ROMPIN 2 NOVEMBER - Sebanyak 21 tan barang makanan kering dihantar ke Pulau Tioman di sini sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut.
Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran Bin Haji Daud, Pengarah Maritim Negeri Pahang berkata, Maritim Negeri Pahang bekerjasama bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, dalam misi penghantaran barangan makanan kering ke Pulau Tioman dengan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang yang dihantar pada 29 Oktober lalu.
“Kesemua barangan berkenaan dihantar ke lima buah pangkalan hadapan di Pulau Tioman iaitu Balairaya Kampung Mukut, Balairaya Kampung Genting, Balai Raya Kampung Salang, Jeti kampong Tekek dan Balai Polis Kampung Tekek,"
Beliau berkata, projek ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri yang dilaksanakan setiap tahun yang akan memberi manfaat kepada lebih 3,905 penduduk di Pulau Tioman terutamanya ketika musim Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku pada hujung tahun ini.
Misi penghantaran ini mendapat kerjasama erat dari Kerajaan Negeri Pahang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Pejabat Daerah Rompin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) , Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Pembangunan Tioman, Penghulu Tioman dan pihak media.
![]()
![]()
SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG



















.svg.png)

