KOTA KINABALU, 19 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah menganjurkan Mesyuarat Persidangan Final Planning Conference (FPC) Eksesais Samudera Perkasa Timur 1/23 yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan semalam.
Persidangan itu merupakan kesinambungan daripada persidangan Initial Planning Conference (IPC) Eksesais Samudera Perkasa Timur 1/2023 yang sebelumnya diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Kota Kinabalu diadakan bagi memuktamadkan pengesahan beberapa aspek latihan termasuklah kesiagaan aset, keperluan logistik, kekuatan pegawai dan anggota terlibat sebelum arahan latihan dikeluarkan.
Mesyuarat itu dipengerusikan secara bersama oleh Kepten Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad mewakili Maritim Malaysia bersama 10 pegawai dan anggota daripada Maritim Negeri Sabah dan Kepten Mohammad Fairuz bin Hassan TLDM mewakili TLDM Kota Kinabalu bersama 10 pegawai.
Turut terlibat secara sidang video dalam talian ialah wakil pegawai dan anggota daripada Maritim Negeri Sarawak dan Bahagian Komunikasi Korporat daripada Ibu Pejabat Maritim Malaysia.
Eksesais Samudera Perkasa Timur 1/2023 merupakan kerjasama dalam bentuk latihan yang dilaksanakan secara tahunan dan kali ini merupakam giliran TLDM dan Maritim Malaysia.
Untuk rekod, eksesais yang akan diadakan pada 22 sehingga 25 Ogos 2023 di perairan Kota Kinabalu adalah julunh kali diadakan di Wilayah Timur yang meliputi Sabah dan Sarawak.
Eksesais pada kali ini meliputi tiga fasa utama iaitu fasa Pelabuhan, fasa laut dan fasa penutup.
Fasa pelabuhan bermula 22 sehingga 23 Ogos dan fasa laut akan dilaksanakan pada 24 Ogos melibatkan koordinasi aset laut di antara Maritim Negeri Sabah dan Maritim Negeri Sarawak serta TLDM Kota Kinabalu.
Majlis penutup eksesais diadakan pada 25 Ogos 2023 di Auditorium Kampus INTAN Sabah.



















.svg.png)

