03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

PROGRAM CERAMAH INTEGRITI PENGKISAHAN DARI TIRAI BESI BERTEMPAT DI MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS

LANGKAWI, 25 Ogos - Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis menganjurkan ceramah integriti bertajuk 'Tumbuk Rusuk Duit Panadol (Pengkisahan Dari Tirai Besi)' yang disampaikan oleh Tuan Mohd Firdaus bin Ramlan, Pengurus CJ Global Venture pada pagi ini.

Program ini melibatkan seluruh warga Maritim Negeri Kedah Perlis (MNKP) termasuk anggota dan pegawai dari Zon Maritim Kuala Kedah dan Kuala Perlis menerusi aplikasi ' video call' yang turut dihadiri oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, Timbalan Pengarah Operasi Kepten Maritim Zulinda binti Ramly dan Timbalan Pengarah Pengurusan Encik Ahmad Fuad bin Ishak.

Ceramah yang disampaikan adalah berkisar daripada kisah benar yang dialami sendiri oleh penceramah tentang akibat buruk sekiranya amalan rasuah wujud dalam diri setiap penjawat awam khususnya pegawai penguatkuasa bagi memberi kesedaran dan panduan kepada seluruh warga MNKP supaya sentiasa meletakkan integriti pada tahap tertinggi sepanjang melaksanakan tanggungjawab dan amanah sebagai pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Dalam pada itu,program ceramah turut diserta dengan solat sunat Dhuha secara berjemaah sebelum ceramah dimulakan.

0f19d72c 15a4 42ea 9772 eae9ee47ad31    fe5461d1 15bf 4b06 8925 ba4d9aeb092b 
     
073ced0a 3443 400f a2ef dff16e129b3e   44b9688a db13 4b92 850e 4c08d6d33704

LAWATAN KERJA RASMI PENGARAH MARITIM NEGERI KELANTAN KE IPK KELANTAN

KELANTAN, 22 Ogos, Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacop telah melakukan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kelantan baru-baru ini. lawatan kali ini adalah bagi mengukuhkan hubungan kerjasama antara Maritim Negeri Kelantan dan Ibu Pejabat Polis Kelantan. 

Selain perkongsian kepakaran antara kedua-dua pihak, maritim Negeri Kelantan turut berkongsi pengalaman tangkapan Bot Nelayan Vietnam yang di tahan Bot penyelamat 7 baru baru ini. 

WhatsApp Image 2020 08 24 at 9.08.31 AM    WhatsApp Image 2020 08 24 at 9.08.31 AM 1 
     

 

LAWATAN KERJA PEMANTAUAN DAN KAWALAN KESELAMATAN DI LAUTAN PINTU MASUK SEMPADAN NEGARA SEKTOR UTARA

LANGKAWI, 17 Ogos - Satu Lawatan Kerja Pemantauan dan Kawalan Keselamatan di Laluan Pintu Masuk sempadan Negara Sektor Utara telah dilaksanakan oleh Tan Sri Ambrin bin Buang selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) bersama agensi National Task Force (NTF) bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis pada hari ini.

Ketibaan rombongan deligasi telah disambut oleh Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah bersama beberapa pegawai kanan yang lain.

Dalam rangka lawatan tersebut, Tan Sri Ambrin bin Buang bersama deligasi dari NTF telah diberi taklimat operasi khususnya di sekitar perairan negeri Kedah dan Perlis yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis Kepten Maritim Zulinda binti Ramly dan beliau turut dibawa melawat ke Pejabat Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Langkawi.

Turut hadir bersama deligasi tersebut adalah Tan Sri Abdul Samad Alias Ahli JKSTUPKK, Laksamana Madya Dato' Aris Adi Tan bin Abdullah TLDM Komander NTF, dan Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman bin Hj Abu Hassan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM).

33c221be 760d 423f 8b90 358e6ef6dc04    3e62ab5b f5a3 48ae 88af 377bc70b9d1b 
     
a84a39bf 17b7 4192 aff4 994341b00281   5172f9cd 9856 4211 b216 2822e72aec9d
     
87da6ac6 df3b 4195 9c5e f22cca88faff   b986bfee 8ed9 43b5 8497 1247fe6ae65f
     
3849c745 2a0c 4233 806c c3c2e1558556   61025f96 bd50 4ce6 8c7a 36f51d18b8ed

 

 

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH KM TOK BALI

WhatsApp Image 2020 08 24 at 9.09.10 AM     
     

 

TOK BALI, 24 Ogos – Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Kapal Maritim Tok Bali (KM Tok Bali) antara Leftenen Komander Maritim Sahrih bin Samsuddin kepada Leftenen Komander (M) Mohd Sopian bin Mhd Nasir telah diadakan di Maritim Negeri Kelantan, Tok Bali pada 23 Ogos lalu.

Majlis tersebut telah disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Nur Syam Asmawie bin Yaakop dan seluruh warga kerja Maritim Negeri Kelantan.

 

SESI SERAH TERIMA TUGAS KETUA-KETUA BOT ZON MARITIM LABUAN

WhatsApp Image 2020 08 14 at 11.40.56  WhatsApp Image 2020 08 14 at 11.40.44 
WhatsApp Image 2020 08 14 at 11.40.51  WhatsApp Image 2020 08 14 at 11.49.36 
WhatsApp Image 2020 08 14 at 11.40.22  WhatsApp Image 2020 08 14 at 11.40.13 

 

LABUAN, 14 Ogos - Satu sesi Serah Terima Tugas diantara ketua-ketua bot Zon Maritim Labuan dan Pemakaian Lencana Ketua Bot telah berjaya dilaksanakan hari ini di Pejabat Zon Maritim Labuan.

Sesi ini telah disaksikan sendiri oleh Pengarah Zon Maritim Labuan dengan diiringi oleh Timbalan Pengarah Zon (Operasi). Turut dihadiri oleh pegawai-pegawai memerintah kapal dan semua kru bot Zon Maritim Labuan.

Setelah selesai menandatangani serah terima tugas, PZM ZM Labuan telah memberikan ucapan dan kata-kata semangat kepada ketua-ketua bot yang baharu untuk menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan sentiasa menerapkan nilai-nilai integriti yang tinggi semasa dilapangan.

Setelah itu, Seksyen Operasi telah memberikan penerangan berkenaan penggunaan RMPnet kepada Ketua-ketua bot yang baharu serta semua kru bot Zon Maritim Labuan bagi kelancaran OP Benteng di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

LT DYA (M) DILSA BIN AKMAD

Pegawai Perhubungan Awam 

Zon Maritim Labuan

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC