARAH SEBAGAI PEJABAT MARITIM MALAYSIA PERTAMA TERIMA ANUGERAH EKSA MAMPU

KUCHING, 23 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis memahat sejarah sebagai Zon Maritim ulung dalam agensi ini yang menerima Anugerah EKSA Cemerlang, semalam.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Sarawak, Encik Banges Munga kepada Komander Maritim Mohd Ariz bin Md Kassim, Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, di Pejabat MAMPU, Sarawak.

Ini merupakan pengiktirafan yang julung kalinya diterima APMM dan telah meletakan Zon Maritim Tanjung Manis sebagai pejabat Maritim Malaysia pertama di Malaysia memperoleh pensijilan EKSA daripada MAMPU.

EKSA atau Ekosistem Kondusif Sektor Awam merupakan salah satu dasar perkhidmatan awam yang diterajui oleh MAMPU dalam menerap dan meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi berimejkan korporat serta melahirkan idea kreatif serta inovasi.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mohd Ariz bin Md Kassim berkata, pasukan Audit Pensijilan EKSA MAMPU Sarawak telah membuat pengauditan di bangunan pejabat tiga tingkat Zon Maritim Tanjung Manis yang berkeluasan lebih kurang 1,095 meter persegi yang menempatkan 44 orang pegawai dan anggota telah berlangsung pada 23 hingga 25 September 2020 yang lalu.

"Penerapan EKSA Zon Maritim Tanjung Manis bermula seawal 24 April 2019 dengan galakan Cawangan Inovasi dan Kualiti, Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat Maritim Malaysia serta dorongan pegawai peringkat atasan Maritim Negeri Sarawak bagi penerapan objektif utama cawangan ini kepada peningkatan imej pejabat Maritim Malaysia dalam memupuk semangat kerja berpasukan dan pembangunan inovasi, idea serta kreativiti bagi mengiktiraf usaha setiap individu atau kumpulan secara berterusan," katanya.

Menurut Ariz, penerapan sepenuhnya penglibatan amalan EKSA oleh setiap warga pejabat ini amat menggalakkan selaras dengan panduan oleh pihak MAMPU.

"Syukur dan tahniah kepada setiap warga Zon Maritim Tanjung Manis serta penghargaan juga kepada pihak pengurusan yang telah memberikan sokongan berterusan serta pihak-pihak yang terlibat sehingga berjaya memperoleh pensijilan EKSA, walaupun dalam situasi penularan wabak COVID19 telah membataskan persediaan rapi dalam masa yang singkat," tambahnya lagi.

 

 WhatsApp Image 2020 10 23 at 12.45.11 PM  
 WhatsApp Image 2020 10 23 at 12.44.59 PM

AMSAS DIIKTIRAF SEBAGAI INSTITUSI LATIHAN DI BAWAH PROGRAM KERJASAMA TEKNIKAL MALAYSIA (MTCP)

 

PUTRAJAYA, 23 Oktober - Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) yang merupakan sebuah institusi latihan di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia baru-baru ini telah menerima pengiktirafan sebagai sebuah institusi latihan di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).

Sebagai permulaan, pengiktirafan ini bermula dengan rentetan permohonan Maritim Malaysia dan AMSAS pada 2014 bagi disenaraikan di dalam senarai institusi pendidikan dan latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi Bahagian Kerjasama dan Pembanggunan Antarabangsa KLN. Inisiatif ini merupakan kesinambungan bagi menjadikan AMSAS sebagai sebuah Centre Of Excellent pada tahun 2020.

Permohonan tersebut telah diterima pihak KLN dan susulan itu pada tahun 2016, lawatan kerja telah dilaksanakan oleh pihak urus setia KLN. Seiring dengan itu, pelbagai program latihan yang melibatkan peserta-peserta ASEAN dan antarabangsa yang lain telah dilaksanakan oleh AMSAS bersama pihak Japan International Cooperation Agency (JICA) Malaysia sejak 2015 hingga kini. Kejayaan dalam pelaksanaan program latihan tersebut menjadi pemangkin untuk mengukuhkan permohonan AMSAS ini, sekaligus meningkatkan keupayaan AMSAS untuk mengendalikan kursus-kursus bersifat antarabangsa.

Pada 16 Oktober 2020, AMSAS telah menerma kelulusan sebagai institusi latihan di bawah MTCP. Melalui penganjuran program latihan di bawah MTCP ini kelak, AMSAS akan dapat meningkatkan kredibilitinya sebagai pusat laihan yang memfokuskan kepada skop penguatkuasaan maritim dan carilamat. Ini secara tidak langsung akan melonjakkan nama AMSAS sebagai salah satu institusi latihan bertaraf antarabangsa.

TAHNIAH AMSAS !!!

WhatsApp Image 2020 10 23 at 5.26.48 PM

 

MARITIM NEGERI PAHANG MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA TIMBALAN PANGLIMA ARMADA BARAT, TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

KUANTAN, 16 Oktober – Pengarah Maritim Negeri Pahang, laksamana Pertama Maritim Haji Amran bin Haji Daud telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Panglima Armada Barat, Tentera Laut diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama Yusne bin Mokhtar. Majlis kunjungan hormat tersebut turut dihadiri Kepten Mohd Norizal bin Fahrudin (TLDM).

Dalam pertemuan yang berlangsung lebih kurang satu jam ini, kedua-dua pihak telah membincangkan isu-isu semasa berkaitan kerjasama dua hala dan perkongsian pelbagai maklumat dalam memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dengan harapan kerjasama yang baik ini akan berterusan. Selain itu, perbincangan juga berkisar operasi bersama yang telah dijalankan.

 1    4
     
 2    3

 

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC