02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MENGUKUHKAN HUBUNGAN MARITIM MALAYSIA – PAKISTAN

PUTRAJAYA, 20 MEI– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus melangkah proaktif dalam memperkukuhkan hubungan strategik serantau apabila menerima kunjungan hormat daripada delegasi π»π‘–π‘”β„Ž πΆπ‘œπ‘šπ‘šπ‘–π‘ π‘ π‘–π‘œπ‘› π‘œπ‘“ π‘ƒπ‘Žπ‘˜π‘–π‘ π‘‘π‘Žπ‘› 𝑖𝑛 π‘€π‘Žπ‘™π‘Žπ‘¦π‘ π‘–π‘Ž di π΄π‘‘π‘šπ‘–π‘Ÿπ‘Žπ‘™ πΏπ‘œπ‘’π‘›π‘”π‘’, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, pada 19 Mei 2025.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Deputy Head of Mission, Mr. Rajeel Mohsin bersama Community Welfare AttachΓ©, Mr. Hamza Naveed.

Delegasi ini telah disambut mesra oleh Laksamana Pertama Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah, Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM), yang mengetuai sesi perbincangan rasmi.

Dalam suasana perbincangan yang produktif dan harmoni, kedua-dua pihak berkongsi pandangan mengenai pelbagai isu maritim serantau, termasuk aspek keselamatan pelayaran, jenayah rentas sempadan, serta langkah-langkah kolaboratif dalam menghadapi cabaran maritim masa kini.

Antara fokus utama yang dibincangkan ialah memperluas kerjasama strategik dalam keselamatan maritim dan pengawasan sempadan laut;, menggalakkan pertukaran maklumat dan latihan bersama antara pegawai penguat kuasa kedua-dua negara dan menyokong penglibatan aktif dalam forum maritim antarabangsa dan memperkukuh dialog dua hala berterusan.

Laksamana Pertama Maritim Shahref turut menegaskan bahawa Maritim Malaysia melihat Pakistan sebagai rakan kerjasama penting dalam memastikan keselamatan, kestabilan dan kemakmuran perairan serantau yang dikongsi bersama.

β€œHubungan erat antara Maritim Malaysia dan Pakistan adalah tonggak penting dalam usaha memperkukuh keselamatan maritim Asia Selatan dan Asia Tenggara. Melalui kerjasama strategik ini, kita dapat melindungi kepentingan maritim bersama serta menangani ancaman dengan lebih efektif,” ujarnya.

Maritim Malaysia turut menzahirkan penghargaan atas kesediaan High Commission of Pakistan untuk terus mempererat hubungan dua hala dan berharap pertemuan ini menjadi batu loncatan kepada inisiatif bersama yang lebih bermakna di masa hadapan.

 

MALAYSIA PAKISTAN2
 
MALAYSIA PAKISTAN3
 
MALAYSIA PAKISTAN4
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC