03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS DAN JASAMU DIKENANG BAHAGIAN PEMBANGUNAN MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 1 JULAI – Bahagian Pembangunan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) semalam melakar satu lagi detik bersejarah menerusi penganjuran Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Pengurusan Projek (CPP) dan Majlis Jasamu Dikenang, yang berlangsung di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.

Majlis serah tugas ini menyaksikan penyerahan rasmi tanggungjawab Ketua CPP daripada Kepten Maritim Nur Syam Asmawie bin Yaacob kepada Kepten Maritim Shahrizan bin Raman, dan disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan, Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Hj Ramly.

Dalam ucapannya, Laksamana Pertama Maritim Zulinda menegaskan bahawa budaya taat setia yang menjadi salah satu daripada Teras 7 perlu terus dihayati dan diamalkan oleh semua warga Maritim Malaysia.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas khidmat cemerlang Kepten Maritim Nur Syam Asmawie sepanjang mengetuai Cawangan Pengurusan Projek.

Majlis turut diserikan dengan acara Jasamu Dikenang bagi menghargai jasa dan sumbangan Leftenan Muda Maritim Nur Amalina binti Jais, yang akan bertukar keluar ke Zon Maritim Kuala Kedah.

Program seumpama ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia dalam menghargai sumbangan dan jasa bakti warganya di samping menjadi platform memperkukuh semangat kekeluargaan dan integriti dalam perkhidmatan.

Maritim Malaysia akan terus melaksanakan pengurusan projek secara cekap dan berkesan demi kelestarian maritim negara.

 

PEMB MAJLIS2
 
PEMB MAJLIS3
 
PEMB MAJLIS4

PERKASA LATIHAN MARITIM: AKADEMI MARITIM SULTAN AHMAD SHAH (AMSAS) TERIMA KUNJUNGAN RASMI DARIPADA KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA

KUANTAN, 1 JULAI – Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) hari ini menerima kunjungan rasmi daripada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, dalam satu sesi perjumpaan bersama seluruh warga AMSAS yang melibatkan pegawai, anggota, dan pelatih.

Lawatan yang berlangsung pada sebelah pagi ini bertujuan menilai serta memperkukuh lagi kualiti latihan di AMSAS agar terus relevan dan memenuhi keperluan semasa dalam bidang penguatkuasaan maritim negara.

Antara pengisian utama sepanjang lawatan termasuk taklimat berkenaan status semasa AMSAS yang memberi tumpuan kepada aspek pengurusan latihan pelatih, lawatan ke fasiliti akademi, serta sesi penyampaian amanat khas oleh Ketua Pengarah yang diadakan di Dewan Dato’ Nor Aziz.

Dalam amanatnya, beliau menekankan bahawa setiap warga AMSAS memikul peranan penting dalam memastikan keselamatan maritim negara sentiasa terpelihara. Tegas beliau, tanggungjawab yang digalas bukan sekadar satu pekerjaan, sebaliknya merupakan amanah besar yang menuntut komitmen, dedikasi dan disiplin tinggi.

“Kita bukan sekadar melaksanakan tugas, tetapi menggalas tanggungjawab besar kepada negara. Peranan kita adalah sebagai pelindung kedaulatan perairan negara. Ianya satu amanah yang tidak boleh dipandang ringan,” ujar beliau.

Beliau turut menyeru agar nilai-nilai teras agensi seperti integriti, profesionalisme dan keberanian sentiasa dihayati dan diamalkan dalam setiap aspek latihan serta pelaksanaan tugas. Nilai-nilai inilah, katanya, yang membentuk jati diri APMM serta menjadi asas kepercayaan masyarakat terhadap agensi.

Mengakhiri amanatnya, beliau mengingatkan bahawa cabaran keselamatan maritim kini dan masa depan semakin kompleks dan dinamik. Justeru, semua anggota dan pelatih diseru agar sentiasa bersiap siaga, berpengetahuan dan berdaya tahan dalam menghadapi realiti semasa.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun dan Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh.

Kunjungan rasmi ini bukan sahaja mencerminkan komitmen kepimpinan tertinggi APMM dalam memperkasa latihan dan pembangunan modal insan, malah turut menjadi suntikan semangat kepada seluruh warga AMSAS untuk terus berusaha melahirkan pegawai dan anggota maritim yang cekap, berwibawa dan berintegriti demi keselamatan perairan negara.

 

KP AMSAS
 
KP AMSAS5
 
KP AMSAS8
 
KP AMSAS7

EKSESAIS BERSAMA JAPAN COAST GUARD TERUS PERKUKUH JALINAN STRATEGIK

SELANGOR, 25 JUN – Kapal Japan Coast Guard (JCG) Mizuho dan Kapal Maritim (KM) BANGGI telah melaksanakan latihan bersama di perairan Selangor, termasuk sesi PHOTEX (Photo Exercise) hari ini, sebagai sebahagian daripada siri kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan JCG.

Latihan ini merupakan sebahagian daripada misi lawatan pelabuhan kapal JCG Mizuho ke Malaysia yang bermula pada Isnin, 23 Jun 2025, apabila kapal berkenaan berlabuh di Port Klang Cruise Terminal (PKCT), Pelabuhan Klang.

Melalui latihan ini, kedua-dua agensi penguatkuasaan maritim berkongsi amalan terbaik dalam operasi pengawasan dan keselamatan maritim, sekali gus memperkukuh kerjasama serantau dalam menangani isu-isu keselamatan perairan dan bencana maritim.

Hubungan erat ini mencerminkan komitmen berterusan antara Maritim Malaysia dan JCG dalam mempertingkat keupayaan operasi maritim serta mewujudkan perairan yang selamat, aman dan terjamin.

WhatsApp Image 2025 06 25 at 3.36.04 PM
 
WhatsApp Image 2025 06 25 at 3.36.05 PM
 
WhatsApp Image 2025 06 25 at 3.35.22 PM
 
WhatsApp Image 2025 06 25 at 3.35.21 PM

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA SERANTAU MELALUI PENYERTAAN DI ASEAN COAST GUARD FORUM (ACF) 2025

PATAYA, 27 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus mengukuhkan komitmen terhadap kerjasama keselamatan maritim serantau menerusi penyertaan dalam 4th ASEAN Coast Guard Forum (ACF) 2025 yang telah berlangsung dari 24 hingga 27 Jun 2025 di Pattaya, Thailand.

Forum berprestij peringkat ASEAN ini telah dianjurkan oleh Thailand Maritime Enforcement Command Center (Thai-MECC) dan menghimpunkan wakil-wakil agensi penguatkuasaan maritim daripada kesemua sepuluh (10) Negara Anggota ASEAN (AMS). Forum ini telah dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada 25 Jun 2025.

Maritim Malaysia diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim. Penyertaan ini adalah kesinambungan kepada usaha memperkukuh peranan Malaysia dalam kerangka kerjasama keselamatan maritim di rantau ini.

ASEAN Coast Guard Forum merupakan satu inisiatif penting yang mula dicadangkan dalam Mesyuarat ASEAN Maritime Forum (AMF) ke-5 pada tahun 2014 di Da Nang, Vietnam. Forum ini diwujudkan bagi menyediakan platform tetap kepada agensi penguatkuasaan maritim di rantau ASEAN untuk bertukar pandangan di dalam isu keselamatan maritim,menyelaraskan usaha menangani jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia dan pencerobohan perairan, membincangkan pelan tindakan bagi menghadapi ancaman bukan tradisional (non-traditional threats) termasuk perubahan iklim dan pencemaran marin.

Penglibatan aktif Maritim Malaysia dalam ACF 2025 mencerminkan komitmen jitu Kerajaan Malaysia MADANI dalam memainkan peranan proaktif memperkukuh kerjasama dan keselamatan maritim di rantau ini.

Maritim Malaysia kekal komited untuk terus memperkukuh sinergi dan kerjasama dengan agensi rakan strategik di ASEAN bagi memastikan perairan serantau kekal aman, selamat dan stabil.

ACF20257
 
ACF20254
 
ACF20253
 
ACF20255

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA HADIR MAJLIS PEMBUKAAN 25TH ASEAN SOMTC AND ITS RELATED MEETING

PUTRAJAYA, 24 JUN – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah menghadiri Majlis Pembukaan 25th ASEAN Senior Officials Meeting on Transnational Crime (SOMTC) and Its Related Meetings yang berlangsung di Hotel Marriot, hari ini.

Majlis pembukaan rasmi itu telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail bersama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik bin Jeman.

Malaysia menerusi KDN secara rasminya menjadi tuan rumah kepada siri mesyuarat penting ini yang berlangsung dari 23 hingga 27 Jun 2025 yang menghimpunkan pegawai-pegawai kanan keselamatan dari negara-negara ASEAN serta rakan-rakan dialog strategik dalam usaha memperkukuh rangka kerjasama serantau bagi menangani isu jenayah rentas sempadan.

Penganjuran ini merupakan platform penting untuk membincangkan ancaman jenayah serantau yang semakin kompleks termasuk penyeludupan migran, pemerdagangan orang, penyeludupan dadah, jenayah siber dan keganasan.

Kehadiran Maritim Malaysia selaku agensi penguat kuasa maritim utama negara mencerminkan komitmen dalam memainkan peranan aktif bagi memperkukuh keselamatan maritim dan kerjasama serantau dalam mendepani cabaran keselamatan bukan tradisional.

 

KP ASEAN2
 
KP ASEAN3
 
KP ASEAN4
 
KP ASEAN5

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC