03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM SERTAI PAMERAN STEM LAHAD DATU

LAHAD DATU, 15 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu telah dijemput menyertai pameran sempena Karnival STEM Generasi MADANI Peringkat Daerah Lahad Datu yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Lahad Datu II, Jumaat lalu.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam karnival ini bertujuan memperkenalkan fungsi serta peranan agensi kepada generasi muda selain memupuk minat dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Sepanjang pameran, pelbagai informasi berkaitan keselamatan maritim, kerjaya dalam Maritim Malaysia serta demonstrasi peralatan operasi turut diketengahkan kepada para pengunjung.

Antara tarikan utama ialah pameran senjata yang digunakan oleh anggota Maritim Malaysia dalam menjalankan tugas penguatkuasaan di laut.

Senjata-senjata berkenaan dipamerkan secara statik dengan kawalan keselamatan ketat, membolehkan pelajar dan pengunjung melihat lebih dekat kelengkapan pertahanan yang digunakan agensi.

Turut serta memeriahkan karnival ini ialah beberapa agensi lain seperti Jabatan Penjara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut mengadakan pameran berkaitan tugas dan fungsi masing-masing. Kehadiran pelbagai agensi keselamatan ini memberi peluang kepada murid-murid mengenali lebih dekat kerjaya dalam sektor keselamatan negara.

Selain pameran, karnival ini juga menyediakan gerai-gerai jualan makanan dan minuman yang dikendalikan oleh guru, murid dan komuniti setempat, serta menyemarakkan semangat keusahawanan dalam kalangan mereka.

Sebagai nilai tambah, pemeriksaan kesihatan percuma turut disediakan oleh UniKlinik Lahad Datu, yang menerima sambutan menggalakkan daripada pelajar, guru dan pengunjung lain yang hadir ke tapak karnival.

Karnival ini merupakan inisiatif Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu dalam menyemai minat terhadap STEM di samping mendekatkan agensi-agensi kerajaan kepada golongan murid selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

 

PAMERAN STEM2
 
PAMERAN STEM3

SECURITY SUMMIT 2025 | MARITIM MALAYSIA TEKAN KESIAPSIAGAAN TANGANI ANCAMAN RENTAS SEMPADAN

BANGI, 14 JULAI – Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah telah menyertai forum bertajuk “Threats Without Borders” selaku panel utama sempena Security Summit 2025 anjuran PETRONAS di PETRONAS Leadership Centre, Bangi, semalam.

Forum yang dipengerusikan oleh Laksamana Pertama (Bersara) Dr. Shaiful Nizam Abdul Manan dari Group Security PETRONAS turut menampilkan pakar keselamatan maritim dari Maritime Institute of Malaysia (MIMA), Dr. Sumathy Permal.

Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada pelbagai cabaran keselamatan maritim semasa, termasuk jenayah rentas sempadan, pencerobohan perairan, ancaman terhadap aset strategik negara serta implikasi terhadap kestabilan serantau.

Sebagai salah satu agensi penguat kuasa dan penyelamat maritim negara, Maritim Malaysia menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi cabaran maritim yang kompleks ini dengan menekankan pemantapan keupayaan operasi, pembangunan modal insan serta perolehan aset rondaan berteknologi moden.

Selaras dengan aspirasi MADANI untuk memperkukuh keselamatan negara secara menyeluruh dan inklusif, Maritim Malaysia terus memperluas kerjasama strategik bersama agensi sahabat serta sektor industri dalam dan luar negara bagi membina kesejahteraan dan keselamatan komuniti maritim yang lebih mantap dan responsif.

 

POK WI SUMMIT
 
POK WI SUMMIT3
 
POK WI SUMMIT4

MARITIM NEGERI PERAK DEKATI GENERASI MUDA DI PERHIMPUNAN PENGAKAP LAUT KEBANGSAAN KE-6

LUMUT, 14 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak terus memperkukuh hubungan dengan masyarakat apabila menyertai pameran sempena Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Ke-6 yang berlangsung di Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL-MIMET), Lumut, Perak.

Program yang bermula pada 10 Julai dan berakhir semalam itu dirasmikan oleh Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah.

Jelas Mohd Zawawi, penyertaan Maritim Negeri Perak dalam perhimpunan ini dilihat sebagai platform terbaik untuk mendekati generasi muda, selain membuka ruang pendedahan awal kepada peluang kerjaya sebagai anggota penguat kuasa Maritim Malaysia.

Sementara itu, reruai Maritim Negeri Perak turut menerima kunjungan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, YBrs. Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abd Majid yang meluangkan masa meninjau dan berinteraksi bersama pegawai-pegawai Maritim Malaysia.

Pameran berkenaan turut menjadi tumpuan lebih 1,000 ahli pengakap laut dari seluruh negara yang mengambil peluang mendapatkan informasi berkaitan peranan Maritim Malaysia serta operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) di perairan negara.

Melalui penyertaan ini, Maritim Negeri Perak berharap ia dapat menyuntik semangat jati diri dalam kalangan peserta dan menggalakkan lebih ramai belia menyertai kerjaya beruniform yang mencabar dan penuh integriti.

 

PENGAKAP LAUT2
 
PENGAKAP LAUT3
 
PENGAKAP LAUT4
 
PENGAKAP LAUT5

CERAMAH MAAL HIJRAH PERKASA JATI DIRI WARGA MARITIM PAHANG

KUANTAN, 14 JULAI – Semangat Maal Hijrah terus disemarakkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Pahang menerusi penganjuran Program Ceramah Maal Hijrah 1447H yang berlangsung di Auditorium Datuk Ibrahim Mohamed, pagi tadi.

Program keagamaan yang dianjurkan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh nilai sahsiah dan jati diri warga agensi, seiring dengan aspirasi membentuk pasukan yang lebih berintegriti dan berdisiplin tinggi.

Ceramah disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Tuan Haji Mohd Rizzal bin Mohd Ali Nafiah, telah mengupas tema hijrah sebagai simbol perubahan ke arah kebaikan dan kemuliaan akhlak. Kandungan ceramah turut dikaitkan dengan prinsip moral dalam perkhidmatan awam, menjadikannya amat relevan buat anggota Maritim Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, nilai penghijrahan seperti keikhlasan, pengorbanan dan iltizam memperbaiki diri adalah tunjang dalam melahirkan anggota yang profesional dan cemerlang dalam melaksanakan amanah.

“Ceramah ini bukan sekadar acara tahunan, malah ia sebahagian daripada pendekatan membentuk kekuatan dalaman warga kerja Maritim agar terus teguh mempertahankan keselamatan perairan negara,” ujar beliau.

Tambah beliau, program seperti ini juga selaras dengan nilai-nilai yang didukung dalam kerangka Malaysia MADANI yang menitik beratkan pembangunan insan dan keseimbangan spiritual serta profesionalisme dalam perkhidmatan.

Maritim Malaysia percaya, kekuatan sesebuah pasukan bukan hanya diukur pada keupayaan fizikal atau taktikal, tetapi juga pada ketahanan jati diri dan nilai murni dalam diri setiap anggotanya.

MAAL HIJRAH PHG2
 
MAAL HIJRAH PHG
 
MAAL HIJRAH PHG7

KUNJUNGAN HORMAT ERATKAN HUBUNGAN ANTARA DUA AGENSI

PASIR PUTEH, 13 JULAI – Maritim Negeri Kelantan menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial Jabatan Belia dan Sukan Negara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Encik Mohd Uzaini bin Mohammed Sani, di Pejabat Maritim Negeri Kelantan, hari ini.

​Seramai 50 orang peserta KBS turut hadir bersama ke sini bersempena Program inisiatif Belia Membanteras Jenayah Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2025 anjuran KBS.

Sesi telah dimulakan dengan taklimat oleh Leftenan Maritim Rufaiz bin Ibrahim berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Negeri kelantan khususnya dalam membanteras jenayah rentas sempadan.

Diakhir program tersebut, para peserta juga berpeluang melawat ke Kapal Maritim Amanah sekaligus merasai sendiri suasana di dalam kapal disamping dapat melihat dengan lebih dekat lagi teknologi yang digunakan oleh aset Maritim Malaysia yang menjadi perisai samudera Malaysia.

Menerusi kunjungan hormat ini, ia cukup menggambarkan jalinan kerjasama serta ketegasan Maritim Negeri Kelantan dan Kementerian Belia dan Sukan dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang khususnya di Negeri Kelantan.

 

KH KBS4
 
KH KBS2
 
KH KBS3

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC