11
Rab, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

OPERASI INTER AGENSI PANTAU PERGERAKAN ORANG AWAM DI LAUT

KOTA KINABALU, 24 Mac - Maritim Negeri Sabah telah memberi kerjasama kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk melaksanakan Operasi Inter Agensi bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian virus Corona yang amat bahaya kepada kehidupan manusia.
Operasi ini telah dilaksanakan bermula pada hari ini sehingga berakhir Perintah Kawalan Pergerakan ini pada 31 Mac 2020. Kawasan operasi merupakan kawasan tumpuan orang awam iaitu di Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA), Jeti Jesselton Point, Sutera Habour, Taman Tunku Abdul Rahman, Pulau Gaya, Perairan Sepanggar dan Perairan Tanjung Aru.
Maritim Negeri Sabah telah menggerakan dua buah bot ronda dengan  melibatkan 11 orang anggota dalam operasi ini.
WhatsApp Image 2020 03 24 at 11.04.41    WhatsApp Image 2020 03 24 at 11.04.38 
     
WhatsApp Image 2020 03 24 at 11.04.43   WhatsApp Image 2020 03 24 at 11.16.59
 

MARITIM NEGERI PAHANG TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI DARIPADA PANGLIMA WILAYAH UDARA 1

Pada 12 Mac lalu, Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Amran bin Haji Daud telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Wilayah Udara 1, Mejar Jeneral Dato' Zulkifli bin Hamid TUDM. Majlis kunjungan hormat tersebut turut dihadiri oleh Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brigedier Jeneral Mohd Fadzil bin Mohd Diah TUDM.

Dalam pertemuan yang berlangsung lebih kurang satu jam ini, kedua-dua pihak telah membincangkan isu-isu semasa berkaitan kerjasama dua hala dan perkongsian maklumat agar dapat memperkukuhkan hubungan dua hala serta berharap kerjasama yang baik ini akan berterusan.

 1   2 
     
 3    4

 

 

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT KADET KANAN PASKAM SEMESTER 4/2020

KUALA PERLIS, 10 MAC - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Zon Maritim Kuala Perlis telah mengadakan majlis pemakaian  pangkat Kadet Kanan PASKAM Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) semester ke 4/2020 bertempat di pejabat Zon Maritim Kuala Perlis pada 07 Mac lalu.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nurulazme Bin Zakariah dan turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan PSSM dan PASKAM Ibupejabat APMM, Komander Maritim Norihan Bin Ngah, wakil daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Leftenan Madya Maritim Kehormat Norazam Bin Abd Rahid serta pegawai-pegawai dan jurulatih Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM).

Pemakaian pangkat tersebut membabitkan penglibatan  seramai 45 orang penerima pangkat Kadet Kanan PASKAM semester 4/2020 serta 42 orang Kadet PASKAM semester 2/2020 yang telah dipilih sebagai projek rintis untuk pelaksanaan PASKAM bermula pada pengambilan pelajar sesi September tahun 2018 sidang akademik 2018/2019. Majlis ini julung kali diadakan sebagai penghargaan kepada Kadet PASKAM UniMAP kerana telah mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi dan mampu mengharungi halangan serta cabaran sepanjang latihan diadakan.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nurulazme Bin Zakariah berkata kewujudan Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang tanggungjawab Maritim Malaysia dalam menguatkuasakan undang-undang di perairan negara. Latihan dan aktiviti yang diterapkan dapat membentuk para pelajar menjadi individu yang berdisiplin dari segi mental dan fizikal sebagai persediaan menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Tambah beliau, pelaksanaan Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) turut memberi impak kepada agensi untuk menarik minat serta memberi pengetahuan kepada orang awam bermula dari peringkat sekolah hingga ke IPTA tentang peranan dan fungsi sebenar Maritim Malaysia sebagai penguat kuasa di Zon Maritim Malaysia (ZMM).

“Pelaksanaan majlis pemakaian pangkat ini adalah bagi meningkatkan moral Kadet PASKAM untuk meneruskan latihan pada semester seterusnya. Sesungguhnya kewujudan PASKAM adalah sebagai langkah dan platform kepada para pelajar bagi memupuk kesedaran menjaga perairan negara serta semangat cintakan negara. Pengiktirafan ini merupakan mekanisme penghargaan terhadap jasa dan sumbangan yang diberikan bagi meningkatkan moral dan motivasi Kadet PASKAM kerana UniMAP merupakan IPTA pertama (Pilot Project) yang menawarkan kursus badan beruniform PASKAM sebagai kursus baru di universiti tersebut’’, jelasnya.

WhatsApp Image 2020 03 10 at 11.00.45    WhatsApp Image 2020 03 10 at 11.00.46 
WhatsApp Image 2020 03 10 at 11.00.46 1    WhatsApp Image 2020 03 10 at 11.00.50 
     

MARITIM MALAYSIA KERJAYA PILIHAN LEPASAN SPM

LABUAN, 9 Mac - Zon Maritim Labuan (ZM Labuan) telah mengadakan taklimat kerjaya APMM kepada lebih kurang 200 orang pelajar tingkatan satu hingga empat SMK Rancha Rancha bertempat di dewan terbuka sekolah tersebut.

Taklimat disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan ZM Labuan Leftenan Komander Maritim Hilmi bin Abdullah. Objektif taklimat ini adalah untuk berkongsi ilmu berkaitan fungsi dan bidang tugas Maritim Malaysia. Selain itu, taklimat berkenaan keselamatan nyawa semasa melakukan sebarang aktiviti di laut juga menjadi topik utama dalam program ini.

Beliau turut menjelaskan Maritim Malaysia merupakan agensi peneraju dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di laut.

“Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima atas perkongsian ilmu yang telah disampaikan dan berharap program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang” ucap YBrs. Encik Yahya bin Ahmad Puteh selaku Pengetua SMK Rancha Rancha.

 

WhatsApp Image 2020 03 10 at 19.20.04 1    WhatsApp Image 2020 03 10 at 19.20.04 

UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK SENJATA KECIL DAN PERTANDINGAN MENEMBAK MARITIM NEGERI PULAU PINANG 2020

GEORGETOWN, 05 Mac - Ibu Pejabat Maritim Negeri (MN) Pulau Pinang telah melaksanakan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) dan pertandingan menembak yang diadakan di Lapang Sasar Sungai Dua, Pulau Pinang.

Program yang berlangsung selama 2 hari tersebut melibatkan kira-kira 100 orang pegawai dan anggota MN Pulau Pinang. Pertandingan menembak turut diadakan melibatkan acara precision, rapid fire dan falling plate.

Bagi kategori pistol, senjata api yang digunakan adalah Glock 19, CZ 75 dan HK SFP9-SF, manakala kategori rifle melibatkan penggunaan M16 dan HK 416 A5.

Latihan ini secara tidak langsung dapat membina keyakinan diri, memupuk sikap tanggungjawab dan membina disiplin yang tinggi ketika mengendalikan senjata api kecil di samping mengcungkil bakat-bakat baru di kalangan warga MN Pulau Pinang.

WhatsApp Image 2020 03 06 at 08.44.22   WhatsApp Image 2020 03 06 at 08.44.23

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC