03
Ahd, Mei

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

SAREX TIER 3 | 18 AGENSI TERLIBAT SIMULASI LATIHAN BENCANA MARITIM

LUMUT, 24 Ogos – Sebanyak 18 buah agensi antaranya Majlis Keselamatan Negara (MKN), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lumut Port dan pengusaha feri penumpang Lumut – Pangkor terlibat dalam simulasi Search and Rescue Exercise (SAREX) Tier 3 yang dijalankan di kawasan perairan negeri Perak bermula 21 hingga 23 Ogos 2023.

SAR Coordinator MRSC Langkawi, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, latihan yang dikoordinasikan oleh Maritim Malaysia ini telah melibatkan seramai 153 orang pegawai dan anggota dari pelbagai agensi kerajaan sebagaimana yang terkandung dalam Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) 20 Bencana Maritim.

Tambahnya, latihan ini dilaksanakan seiring dengan panduan Manual Mencari dan Menyelamat (SAR) Kebangsaan serta International Aeronautical and Maritime Search and Rescue (IAMSAR) Malaysia Jilid IV.

Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata demikian selepas merasmikan acara penutupan simulasi SAREX Tier 3 di Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizuddin Shah, semalam.

Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa menambah, latihan ini bertujuan untuk menguji dan meningkatkan kemahiran serta kerjasama di antara agensi-agensi terlibat dalam operasi CARILAMAT dan turut melibatkan simulasi situasi bencana sebenar bagi meningkatkan kecekapan dan daya tindakan dalam menghadapi kemungkinan kejadian seumpama ini.

Kejayaan latihan ini akan menjadi tonggak bagi meningkatan kesediaan dan ketangkasan agensi-agensi yang terlibat dalam CARILAMAT bagi menghadapi cabaran dan tugas kompleks ketika bencana maritim berlaku di kawasan perairan negara.

Simulasi SAREX Tier 3 pada kali ini menjadikan senario sebuah feri yang membawa 200 penumpang dan lima orang kru mengalami kebocoran di bahagian bilik jentera utama akibat terlanggar sebuah objek bawah air di perairan Selat Dinding.

Dalam senario tersebut, kapten feri telah mengarahkan semua penumpang untuk memakai jaket keselamatan memandangkan kadar kemasukan air ke dalam bilik jentera yang sangat pantas dan terdapat penumpang yang panik dipercayai telah terjun daripada feri serta berenang bagi menyelamatkan diri.

Melalui insiden berkenaan, agensi yang terlibat dalam simulasi terbabit akan memainkan peranan masing-masing dengan mengambil tindakan sewajarnya ketika bencana berlaku.

Simulasi berkenaan turut disaksikan oleh pemerhati dari luar yang terdiri daripada pegawai agensi keselamatan dan penguat kuasa serta pihak swasta yang berkaitan dan dapatan daripada simulasi berkenaan dibentangkan pada hari terakhir SAREX bagi tujuan penambahbaikan.

Dalam pada itu, Laksamana Pertama Maritim Romli turut mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan jabatan yang terlibat atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan SAREX Tier 3 serta berharap latihan CARILAMAT ini dijadikan program tahunan bagi meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan agensi terlibat.

 

WhatsApp Image 2023 08 24 at 13.13.43 1
 
WhatsApp Image 2023 08 24 at 13.13.40 2
 
WhatsApp Image 2023 08 24 at 13.13.44 1
 
WhatsApp Image 2023 08 24 at 13.13.47 1

MOBILE COMMUNITY SERVICE (MCS) BERSAMA PROGRAM SAHABAT MARITIM BERJAYA DILAKSANAKAN

KUNAK, 23 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Lahad Datu telah menganjurkan Program Sahabat Maritim peringkat zon dengan kolaborasi bersama Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) melalui Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) di Padang Pekan Kunak.

Program ini diadakan selama tiga hari bermula daripada 18 hingga 20 Ogos 2023 lalu.

Program Sahabat Maritim dengan tema ‘Komuniti Prihatin, Maritim Sejahtera’ telah dilaksanakan dengan jayanya.

Program ini telah melibatkan 50 agensi kerajaan dan swasta yang membuka reruai masing-masing pada 20 0gos 2023.

Pameran oleh agensi berkaitan menunjukkan perkhidmatan yang disediakan serta terdapat khidmat nasihat yang diberikan.

Hadir sama memeriahkan majlis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Bin Arif, Wakil Pejabat Daerah Kunak di bawah pimpinan Encik Awang Bin Haji Mohd Yusoff (DO) serta penduduk kampung Kunak.

Dianggarkan lebih 2,800 orang pengunjung yang terdiri daripada pelbagai golongan sasar daripada orang dewasa dan kanak-kanak telah hadir bagi memeriahkan lagi suasana program dan turut serta dalam pelbagai aktiviti yang disediakan.

Antara aktiviti yang dilaksanakan pada 18 hingga 20 ogos 2023 ialah gotong-royong menceriakan beberapa sudut di Sekolah Kebangsaan Kunak 1, sukan rakyat, senamrobik, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, taklimat keselamatan di laut dan cabutan bertuah.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-66, filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang turut ditayangkan melalui wayang pacak kepada masyarakat bagi menyuntik semangat patriotik dan mengenali lebih dekat tentang Maritim Malaysia.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Bin Nik Mohd Fauzi berkata, objektif utama program ini adalah bertujuan bagi merapatkan jaringan kerjasama di antara Maritim Malaysia dan agensi-agensi kerajaan serta komuniti di Daerah Kunak.

Katanya, program ini juga diadakan bagi memberi kesedaran tentang kesedaran keselamatan dan kepentingan menjaga ekosistem di laut serta mempromosikan peranan dan tugas Maritim Malaysia dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan.

Selain itu, melalui Perkhidmatan Komuniti Bergerak (MCS) oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah telah berjaya mengumpulkan 50 jabatan kerajaan, swasta dan NGO untuk bersama-sama memberikan perkhidmatan dan khidmat nasihat mereka kepada masyarakat daerah Kunak.

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perbendaharaan Malaysia Sabah yang sudi berkolaborasi dengan Zon Maritim Lahad Datu dalam menjayakan program Sahabat Maritim peringkat zon kali ini.

“Komuniti maritim diharap dapat menjadi mata dan telinga kepada Maritim Malaysia untuk terus berkongsi maklumat salah laku jenayah rentas sempadan jika mendapati berlakunya sebarang perlanggaran undang-undang di kawasan mereka,” katanya.

Program tahunan sebegini dilihat mampu memberi ruang kepada penduduk setempat untuk berkongsi pelbagai maklumat dan isu-isu penting dalam usaha memastikan kawasan perairan bebas daripada ancaman keselamatan jenayah rentas sempadan. Maritim Malaysia sentiasa mengekalkan hubungan baik bersama masyarakat setempat dalam melaksanakan peranan tugas sebagai agensi keselamatan.

Katanya, pemerkasaan penguatkuasaan amatlah penting bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khusunya di perairan Timur Sabah (ESSZONE).

Orang ramai khususnya komuniti maritim diminta untuk bekerjasama menyalurkan maklumat ataupun aduan ke Zon Maritim Lahad Datu yang beroperasi 24 jam di talian 089-885727 atau MERS 999.

 

KUNAK
 
KUNAK 4
 
KUNAK 10
 
KUNAK 14

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN LAUT MALAYSIA (JLM) WILAYAH TIMUR KE MARITIME RESCUE SUB CENTRE (MRSC) MARITIM NEGERI PAHANG

KUANTAN, 22 Ogos -  Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Laut Wilayah Timur, Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Rais, semalam.

Kunjungan ini dilaksanakan bertujuan untuk merapatkan hubungan kedua-dua pihak bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan penguatkuasaan secara bersama dan meningkatkan lagi kerjasama sedia ada antara agensi dan jabatan.

Sempena kunjungan tersebut, rombongan telah dibawa melawat ke MRSC Kuantan serta diberi pendedahan cara pengoperasian bagi mengawal dan menyelaras Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat Maritim.

Maritim Negeri Pahang amat berbesar hati atas kunjungan tersebut dan diakhiri dengan pertukaran cenderamata di antara kedua-dua agensi dan jabatan.

 

 2
 7
 4

MAJLIS PEMASANGAN JALUR GEMILANG PERINGKAT IBU PEJABAT APMM

PUTRAJAYA, 22 Ogos – Majlis pemasangan Jalur Gemilang peringkat Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berlangsung meriah di perkarangan lobi utama tengah hari tadi.

Program ini adalah bagi menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-66 yang bakal disambut pada 31 Ogos 2023 di Dataran Putrajaya di samping meningkatkan lagi semangat patriotik dalam kalangan warga Maritim Malaysia.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya deklamasi sajak oleh Kepten Maritim Nik Kamaruddin Bin Yunoh, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan Maritim Malaysia.

Seterusnya, persembahan pancaragam mengambil tempat dengan memainkan lagu-lagu patriotik mengiringi nyanyian para hadirin sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bersemangat.

Acara kemuncak ialah pemasangan Jalur Gemilang kepada sembilan kenderaan rasmi jabatan sebagai simbolik yang disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim sambil disaksikan oleh barisan ketua-ketua bahagian serta warga Ibu Pejabat.

Kepada seluruh warga Maritim Malaysia dan orang ramai, kibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan permis milik anda bagi menzahirkan semangat patriotik serta cintakan tanah air.

 

KIBAR BENDERA 2
 
KIBAR BENDERA 4
 
KIBAR BENDERA 7
 
KIBAR BENDERA 6

CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN | MALAYSIA TANAH AIRKU

KLANG, 21 Ogos – Selaras dengan pelancaran Bulan Kemerdekaan kali ke - 66 pada tahun 2023, Maritim Negeri Selangor telah menganjurkan ceramah sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan bertajuk - Malaysia Tanah Airku.

Program yang diadakan di Auditorium Garuda Maritim Negeri Selangor ini dihadiri secara fizikal dan maya oleh warga Maritim Malaysia dan juga awam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali berkata, matlamat utama penganjuran adalah untuk memupuk semangat cintakan negara dan memperkukuhkan semangat setia serta menanam rasa tanggungjawab terhadap negara.

Ceramah telah disampaikan dari Unit Pembangunan Modal Insan, Jabatan Muzium Negara, Puan Miti Fateema Sherzeella binti Mohd Yusoff.

Antara inti pati ceramah yang disampaikan ialah, pengertian kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada penjajah semata-mata, ia juga merupakan kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang ingin melihat perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bersatu padu.

 

CERAMAH MN SEL
 
CERAMAH MN SEL 3
 
CERAMAH MN SEL 4

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC