LANGKAWI, 22 MEI – Pentas LIMA’25 terus menjadi medan penting Maritim Malaysia bagi meningkatkan diplomasi keselamatan serantau menerusi kunjungan hormat daripada barisan pegawai kanan agensi maritim antarabangsa yang berperanan besar dalam menjaga keselamatan perairan Asia Tenggara.
Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah menerima kunjungan hormat daripada tiga delegasi keselamatan iaitu Deputy Chief of Commanders Executive Office dari Thai Maritime Enforcement Coordinating Center (Thai-MECC), Rear Admiral Bandit Chuenim; Commander of Coast Guard District Southeastern Mindanao dari Philippine Coast Guard (PCG), Commodore Rejard Marfe dan Senior Superintendent Haji Hamri Aslan Haji Abu Hanafiah dari Brunei Marine Police.
Dalam pertemuan ringkas tersebut, para delegasi bertukar pandangan mengenai usaha bersama dalam memelihara keselamatan perairan termasuk isu-isu rentas sempadan seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia dan pencerobohan selain menyuarakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dalam memastikan keselamatan perairan negara terpelihara.





















.svg.png)

