02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS KE MARKAS WILAYAH LAUT 3

LANGKAWI, 10 Julai - Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah yang dilantik pada 29 Jun lalu, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Markas Wilayah Laut 3, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama Abd Hamid bin Ali pada 7 Julai lalu.

Dalam kunjungan tersebut, pelbagai perkara telah dibincangkan antaranya adalah kerjasama strategik sedia ada antara dua agensi khususnya mengenai Operasi Benteng di perairan Selat Utara yang sedang giat dilaksanakan.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut adalah Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Komander Maritim Mohd Faizal bin Ahmad.

2c3f7dbd cd3c 4610 8968 429bbc143632    dadf66ac 78d1 4d31 b46f 6e721d02b118
     
d4224e85 24b6 461b 83ce 633cb55af596   63bb97aa 755e 4947 ac68 a6e7b9e121de

MARITIM NEGERI PAHANG HULUR BANTUAN BARANGAN ASAS KEPADA 60 KELUARGA PERSATUAN NELAYAN KAWASAN ROMPIN

ROMPIN, 7 Julai - Maritim Negeri Pahang menghulurkan bantuan barangan asas kepada  60 keluarga yang bernaung dibawah Persatuan Nelayan Kawasan Rompin (PNK).

Bantuan disampaikan Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Hamiludin bin Che Awang kepada wakil Pengerusi Persatuan Nelayan Rompin untuk diagihkan kepada 60 keluarga komuniti nelayan merangkumi keperluan asas harian iaitu beras, pampers dan susu bayi serta keperluan asas makanan lain.

“Program ini dilaksanakan berikutan kesukaran penduduk yang masih terkesan dan memerlukan bantuan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 lalu dan sekarang memasuki memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)”, kata beliau.

Pada masa yang sama MRSC Kuantan turut mengadakan taklimat Preventive SAR memandangkan keadaan perubahan cuaca yang tidak menentu diperairan Pahang.

 

2    3 
     
 1    4

 

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI PAHANG KE PANGKALAN TLDM TANJUNG GELANG

KUANTAN, 8 Julai – Maritim Malaysia Negeri Pahang telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Mohd Hatim bin Saad bertempat di Markas Wilayah laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan.

Kunjungan hormat yang diketuai oleh Laksamana Pertama Maritim Haji Amran bin Haji Daud, Pengarah Maritim Negeri Pahang ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sedia ada di antara kedua belah pihak disamping membincangkan isu-isu semasa yang berlaku di sekitar perairan Negeri Pahang. Selain itu, perbincangan juga berkisar operasi bersama yang telah dijalankan.

Hadir sama pada kunjungan tersebut ialah Kepten Maritim Hamiludin bin Che Awang, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang dan Kepten Maritim Mohd Nazry bin Zubir, Pegawai Memerintah KM Pekan.

 1    2
     
 4    3

 

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN MARITIM NEGERI PAHANG

MAJLIS SERAH TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH KM PEKAN

KUANTAN, 8 Julai - Majlis serah menyerah tugas Pegawai Memerintah KM Pekan telah diadakan di atas kapal, bertempat di Jeti Pangkalan TLDM Tanjung Gelang semalam.

Mantan Pegawai Memerintah KM Pekan, Komander Maritim Mohd Aizad bin Zainudin yang sebelum ini memangku tugas sebagai Pegawai Memerintah KM Pekan menyerahkan tugas kepada Kepten Maritim Muhammad Nazry bin Zubir yang sebelum ini bertugas di Cawangan Penyelarasan Operasi Maritim, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim Ibu Pejabat APMM Putrajaya.


Majlis serah menyerah tugas ini turut disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Amran bin Haji Daud. Dalam ucapannya, beliau mengharapkan semua pegawai dan anggota kapal dapat mengekalkan prestasi dan memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada Pegawai Memerintah yang baru dalam memantapkan lagi kecermelangan KM Pekan.

 4    1
     
 2    3

 

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG

KUNJUNGAN ULUNG RASMI PENGARAH MARITIM NEGERI SABAH DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN KE ZON MARITIM LABUAN

IMG 1946 Copy  IMG 1954 
 IMG 1981 Copy  IMG 1982 Copy
 IMG 2002 Copy  IMG 2060 Copy

 

LABUAN, 13 Julai - Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah mengunjungi Zon Maritim Labuan, semalam.

Lawatan rasmi ini adalah yang pertama kali dilakukan setelah perlantikan beliau sebagai Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang ke-,7 pada 02 Mac 2020 yang lalu.

Seawal pukul 7:00 pagi, semua warga Zon Maritim Labuan telah melakukan persiapan Kawalan Kehormat Setempat (KKS) dengan perbarisan seluruh warganya sementara menunggu ketibaan beliau diperkarangan pejabat ZM Labuan.

Dalam ucapannya, beliau telah menegaskan kepada seluruh warga ZM Labuan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dengan najis dadah, rasuah dan salah guna kuasa.

Diakhir ucapan, beliau juga telah menyarankan kepada seluruh warga ZM Labuan supaya sentiasa mematuhi Standard of Procedure (SOP) berkenaan pemutusan rantaian virus Covid-19 dengan pemakaian Basic Personal Protevtive Equipment (PPE) seperti pelitup mulut, sarung tangan dan Hand Sanitizer semasa menjalankan operasi.

Akhir sekali, beliau telah melawat limbungan dimana aset-aset ZM Labuan menjalani pembaikan dan seterusnya terlibat dengan Mesyuarat Back To Back Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 14-16 Julai 2020 di Pejabat ZM Labuan.

LT DYA (M) DILSA BIN AKMAD

Pegawai Unit Komunikasi Korporat

Zon Maritim Labuan

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC