03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENGURUSAN) MARITIM MALAYSIA ADAKAN LAWATAN RASMI KE ZON MARITIM KUALA KEDAH

ALOR SETAR, 17 FEBRUARI – Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Encik Nor Hisham bin Ibrahim, mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Zon Maritim Kuala Kedah petang semalam dalam usaha memperkukuh sistem pengurusan dan tadbir urus organisasi.

Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak, serta Timbalan Pengarah Zon (Pengurusan), Puan Salmi binti Salim. Lawatan ini turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pengarah Zon dan Ketua-Ketua Unit dari Seksyen Pengurusan, Zon Maritim Kuala Kedah.

Perjumpaan yang diadakan bertujuan membincangkan pelbagai isu berkaitan pengurusan termasuk prosedur dan tatacara penyampaian maklumat agar lebih berkesan dan efektif. Fokus turut diberikan kepada usaha mengenal pasti cabaran semasa serta merangka langkah penambahbaikan dalam aspek pentadbiran organisasi bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan berimpak tinggi.

Selain sesi perbincangan, beliau turut meninjau keadaan semasa kawasan sekitar pejabat Zon Maritim Kuala Kedah, termasuk Bangunan Marina Harbour serta Jeti Bot Coral Marine yang berstatus sewaan. Lawatan ini membolehkan beliau menilai keadaan premis dan mempertimbangkan keperluan penambahbaikan bagi memastikan kelancaran operasi harian.

Sebagai tanda penghargaan, sesi lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak serta sesi bergambar bersama delegasi yang hadir.

Lawatan ini mencerminkan komitmen pengurusan tertinggi Maritim Malaysia dalam memastikan aspek pengurusan dan pentadbiran sentiasa diperkemas, sejajar dengan visi dan misi organisasi untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan negara.

 

TKPP KEDAH
 
TKPP KEDAH2
 
TKPP KEDAH3
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC