02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

PAMERAN MARITIM MALAYSIA SEMPENA PESTA AIR NASIONAL@ KUANTAN 2023 DISAMBUT MERIAH

KUANTAN, 22 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Pahang telah menyertai pameran sempena program Pesta Air Nasional@ Kuantan 2023 pada 18 hingga 20 Ogos 2023 yang diadakan di Pantai Teluk Chempedak, Kuantan.

Pengisian pameran adalah merangkumi informasi menerusi model Corpass Sarsat, beberapa replika kapal dan bot maritim serta model pakaian anggota antaranya Juruterbang Maritim, Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dan Perenang Penyelamat (Rescue Swimmer).

Kemeriahan program terlihat jelas setelah setiap ruang khemah dipenuhi dengan pengunjung yang hadir dan mereka juga dapat merasai pengalaman sebenar melalui Virtual Reality (VR) iaitu aksi anggota STAR Team menjalankan operasi taktikal dan operasi mencari dan menyelamat antara tarikan dan gambaran yang lebih jelas berkaitan dengan fungsi dan peranan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan negara.

Program tersebut  dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang turut meluangkan masa ke pameran Maritim Malaysia.

Selain Maritim Malaysia, pameran turut disertai Jabatan Warisan Negara, Tourism Malaysia Pahang, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Polis Gerakan Marin (PGM), Kraftangan Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Balai Seni Negara, Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

 A
 C
 B
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC